28.7.11

Harga Barang Naik!!!!

Mau terkujat ibu tgk harga-harga brg-brg kt Kapor smlm. Tetiba terasa cm baru keluar dr gua sbb terkejut tgk byk brg dah naik harga. (Ke mmg betul ibu baru keluar dr gua nih?)

Harga susu En Aniq dah naik sampai RM101. Softlan dah lebih sepuluh ringgit. Kicap yg dulu lima ringgit lebih dah jdi enam ringgit lebih. Kodial sirap, dulu 7 hinggit je, sekarang dah jd sembilan ringgit.

Apa nak jadi ni. Kenapa byk barang naik ni? Gaji staff gomen ada naik ke? Setahu ibu tak da la pulak.

Urm...Kena berjimat-jimat la ye. Bulan puasa dah dekat ni, lagi afdal bersederhana. Rasa-rasa, dah xbanyak juadah boleh beli kat param dgn berbekalkan 10 ringgit. Kesimpulannya, masak je kt rumah. Lagi puas hati.
-_-

Harry Potter The Deathly Hallows Part 2

Sambungan utk cerita Part 1 dulu.



This time kami tengok version 3-D. Fuuyooh. Macam telanggar-langgar kepala dgn objek-objek bila tgk version 3-D ni. Siap elak-elak lg. Rasa mcm nak capai-capai pun ada juga. Poyo. Mcm-mcm feeling rasa bila tgk cerita ni. Sedih ada, meremang bulu roma ada. (Motip nak sedih bagai tgk cerite tidak benar ini). Ehem....ibu siap nangis part Harry tgk memory Snape. (Ibu menjiwai watak kekdahnya)

Nasib baik, ending HP ni, bg pendapat ibu, sunggoh best. Tak da la nak frust menonggeng sbb cite x menepati kehendak. Mmg la xsemua yg dlm buku masuk dlm pilem kan. Tp ibu puas hati. Terasa nak tgk pula episod 1 hingga 7. Ada dalam HD. Boleh layan bila-bila shj.

Tp Harry nmpak cam pendek pulak. Part last semasa hantar anak dia ke Hogwarts, cm sama tinggi jek ayah dan anak. Hehe Suka sgt Ron version berjambang-jambang semasa jd impostor pergi Gringot Bank. Sweet juga bila Ron kejar Malfoy and friends bila diorg attack Hermione dalam Requirement Room.

Pasni dah tiada HP di wayang (rasanya la sbb buku dah habis). Buku pun, ibu ada beli. Boleh la wat cerita karut kat Aniq nnt. Hehehe.

27.7.11

Mereka Berdua

Owh. Lega rasanya, dah selesai kursus 5 hari di INTAN. Tak payah nak bangun awal sgt, tak payah hantar awal budak-budak ke taska, tak payah rempit all out di highway semata-mata nak elak jem. Dah boleh drive dgn kadar yg tenang. Tekan pedal minyak pon, ala-ala nak tak nak jek (sungguh melampau klu gitu kan)

Muhammad Aqif dah masuk 7 bulan, 15hb lepas. Alhmdulillah exclusive BF for 7 month.Beliau juga dah pandai merangkak. Sekarang, sudah panjat-panjat tepi kerusi. Salah pegang, jatuh tergolek. Takpe-takpe, sebahagian dr pembelajaran utk berjaya. Bila ibu ada di dapor, die pom gigih merangkak dr hall ke dapor. Nasib baik halangan di pintu dapur masih belum berjaya ditempuhi, cuma sedang cuba-cuba hendak berpaut saja.(Safety gate)

Sekarang, peel tido pulak, suka sangat sondol-sondol bdn ibu. Nak cari posisi yg selesa kot. Kengkadang, tido atas dada, kengkadang atas perut. Bhgn kepala sahaja. Bdn masih kekal atas tilam.Ikut suka dia jek mana nak landing. Xpelah nak. Ibu xkisah.

Muhammad Aniq, ibu sedang train utk diaper free. Semasa latihan on weekends, semua nampak ok. Nak kencing, dia inform. Sempat la lari-lari ke toilet utk melepaskan hajat. Bila tanya, nak pakai pempes atau spende. Dia kata tamo pempes, nak pakai spende. Shabbbas my son. Lepas ni ibu akan beli spende byk-byk k. Insyaallah, raya nanti boleh pempes free. Berusahalah!!!!.

Pagi ke taska pom, dah tak pakai pempes. Bgn tidor, bwk dia ke toilet utk kencing. Cuma masa 1st day di taska, teacher cakap ada yg terlepas. Sbb die ralit bermain. Tkpa. Kita usaha lagi.

Semalam, everytime nak ke toilet, Aniq siap pesan kpd Aqif yg sedang main di dpn tivi.

"Tunggu kejap yer. Abang g kencing"


Adik bkn paham pon, tp dia layankan aje si abang. Pernah 1 hari, Aniq tgk channel sport di mana masa tuh, ada atlit tgh lumba lari. Biasalah atlit luar negara. Pemakaiannya baju kecik, seluar kecik pun kan. Aniq pula tgk seluar kecik atlit sama macam spender dia. Disuruh pakaikan dia spender, trus lari 1 rumah. Ala-ala atlit tgh berlumba. Tunggu la adik pandai sikit hari nnt, mau adik pun join pakai spende lumba lari dlm rumah.

Bertapa kuatnya pengaruh tibi terhadap anak-anak kan.


26.7.11

Menghadapi Puasa Sebagai Nursing Mummy

Less than a week nak menjengah bulan Ramadhan. Alhmdulillah 3 tahun berturut-turut, ibu berjaya berpuasa penuh di bln Ramadhan. Ye lah, 2008 mengandungkan Aniq, 2009 BF Aniq, 2010 mengandungkan Aqif. Hopefully this year pun ibu boleh berpuasa penuh walaupun masih BF Aqif.

Alhamdulillah. Stok susu EBM utk bekalan sekiranya susu tak meriah di bulan puasa nnt insyaallah cukup. Walaupun hasil simpanan mengikut bulan, tak la memcecah ratusan oz, tp memadai utk Aqif minum sehingga 2-3 bulan lagi. Itu pun dah consume 2/3 daripada space DF di rumah. Sekarang, Aqif masih berbekalkan tok EBM bulan Mac.




Sedang surf-surf tenet utk cari info-info utk mnghadapi Ramadhan sbg nursing mummy ni, I came across to this artikel. Ibu ambil sebahagian dr artikel tersebut utk dikongsi.

Power Pumping
Power pumping is a technique that can be helpful in building a milk supply. For more information on basic pumping techniques, see the pumping section below. Here is a brief explanation of power pumping.

Power pumping involves using regular pumping techniques and setup, but in a unique way. The idea is to mimic a baby who is nursing frequently to increase a mother’s supply, as is common in the nursing relationship during a growth spurt. To power pump, hook-up as you would for a normal pumping session, pump for 10-20 minutes, rest 10 minutes, then pump another 10 minutes, then rest for 10 minutes, then pump again for 10 minutes. The mother does this for about an hour, once per day, to increase supply. At other pumping times during the day, routine pumping is used. It can take about a week to see an increase, so don’t get discouraged.

Some mothers prefer to concentrate their efforts and have a power pumping weekend, called “Power Pumping Boot Camp” by some lactation consultants. They power pump at each pumping for a couple of days before returning to routine pumping.


Basically, tulisan oren ckp, kita pump 10 min-rehat 10 min-pump 10 min-rehat 10 min-pump 10 min-rehat 10 min-pump 10 min. Buat la at least once a day. Power pumping ni mcm imitate situasi baby keep on nak menyusu dgn kita. Secara tidak langsung, signal diberi kpd otak utk produce more milk.

Nampak mcm penat, tapi insyaallah berbaloi. Ibu pon akan start power pumping in few days.


Semua utk Aqif sayang.


A few tips ibu ambil dari Puan Lyna MySuperKids
Antara petua dan tips lain bagi ibu menyusu di bulan puasa:

*Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, oat, dan sebagainya.
*Jangan skip sahur (lagipun sahur tu sunat).
*Banyakkan sesi penyusuan dan mengepam, terutama di waktu malam dan waktu sahur.
*Banyakkan bertenang.
*Mengambil supplement seperti vitamin B complex.
*Cuba makan dan minum sedikit-sedikit dan kerap pada waktu malam (takut bloated pula bila sekaligus).
*Bawa sebotol air semasa jemaah terawikh dan minum sedikit antara rakaat2.
*Banyakkan berdoa dan berfikiran positif.


Walau apa pun, semuanya yang berlaku adalah kehendak ALLAH s.w.t. Ibu sebagai hamba-NYA hanya mampu berdoa agar ALLAH terus mengurniakan rezeki yg satu ini demi meneruskan penyusuan susu ibu kepada Aqif sehingga usia 2 tahun.

25.7.11

Cheese Cake With Blueberry Filling

Salam. Minggu depan dah masuk bulan Ramadhan. Seronok pulak nak sambut Ramadhan ni. Suasana plak, mungkin bagi experience baru utk ibu sekeluarga. Yelah, sekarang ada 2 anak nak diuruskan. Dapatkah kami (ibu dan ayah) berbuka bersama, atau masih kena take turns. Insyaallah boleh.

Mission sebelum puasa ni, ibu nak buat Chis Cake. Seperti di bawah ni:




Yummie kan. Kek di atas adalah hasil tangan opismate ibu. Ibu harap, hasil tangan ibu pom, boleh jd secantik itu. Dan rasanya jugak jd sesedap itu.

Ibu share cni, resepi yg opismate ibu share utk buat chis cake ini.
Caramel Cheese Cake With Summer Fruit Filling
Bahan Filling: Bluberry Filling

Bahan A:
• Biskut marie ( 1 packet ) *bule pakai biskut digestive beli kat kedai cake (1/2 packet)
• 1/3 Butter ( 1 biji butter bahagi 3 bahagian –ambil satu bahagian saja)

Cara:
1. tumbukkan biskut marie sampai hancur
2. gaul dgn butter sampai agak2 boleh gempal
3. letakkan adunan tersebut dlm loyang cheese cake(yang boleh bukak tepi)
4. ratakan dan tekan mampat.

Bahan B:
• 250gm Philadelphia cheese atau beli cream cheese kat kedai jual barang cake.
• 3 sudu besar caramel from carnation atau ½ tin kecil susu pekat manis

Cara:
1. pukul cheese lembut dgn caramel sehingga sebati .

Bahan C:
• 1 ½ cawan double cream / whipping cream (beli kat kedai jual barang kek)

Cara:
1. Pukul sehingga kembang .
2. Gaulkan bahan B ke dalam bahan C.

Bahan D:
• 2 sudu besar gelatine (kalu tak ada halalGel , boleh beli di Sainbury : Dr Oetker Vege-Gel)
• ½ cwn air

Cara:
1. Panaskan air atas dapur
2. Setelah air panas, masukan gelatine sehingga gelatine sebati
3. Kemudian masukkan bahan D kedlm campuran bahan B & C.Kacau sebati.
4. Apabila sebati, tuangkan adunan tersebut keatas bahan A didlm loyang.
5. Masukkan kedalam fridge selama 3 jam. Kuatkan suhu fridge ke max
6. Setelah keras ratakan summer fruit filling keatas cake.
7. Masukkan semula kedlm fridge selama 1/2 jam lagi.
8. Bukak tepi loyang dan hidang. Kalau dah mulai lembik,Masuk semula dlm fridge seketika.


Owh. Musti terliur bile tgk blk entri ni taim bln pose nnt.

15.7.11

Aniq+Aqif @ Taman Tasik Perdana

Owh. Bz smpai terlupe nk review photoshoot DKS2 dengan MyKhalish di Taman Tasik Perdana, 19 Jun lepas. Sebelum ini kami pernah ambil khidmat team MyKhalish utk sessi ini.

Kami sampai a few minit lewat. Hehe. Maaf Shahril terpakse tunggu kejap kami anak beranak bersiap.
Nak sampai di lokasi penggambaran, perlu melalui kawasan playground. Aniq pulak dah terkinja-kinja nak main di playground. Pujuk-pujuk sikit utk main di playground lepas selesai penggambaran (Ces, bunyi cam retis plop).
Mujur die nak. Tak mustahil akan berlaku adegan tarik menarik di tengah-tengah jln jika dia brdegil. Haru nnt jdnyer.

Mujur kawasan tuh banyak pokok dan hari pun redup je. Mampulah juga kami sekeluarga posing-posing pusing pokok.


Huhu. Dah jadi stail Aniq sekarang, klau ada org tidak dikenali ambil gamba dia, mula lah buat mulut moncong la, ketap gigi la. Bila candid, molek pula dia posing.


Suka bkn sebab enjin dah panas,tp sbb nampak aeroplane kt atas. Takkan nak kene upah aeroplane terbang sepanjang sesi kot.


Transformers Kepsi. Cukup syg masa mula-mula dapat.Sekarang, Kaki entah ke mana.Awal-awal dulu, siap belagak lg kt budak yg mkn meja dpn kami. Last-last, bdk tuh meraung ngn mak pak die mintak blikan transformers jugak. Owh anakku.


Lain anak, lain peel. Yang ini pula, sunggoh berminat ngn daun kering ngn rumput-rumput.


Si abam yg makin petah berkata-kata dan si adek yg sentiasa tersenyum (pdhal dlm gamba ini, dia tak senyum pun, takpa, masa lain dia senyum)


Owh. Sayang ibu yg comel. Sentiasa meruntun jiwa ini. Geram nak cubit-cubit pun ada juga. Nanti besar, jadi engineer yer. Gantikan cita-cita ibu yg tak kesampaian tu.




Rasa macam mahu mereka muat dipeluk ibu sebegini selama-lamanya



Semua pun beremosi. Adek sahaja yang cool. Tak tahu apa cerita sebenarnya.



Apahal la keluarga rumah merah ni main sorok-sorok belakang pokok.


Anak-anak dah gaya penat, tapi mak pak masih menten mud photography


Boleh pun ceria mcm ni. Ubatnya, pergi playground. Mula-mula tak mahu turun gelongsor sbb acik Rill tunggu di bawah, bersedia untuk menembak



Sekarang kami dah berempat, insyaallah lama lg untuk berlima (jgn pandai-pandai bubuh perkataan tak sebelum lama)

Seperti job yg terdahulu, kami mmg berpuas hati dgn khidmat yg diberikan. Selamat maju jaya utk MyKhalish.

Pump Semasa Berkursus

Alhamdulillah. Dapat tawaran kursus dari INTAN selama 5 hari starts minggu depan. 2011 dah masuk setengah tahun yg kedua, ibu baru nak pergi kursus pertama. Hurm. Ape nak buat. Permohonan utk kursus sebelum-sebelum ni asek kena rijek je.

So the whole week, ibu akan pumping di tempat kursus. Mcm mane la keadaannya di sana yer. Port mane nak pump? Mcm mane plak timetable class (dlm surat tawaran tak disertakan jadual). Sempat ke nak lari-lari ke port utk pump? Ibu pernah berkursus di sana tahun lepas. Tapi ketika itu, ibu dah tidak pumping kerana sedang mengandungkan Aqif. So berlenggang kangkung bwk perut saja.

Tahun ni, tanggungjawab pumping kembali dan ibu kena angkut beg pump ke hulu ke hilir masuk kelas. Dgn keadaan muka bumi di sana yang berbukit bukau. Byk turun naik tangga, berlari-lari anak sbb terlambat ke class musti ada punyalah. Noted. Sila pakai kasut yg sesuai utk memudahkan pelarian.

Nk pump di mana yer? Surau di sana mmg besa dan selesa, tapi ada power outlet ke? Ibu tak perasan masa last time ke sana. Mungkin masa lunch boleh pump di surau, sbb masa rehat agak panjang. Tp kalau in between class, mcm tak sempat. Surau jauh sikit di belakang.

So utk langkah berjaga-jaga, perlu bawa manual pump atau beli car adapter. Ice pack yang mecukupi. Sebab ibu keluar awal, dan mungkin masa balik, boleh tersangkut dlm trafic jem. Ice pack kena lebih utk kekalkan temp susu. Kena fikir worst case scenario. Biar la berlebih, jgn berkurang.

Teringat ibu semasa ibu berkursus di Melaka selama 3 hari tahun 2009. Tinggalkan Aniq ketika itu 8 bulan, sungguh mencabar. Sbb tiada pump semulajadi utk kosongkan B setiap malam. Berbekalkan berpuluh-puluh stok 3 oz, ibu tinggalkan Aniq di kampung.

Kelas start 8:30am - 5 pm. Ibu lari blk ke hostel utk pump semasa break pd 10am utk minum pagi for 30 minit. Mmg takde la nak minum-minum, sembang-sembang dgn rakan kursus. Ambil kueh, terus pecut ke hostel. Makan smbil pump je. Itu pun, masih lewat masuk class few minit. Cikgu dah start class, ibu baru smpai. Mmg keadaan bdn, berpeluh-peluh la sbb dah berlari bersungguh-sungguh. Takut cikgu, halau semula keluar dari kelas sbb lewat. Musti org-org pelik kenapa la perempuan ni, dok lari bersungguh-sungguh.

If I can do it then, of course I can do it now. Berusahalah. I'm proud Breastfeeding my children.

Bob the Builder,
Can we fix it?
Bob the Builder,
YES, we can.


Atau mungkin ada mommies-mommies yang bermurah hati nak pinjamkan FS utk ibu guna. Ala, seminggu jek. Nnt pulang blk k. Hehehe

A Long Week

What a looooong week. Si adek dn abam bergilir-gilir pas baton acara demam berganti-ganti. Phew. Hari ni, alhamdulillah both of them dah sehat.

Adek demam dari Rabu, 6 Julai 2011 hingga 10 Julai 2011. Dah buat test darah, alhamdulillah result normal. Mungkin demam nak pandai merangkak kot.

Abam demam dari Selasa, 12 Julai 2011 hingga Khamis, 14 Julai 2011. Start muntah-muntah. Minum susu muntah. Makan takmau. Kasi die minum air Bina (Ribena), muntah jugak. Sian Aniq, tgh syok-syok minum, muntah plak msuk dlm air Bina.Buh Smecta dalam susu dan mknan, alhamdulillah tak muntah dah.

Dalam tak sihat tuh, masih rekues nak pergi ke Dhaylaun (Playground). Walaupun tak larat nak panjat all those permainan, Aniq just duduk di bangku tgk abam-abam besa main bola.

Risau sungguh bila anak-anak tak sihat. Ibu ayah boleh jadi tak tentu arah. Tidur xcukup tu adalah biasa.

Mungkin juga faktor cuaca juga menyumbang kepada ketidaksihatan mereka. Udara di Putrajaya sungguh berjerebu. Kadang-kadang visibiliti sunggoh teruk. Dah lama juga tak hujan. Ahlamdulillah, semalam dan pagi ini dah hujan. Take away all the dirty dust.

Hri ni, dedua dah ke taska. Hope mereka ok. Siapa kata kanak-kanak menyusu bdn takkan dpt penyakit? Mereka juga manusia kan. Dgn susu ibu, tahap antibodi mereka bertambah kuat. Itu yg penting.

9.7.11

Sayangkan Anak

Geram tak?


Sikit-sikit ok lah. Nampak comel. bile dah ditonggeng sebotol bedak, my blood go upstairs la.


Lepas ibu rampas bedak n put at higher place, mule la tamo kawan ngn ibu. Tp xlame pom xkawan ibu, pastu dok menepek atas peha ibu jugak.Memlm klu nk tido, nak jugak at least ade 1 jari yg bersentuhan dgn ibu (yelah. sbb ibu dok dodoi adek, so xdpt nk peluk abam).

Dok ngn ibu, xde la ipong, ipad. Men geng-guin jek yg ade.

8.7.11

Surprise For Him

Rentetan entry besday ayah. Huhu. Ibu plan wat seprais kt ayah dr last month. Xdela grand-grand sgt. Alhmdulillah, nampak muke ceria ayah smlm. Thanks to my pren for the ideas. (Well, a part of it was my idea)

Ibu cube sorok sebaik mungkin. Tp ade sikit terbocor. Hehehe. Reason, gamba dlm camera. Ape ke bengap sgt ko ni rita. Hahaha. Seb baik bab baju tuh tak terkantoi.

All the present, ibu buh atas katel. Sbb ayah pas blk keje, die akan g mandi, berak, kencing seme. Haha. Kengkonon nk suh die yg terjumpe la. Haha. Last-last, ibu yg sound ayah suh naek atas. Ibu plak yg over eksited.


Merupekan adiah bonus. Liverpool lwn Mesia. 16hb ni. Ayah adelah pemunat Liverpool sejak azali.


Jersy Mesia. Silap posisi plak amek gamba neh. Country or Club. Opkos country. Tanah tumpah darahku. Klu jersy terbalik, ade tulih "tanah tumpah darahku" kt blakang lambang bendera mesia. Cool huh.


You'll never walk alone. Ayah kate Gerard xdtg plak sbb injured. Ibu nak tgk Gerard. Huuuuu


Besday Boi and the presents. Terpancar keceriaan di muke


With the tickets. Nk bwk sape nnt ayah?

Ayah,

Xyah dok risau mende-mende ni mahal ker murah ker. Yg penting ibu ikhlas nak bg kt ayah. Nilai brg-brg ni lg xleh tanding dgn kasih sayang ayah, pengorbanan ayah kpd family. Ni just a little token from me and the boys. errr and im requesting for a watch this November. Hahaha

p/s : seb baik jersey Liverpool dah tuka Standard Charted. So dpt la ayah selai. Klu tak, xde la ayah merasa. Hehehe

7.7.11

Duduk Sendiri

Blk dr task, teacher dayah gtau, adek Aqif da bole duduk sndri. Wah. Sonok nyer ibu. Another steps achieved.

At 6 and half months , Adek Aqif da bole duduk sndri. Tp ade jugak duduk yg makin lama, makin senget pastu bummm terbaring. Panjat memanjat mmg xusah kire. Asal ade ruang, mmg Aqif suke memanjat. Silap panjat, jatuh tergolek. Xkire la org ckp lmbt ker ape ker, ibu bangga anak ibu dah pandai duduk+panjat pd usia ini.

Eksited sgt, smpai umah trus snap gamba. Kenangan utk hari tue.



Abam Aniq yg sentiasa sayang adek. Sentiasa di sisi walu dimane shj.

Pg td, ibu prasan, Abam Aniq tido smbil peluk Adek Aqif. Sweetttt.

7.7.11 - 29th

HAPPY 29TH BIRTHDAY

TO

SHAHRUL NIZAM BIN AHMAD ZAINAL BADRI

Semoga abg dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan kejayaan di dunia dan akhirat.

Enjoy ur final year of 20-an. Hehe

Ibu, Aniq dan Aqif sentiasa sayang ayah sgt-sgt.

4.7.11

LC dicurik

Dugaan. Last wik moto ayah ilang kt opis. Da kene kebas. Ibu sedeh, ayah ape tah lg kan. Moto itula yg dibawa kulu kilir utk bekerja.

Ayah jual moto kiteorg g deting dedolu (125z) utk bli moto neh. Bln 7 taun 2007 ayah bli moto neh sbg present besday utk diri ayah. Yer.. ayah adiahkn utk diri ayah sndri gune duit ayah kompol sikit-sikit..

Tup-tup sesenang jek org curik. Sedeh. Jahat tau. Bli la sndrik len kali. Tempang sket kaki ayah nak ke sana sini. Nak g keje pom pinjam hak org len. Stakat ni, bole la bertahan pinjam org nyer, tp smpai bile kan. Dah la work nature ayah mmg memerlukan utk sentiasa travel. Nak travel kt area KL ni naek kete, baik takyah. Wat sangkut dlm jam jek. Nnt 1 keje pom tak jln.

Tunggu duit insuran dpt, bru bli moto baru, ok ke? Simpanan tu ade, tp takde la byk. Mmg itu tujuan simpanan pom. Utk diguna taim-taim kes emergency cm neh.

Baiklah ayah, kite bli Wish terus. muahahaha

Ini seme dugaan ALLAH. ALLAH bg dugaan sbb ALLAH sayang kite.Bertabah k ayah. Mane tau besday nnt, ade org wat seprais bg moto beso ker. (Pak Chak kasi pinjam moto beso die tanpa cengkeram) Hahaha


Gamba arkib. Yamaha LC dlm kenangan.