28.4.11

Jejaka Air Liur Meleleh

Sapu tgn mesti sentiasa ada dkt ngn Aqif. Kenape? Sbb air liur die rajin meleleh cam ujan. Klu tadah tuh, boleh dpt berbaldi-baldi.Ape la yg ibu ngidam xdpt mkn ni nak oii. Setahu ibu, xde la ngidam sgt pom. Walo pom kengkdg xtrus dpt taim rikues tuh, tp still dpt gak sblum bersalin.

Rerasenyer smgu sblum masuk OT tuh, dh ronda-ronda cri mknan-mknan rikues. Nasik lemak ujang, popia sri gombak. Nasi kukus Damansara Damai. Alhamdulillah seme dpt.

Muhammad Aqif ni kengkdg smpai kene tuka baju sbb lencun abish basah bju yg sedia pkai tuh. Sbb skang hobi die menerap, bile angkat dr tmpt nerapan tuh, kompem, basah jek tilam tuh. Lebih-lebih lg klu sebuku penumbuk die tuh nk dimasuk semua dlm mulut. Lg la byk kluor nyer air liur tuh.

xpe la nak ooiii. Ikot suke kamu la. Selagi tak merbahayakan kamu, tak kesah la ape pom. Air liur meleleh pom, kamu tetap mangi. Hehehe.

Bru teringat, mebi sbb ibu taim ngandung penah kutuk member ibu kt tadika dlu air liur meleleh asek meleleh. Huhuhu. Insap. Moral of story,xbaek kutuk-kutuk, jage tingkah laku lebih-lebih lg taim ngandung.


"air liur meleleh, pak itam kaki melaram".

26.4.11

Resepi Daging Goreng

atas permintaan, ibu tepek resepi Daging Goreng Kunyit yg ibu buat hr tuh. Resepi asas ibu amek kt Curly Babe Satisfaction tp ibu improvise sikit-sikit. Kt bwh, ibu tepek resepinyer

Bahan-bahan:

300 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
1 inci kunyit hidup*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk lumat)
1 biji kentang, kupas, potong dadu kasar2 dan rendam
1 biji bawang besar, hiris kasar
1 biji lada merah, hiris (x buh
1 biji lada hijau, hiris (x buh
kacang panjang potong serong
1/2 cawan air
2 camca besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

1. Daging digaul dengan bahan tumbuk lumat hingga rata, perap selama 1 jam.
2. Kentang tadi digoreng (toskan dahulu) hingga keemasan. Angkat dan toskan.
3. Panaskan kuali, masukkan daging tadi,masak hingga daging lembut.
5. Masukkan minyak masak,goreng hingga daging sedikit garing.
6. Tambah kentang, hirisan bawang, kacang panjang dan perasakan dengan garam dan secubit gula.
7. Kacau rata dan masak hingga bahan2 tadi layu sedikit.
8. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat

* nota : tulisan biru, ibu improvise


tadaaaa.selamat memasak k.

Kek Kukus Coklat

smlm cuti.the boys anta g taska. ibu bleh la testing wat kek kukus kt umah. credit to Taman Syurga Abadi utk resepi kek.

ibu tepek semula resepi kek coklat kukus.

Bahan A:

2 cawan tepung (ibu guna tepung kek
1 cawan koko Van Houten
1 sudu kecil soda bikarbonat (x masuk )
1 sudu kecil serbuk penaik (x masuk )
2 cawan gula halus - ayak sebelum disukat

Bahan B:

4 biji telur
1 cawan marjerin cair (ibu guna butter)
1 cawan susu pekat

Bahan C:

1 cawan air panas didih
1/2 cawan minyak masak

Cara-cara:

1. Panaskan pengukus. Pastikan air kukusan sudah mendidih bila kek hendak dikukus.
2. Ayak terus bahan2 A ke dalam mixing bowl. Kacau menggunakan whisk
3. Masukkan bahan B dan kacau sekata
4. Masukkan pula bahan C dan kacau sehingga adunan betul2 sebati
5. Gris loyang dan taburkan tepung / alas dengan kertas minyak.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang. (untuk menghasilkan tekstur kek yg benar2 sekata dan tak berketul2,Sue tapis adunan semasa memasukkannya ke dalam loyang).
7. Kukus sekurang2nya 1 1/2 jam (tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus).
Tambah choclate utk topping

Topping:

coklat masakan pecahkan jd keping kecil
sedikit butter
sedikit susu segar

Cara-cara:

1. Masak coklat secara double boiler

nota : tulisan biru ibu improvise



1st trial, kek semasa panas nampak comel dan gebu


Tp bile dah sejuk, tinggi kek tak sekata. Bantat. Dr segi rase, MABELES,finger licking. Ibu kene prektis lg jgn kasi bantat. Mana tak nyer, kaco ikut dan jek. tak ikot petua buat kek.

Gamba yg dah letak topping ngn coklat rice ibu lupe nk snap. Sbb Aniq dah menari n nyanyi abeyuyu (hepi besday to u) kt sebelah suh potong kek cecepat.

20.4.11

Kesahnyer Stok-stok Susu

assalamualaikum

Lame tak bercerita psal EBM kn. Bkn niat nak menunjuk-nunjuk, tp ini cume sbg pembakar semangat utk ibu dan mungkin mommies-mommies yg len utk terus menyusukan anak.

So far, ibu masih hanya pump di opis shj. Di rumah, ibu fokus utk bg direct shj kpd Aqif. Unless certain-certain situasi yg memerlukan ibu mengepam. Alhamdulillah byk rezki Muhammad Aqif.

1st session : pagi selepas sarapan (9:30 -10:00)
sarapan minum horlick and bihun (Aniq panggil hun hun hun), or ns lemak etc. sesi pagi selalu dpt paling byk utk keseluruhan hari. sbb mlm semlm, susu dah byk diproduce. walo pom Aqif masih menyusu mlm td, tp sesi ni boleh cecah 13oz.

2nd session : tgh hari sebelum lunch (12:30 - 1:00)
utk gap masa nk mkn tghhari, ibu akan mkn biskut-biskut ker, coklat ker. sbb seriously, menyusukan anak menyebabkan ibu kuat mkn. (alhamdulillah berat masih di dlm BMI yg normal) Air kosong mmg wajib kena minum. Minum la smpai kembong. hehe.

3rd session : ptg sebelum balik (4:30 - 5:00)
Jgn rase smpai umah pasni anak nk minum, so tak yah pump. Sbb susu sentiasa dihasilkan. Insyaallah, ada rezki anak nnt walo pom kite bru pam susu. Percaya kepada konsep supply and demand. Semakin kerap kita kosongkan 'B' kite, semakin byk susu dihasilkan.

Tidak dinafikan kengkdg ada dtg hasutan setan suh ibu skip pump (kes malas lah ni) tp bile dipk blk, klu ibu malas, Aqif nk minum ape sok pg. Taim ni terbayang muka comel Aqif. Mmg frozen EBM ade byk kt umah, tp byk-byk pom klu tak ditop up ngn yg baru, gondol juga akhirnya. Displin utk laksanakan jadual adalah penting. Bkn setakat jadual atas kertas jek. Ibu dah tamo ulang kesilapan semasa BF Aniq dlu. Terlampau take things for granted smpai stok susu abes sebelum waktunya.

make sure sentiasa amalkan 3 perkara ini utk kekalkan supply susu:
1. Bayi disusukan sekerap mungkin atau sesi perahan yang sentiasa konsisten....jangan TIDAK PAM hanya kerana payudara tidak bengkak.

2. Minum air secukupnya. Sekurang-kurangnya 3L.

3. Doa yang berterusan bukan sekadar dari niat dari hati atau tadah tangan semata-mata. Permurahkan rezki anak kita. Yakin bahawa ALLAH memberi rezki.

4. Kawal stress dan emosi - ibu menyusu perlu sentiasa mood ceria dan gembira. Mmg klu mommies stress, susu pom stress nk kuar. Always think +ve

Yakinlah juga bahawa susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda


ibu gune bekas dadih shj. Setiap bekas diisi dgn 3oz susu. Semua stok-stok akan dikompol dlm 1 plastik dan ditulis bulan perahan diluar. Senang nk manage. Walo bagaimana pom, ibu masih lg serbey-serbey cara mommies laen handle frozen EBM.

Ibu sediakan 3 x 4 oz fresh EBM dan 1 x 3 oz frozen EBM utk bekal Aqif di taska. Sekarang Aqif masih minum stok yg dikompol pd bulan Feb.Hopefully DF tu sentiasa full dgn frozen EBM. Insyaallah

18.4.11

Delicious Dinner with Extra Love

edisi masak-memasak kini kembali

hr-hr sblum blk umah, dok pening pale memikirkan menu utk masak mkn malam. Opkos la kene kasi variety, utk elakkan isi rumah tuh bohsan ngn menu ulang-ulang ibu. Sblum blk, tinjau blog resepi (boley??). Nk kate ibu pandai masak, idak ler sgt. Utk isi perut boleh lar. Yg penting, lauk-lauk tuh dipotong, dimayang dan dimasak dgn penuh kaseh syg ibu utk family. Sayang Ayah. Sayang Aniq. Sayang Aqif. Cikya Pom Sayang

Yg paling mencabar, nk bikin lauk utk Aniq. Kang masak beria-ria, die mkn sesudu jek. Asek-asek nk hun, hun, hun (read : bihun). Yg pasti, lauk die kene yg jenis berkuah.


one of last week menu. Daging Goreng Kunyit.


Yummy Fingerlady. Bendi Masak Kicap.

Mabeles. BAIKKKKK, wiken ni buat kek coklat Chenta Hati plop. Erm...Berusahalah ibu..

15.4.11

Peel Aniq

assalamualaikum

last few days, situasi nk anta the boys ke taska. Dah smpai trapik lite simpang P11,P9. Muhammad Aniq mula buat helah.

"Bu-bu (read :ibu). Akit pelot" (Read : sakit perot). Smbey tgn pegang perot.

Si ibu dah saspen. Btul ke si anak neh saket prot? Tp tgk reaksi saket die cm helah tamo g taska jek. Last-last ibu anto jugak die g taska.Muahahaha.Ibu kijam

Jgn nk cong ibu k.

Hr-hr pom ade helah bru dr Abam tamo g taska. Why tamo g taska? Tgk fren ramai jek, teacher pom baik. Sonok jek ibu tgk. Masalah nyer nangeh bile nk tinggal die jek. Lps tuh, trus dah maen tak ingt donia.


si buchuk macham ibu ayah

Keh Org Pahang Weh!!!

deme penah dengo tak base org pahang?

keh da lame dok pahang. sejak baby, tp keh langsung tak gheti nak cakak base pahang.klu paham siket bole la weh. dengo macit-macit borok taim merewang, keh langsong tak paham.

hahaha. mungkin sebak mak keh ngn ayoh keh bkn org pahang. deme berdue meranto jek dtg ke pahang ni weh. sedare-sedare pom xdek yg dok kt pahang. klu dok kt bando rauk tueh, mmg susoh nak dengo cakak pahang. klu dok kg cm keh ni ramai la weh aki-aki wan-wan yg terer cakak pahang. keh jek yg tak gheti nak blajo. hahaha. adek keh yg bongsu tueh, buleh la cakak sket-sket.

klu aok dengo, lebey kurang cakak org peghok jek. cume lain sket-sket jek. nak cakak pahang pekat, dok la kt lepaih. sane mmg pekat tahak ultramen la. entoh mender keh cakak ni weh. aok paham sndri la yer weh.

poh palih weh (mende entoh)


tuka base Kay Ellll plop

sonok gak dgr macit-macit bercakap. kengkdg bleh salah interpret maksud sebenar perkataan tuh.

org kt pasa payang hr tuh, dok ckp kain wat deme. ibu xpaham sbb struktur ayat cm xkena ngn maksud yg kami paham. rerupenyer bg org ganu, deme = diamond. klu org pahang, deme = mereka. hahaha

14.4.11

Naek Moto Pakai Helmet

assalamualaikum

si chukkkk Aniq ni mmg pantang naek moto. Bile naek moto musti tido. Sonok kot kene angin-angin bersiar-siar atas moto. Mmg itu la ubatnyer klu die mule wat prangai kt umah. Start moto keliling taman. Tp opkos la bkn ibu yg bwk di ronda.

same la kt memane pom. Kg ke umah putrajaya ke. Naek moto pepetang itu kemestian. Cume kt putrajaya neh, klu ayah blk lewat, xleh la nk naek moto. Suh die naek moto menan die jek la.

Kt cni kene pkai helmet. Sbb nyer, mmg ibu ngn ayah nk ajar Aniq sentiasa pkai helmet mahupom seat belt walau hanya jenjln keliling umah jek. Pastu takot polis/JPJ saman. Haha. Lebih-lebih lg Akta JPJ dah dipindakan. Tp yg paling penting, adalah keselamatan memasing. Ingt tak iklan buah tembikai...


huhu. atok mengelat tamo pkai helmet.Udoh tido Aniq kt ateih muto tuh.


gud-gud. pkai helmet, jiwa selamat

"Selepas pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dikuatkuasakan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan pada semua kenderaan yang melanggar undang-undang di semua jenis jalan. Sebelum ini, JPJ hanya mempunyai kuasa pada kenderaan yang melanggar undang-undang di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran. Namun, dengan pindaan yang baru ini, JPJ juga boleh bertindak di semua tempat, sebagai contoh, jalan-jalan di dalam ladang, taman, kampung dan taman kediaman."

taken from Konsumer Kini

elakkan membuat kesalahan jalan raya. elakkan disaman JPJ. Huhu. Ibu promote JPJ kesayanganku.

Berjaya!!!!

continue entry di bwh

Aqif dah pandai pom nerap. Just lps ibu post entry smlm, die mule eksen tunjuk skill. Kasi kluar tgn cm kekure pom da bole. Haha. Tp nerap jek lg. Telentang blk maseh lom terer lg.

shabbhass mere beta (ker bete?)

13.4.11

Soon He Will Pandai Nerap

assalamualaikum

sonok sgt tgk chukk Aqif ni skang tgh blaja-blaja nerap. buh jek atas tilam, mule la die dok prektis golek. Kengkdg pas mandi nk pkaikn baju pom, die xsaba-saba nk nerap. So proses pemakaian pempes dan sluar bju jd sedikit mencabar.


intro nyer. bengkokkn bdn, sembamkan muke atas tilam


tgn kasi kayuh-kayuh sket utk memudahkan penerapan


Aqif terer smpai cni jek. Bab kluarkn tgn dr bwh bdn die maseh lom terer.


setelah dipaksa prektis nerap berulang-kali, mule la teriak sekuat ati

smlm tetengah mlm, ibu terjage sbb ade org dok sondol-sondol. rupe-rupenyer chukkk Aqif ngigau prektis nerap. sunggoh dedikasi anak ibu neh kn. Bagoos. Sile usaha dgn gigih lagi. Anda bakal pandai nerap tak lame lagi.

*teringt ibu taim prektis blaja bwk kete dlu, tgh tido pom kaki dok ligat tekan clutch, brek bagai.

Wordless Wednesday Part-1

wordless wednesday

12.4.11

Tips From Puan Lina Karim

assalamualaikum

ibu subcribe Tips Mendidik Anak dr Puan Lina Karim. Sini ibu kongsikan info-info yg ibu dapat dgn mommies semua.

Assalamualaikum Rita,

Begitu cepat masa berlalu.. Setiap minggu baru bermula, pejam celik dah hari Jumaat.. Terasa baru lagi masuk tahun 2011, sekarang ni dah pun bulan 4. Begitulah kehidupan kita sehari hari.. Kita sentiasa sibuk berlari mengejar hari. Itu adalah tentang kita dan dunia kita.

Bagaimana pula dengan dunia anak kita? Adakah mereka merasa begitu. Mereka adalah sebaliknya pula. Masa berlalu begitu lambat dan amat membosankan. Kadang-kadang terlihat dengan jelas kebosanan di mata mereka. Jika bayi, mereka akan menangis kerana kebosanan berbaring, jika kanak-kanak mereka akan bosan kerana terperap dirumah kerana belum lagi bersekolah. Walaupun ada aktiviti menonton TV, tetap mereka akan jadi bosan menonton TV jika ianya sepanjang hari. Sayang sekali, jika masa yang mereka lalui setiap hari ini disia-siakan. Ia nya begitu setiap hari hinggalah mereka mula bersekolah, barulah pengisian ilmu juga bermula. Jika kita dapat meluangkan masa walau hanya setengah jam setiap hari bagi mengisi masa-masa bosan mereka ini, akan menyebabkan anak kita jadi beberapa langkah lebih cerdik dari kanak-kanak lain.

Bagaimana bermula? Saya tidak mengenali secara peribadi Rita. Namun nasihat saya, jika mempunyai anak yang masih bayi, ajarkan dengan menggunakan pendengaran dahulu. Cuba kita perhatikan hari pertama bayi dilahirkan, mereka disambut dengan azan dan iqamat. Tanpa mengetahui dan mempelajari fakta sains pun, jika kita adalah dikalangan dari orang yang memerhati, kita diberi pelajaran bahawa bayi boleh diajar dengan pendengaran.

Alam bayi semasa dalam kandungan adalah gelap, tiada apa yang dapat mereka lihat. Tanpa penglihatan, deria pendengaran mereka sangat tajam. Hanya deria pendengaran sahaja yang mereka boleh gunakan ketika didalam kandungan. Bila lahir, deria inilah juga yang kita boleh gunakan untuk mengajar mereka bukan sahaja kalimah Allah dalam azan dan iqamat, malah kalimahNya yang lain dalam Alquran.

Yang menjadi masalahnya, kebanyakkan ibu dalam tempoh berpantang, mungkin kerana kebosanan, berbagai telenovela dan cerekarama jadi santapan mata. Bayi yang baru lahir yang selalunya berada di sebelah ibu yang berpantang, yang masih tidak membuka mata, turut mengisi pendengarannya dengan bermacam-macam masalah dunia dari cerekarama yang tiada kesudahannya itu. Jadi jangan salahkan anak kita bila dah besar, dia pula buat cerekarama dan menyusahkan hati kita.

Alangkah baiknya jika, bayi tersebut, setelah pulang kerumah, diisi dengan ayat alquran setiap hari. Ibu yang berpantang juga akan mendengarnya dan secara automatik, susu yang di hasilkannya akan mengandungi khasiat ayat Al Quran yang didengarnya itu. Inilah konsep letak air ketika kita membaca Yassin. Air Yassin tersebut boleh menjadi penawar orang kerasukkan histeria dan lain-lain. Terbukti dalam kajian sains bahawa air yang didedahkan dengan kata kata yang elok atau ayat alquran mempunyai susunan molekul yang cantik dan seragam. Begitu juga dengan susu badan kita jika kita sendiri mendengar ayat ayat suci Al Quran. Jadikan susu badan kita bukan sahaja berkhasiat secara fizikalnya dengan penuh DHA (minyak ikan yang dimakan ibu yang menyusu), ekstrak daun zaitun olive oleo, kismis, badam, dll, malah susu badan kita tersebut penuh dengan khasiat kerohanian yang akan menjadi darah daging anak kita. Jadilah anak ini secara semulajadinya suka akan alquran.

Ada juga yang bertanya, anak saya dah besar. Dah nak masuk sekolah. Macam mana tu? Elok juga diperdengarkan dengan ayat Al Quran terutamanya Juzuk Amma tu kerana senang untuk mereka menghafalnya bagi dibawa sebagai surah dalam solat. Dah nak hampir umur wajib solat dah tu. Bila dah hafal, jika mereka disekolahkan ke sekolah agama rakyat ke, senanglah nak lulus periksa. (Dengar ayat pasal nak lulus periksa, haha)

Apapun, langkah permulaan atau langkah pertamanya adalah mendengar dan diperdengarkan! Ini akan membantu ketika kita ingin mula mengajar mereka menghafal. dan mulakan seawal yang boleh. Dan percayalah mengajar mereka mengenal 26 huruf hijaiyah lebih susah dari mengajar mereka 26 huruf ABC kerana usaha keras syaitan yang akan sentiasa berada ditengah-tengah kita ketika kita mengajar anak kita. Mereka takut akan potensi anak tersebut yang akan menguasai Alquran bila ia dewasa nanti. Maka jika ada hari kita berasa tidak bersemangat untuk mengajar anak kita, ingatlah akan itu sebenarnya dari syaitan.

Ikhlas dari,

Lina Karim

Panjang sgt nak bace??? Bace yg point yg ibu highlight tu jek pom ok.

7.4.11

BW again In Public

assalamualaikum

bersopping di Pasa Payang, kompem la ibu BW Muhammad Aqif. Senang tgn nk belek-belek kain kan. huhu. Tp mase tgh jenjln cri kedai, ade a few macit-macit yg tego ibu.

1. "Sian baby dok dlm tuh"

2. "Tak panas ke die dok ctu"

3. "Eeee lemas dia dok dlm kain tuh".

Apa yg ibu buat? Ibu senyum dan teruskan berjalan. Take it as a challenge. Ibu paham concern macit-macit tuh. Bia la nk ckp cm org indon dok kendong anak canggitu. Janji baby and mummy selesa. Insyaallah, ibu tau the best for my children. Bunyik cm org degil kn. hahaha.

Ok. nk puaskan ati, ibu jawab la seme soklan tersebot.


Soklan (1) Nape plak nk cian. Baby begitu comfortable dok dlm sling. Leh dgr degupan jantung ibu, same cm mase die dlm kandungan dlu. Pastu kene hug close to his mummy. Klu ibu, ibu suke kene hug.

Soklan (2) Baby dok dlm tuh tak panas. Kain sling ibu adalah The Baby Loft(TBL) Silk Ring Sling. Sejuk lg ade la. Pastu bknnyer kite gulung-gulung baby dlm sling. Derang just sit dlm kantung jek.

Soklan (3) Insyaallah tak lemas. Ibu tak serkup pale Aqif masok skali dlm sling. Klu panas matahari pom, ibu just teduhkan pale Aqif ngn ekor sling. Posisi chin Aqif pom ibu dah make sure tak rapat sgt ke dada Aqif.

However, appreciate btul ngn concern seme org. Ibu pom akan sentiasa beringt supaya selalu berhati-hati dlm berBW.

Sesetengah org rase cm leceh jek BW. Sesetengah org rase tolak stroller lg best. Well, idup kite ni full with choices. Pilih je mane satu yg kite nk. Sesungguhnya pilihan yg kite buat, musti ade justifikasi yg membantu pilihan tersebot.

Ibu buat pilihan ibu, others buat pilihan sndri. Respect other people choices k.

Mari Bersilat

assalamualaikum


taken on da way to tganu hr tuh.

4.4.11

Trip To Tranung

assalamualaikum

bru blk dr tranung. nganto org meminang ngn bertunang sabtu lepas.

gamba jek. malas nk cite byk-byk. hahaha


Aqif yg penyengeh


Aniq dak ngade


CikTa dan Aqif Chuuukkkk


Tunang dan Pentunang (Boy n CikDa)


Comot mkn ising


Damia Qaisara


Aniq n Atok


CikLong n Njang


BW di Pasa Payang


Aqif n TokMa


Disinari Masjid Kristal


Bubble bubble


CikYa, Aqif n TokMa


Aniq n CikPul


Muhammad Aqif = Yg Terpuji + Yg Menumpukan Perhatian


The Family w/o CikTa n CikPul


Dak jakun jumpe laut


Aqif n The Ladies


Acu, Aqif n CikTa


Baby Michelin


Aniq n Ayah (spek terbalik utk kasi lekat di idom)