16.5.11

Sambal Kicap Ayam

Satu lg resepi ibu nk share dgn semua. Resepi Sambal Kicap Ayam from Kak Hanieliza. Sedap gak. Ibu dah try semlm. Tp ibu xfollow bebetul sukatannye. Main taram sajek. Pepandai la adjust kuantiti dan rasenyer k.

Bahan:

500 gm ayam
1 batang serai diketuk (ibu blender skali dgn bhn mesin)
5 helai daun limau purut
3 s/b sos tomato
5 s/b kicap
minyak
garam

Bahan Mesin:

20 tangkai cili kering)
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1/2 cawan air

Cara:

1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dengan serai sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan ayam dan kacau.
4. Biarkan sehingga ayam lembut dan naik minyak .
5. Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap.
6. Masakkan sehingga naik minyak.Hidangkan
*nota : tulisan biru ibu improvise


Hepi Cooking

2 comments:

  1. sedapnya akak...hehe..dah xleh nak fokus wat keje dah ni :P

    ReplyDelete
  2. asma :hehehe...pe lg. nnt blk try k. suke btul akak dgr bite gembira awk tuh.. take care

    ReplyDelete