26.4.11

Kek Kukus Coklat

smlm cuti.the boys anta g taska. ibu bleh la testing wat kek kukus kt umah. credit to Taman Syurga Abadi utk resepi kek.

ibu tepek semula resepi kek coklat kukus.

Bahan A:

2 cawan tepung (ibu guna tepung kek
1 cawan koko Van Houten
1 sudu kecil soda bikarbonat (x masuk )
1 sudu kecil serbuk penaik (x masuk )
2 cawan gula halus - ayak sebelum disukat

Bahan B:

4 biji telur
1 cawan marjerin cair (ibu guna butter)
1 cawan susu pekat

Bahan C:

1 cawan air panas didih
1/2 cawan minyak masak

Cara-cara:

1. Panaskan pengukus. Pastikan air kukusan sudah mendidih bila kek hendak dikukus.
2. Ayak terus bahan2 A ke dalam mixing bowl. Kacau menggunakan whisk
3. Masukkan bahan B dan kacau sekata
4. Masukkan pula bahan C dan kacau sehingga adunan betul2 sebati
5. Gris loyang dan taburkan tepung / alas dengan kertas minyak.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang. (untuk menghasilkan tekstur kek yg benar2 sekata dan tak berketul2,Sue tapis adunan semasa memasukkannya ke dalam loyang).
7. Kukus sekurang2nya 1 1/2 jam (tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus).
Tambah choclate utk topping

Topping:

coklat masakan pecahkan jd keping kecil
sedikit butter
sedikit susu segar

Cara-cara:

1. Masak coklat secara double boiler

nota : tulisan biru ibu improvise



1st trial, kek semasa panas nampak comel dan gebu


Tp bile dah sejuk, tinggi kek tak sekata. Bantat. Dr segi rase, MABELES,finger licking. Ibu kene prektis lg jgn kasi bantat. Mana tak nyer, kaco ikut dan jek. tak ikot petua buat kek.

Gamba yg dah letak topping ngn coklat rice ibu lupe nk snap. Sbb Aniq dah menari n nyanyi abeyuyu (hepi besday to u) kt sebelah suh potong kek cecepat.

No comments:

Post a Comment