26.4.11

Resepi Daging Goreng

atas permintaan, ibu tepek resepi Daging Goreng Kunyit yg ibu buat hr tuh. Resepi asas ibu amek kt Curly Babe Satisfaction tp ibu improvise sikit-sikit. Kt bwh, ibu tepek resepinyer

Bahan-bahan:

300 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
1 inci kunyit hidup*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk lumat)
1 biji kentang, kupas, potong dadu kasar2 dan rendam
1 biji bawang besar, hiris kasar
1 biji lada merah, hiris (x buh
1 biji lada hijau, hiris (x buh
kacang panjang potong serong
1/2 cawan air
2 camca besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara:

1. Daging digaul dengan bahan tumbuk lumat hingga rata, perap selama 1 jam.
2. Kentang tadi digoreng (toskan dahulu) hingga keemasan. Angkat dan toskan.
3. Panaskan kuali, masukkan daging tadi,masak hingga daging lembut.
5. Masukkan minyak masak,goreng hingga daging sedikit garing.
6. Tambah kentang, hirisan bawang, kacang panjang dan perasakan dengan garam dan secubit gula.
7. Kacau rata dan masak hingga bahan2 tadi layu sedikit.
8. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat

* nota : tulisan biru, ibu improvise


tadaaaa.selamat memasak k.

1 comment: