25.7.11

Cheese Cake With Blueberry Filling

Salam. Minggu depan dah masuk bulan Ramadhan. Seronok pulak nak sambut Ramadhan ni. Suasana plak, mungkin bagi experience baru utk ibu sekeluarga. Yelah, sekarang ada 2 anak nak diuruskan. Dapatkah kami (ibu dan ayah) berbuka bersama, atau masih kena take turns. Insyaallah boleh.

Mission sebelum puasa ni, ibu nak buat Chis Cake. Seperti di bawah ni:




Yummie kan. Kek di atas adalah hasil tangan opismate ibu. Ibu harap, hasil tangan ibu pom, boleh jd secantik itu. Dan rasanya jugak jd sesedap itu.

Ibu share cni, resepi yg opismate ibu share utk buat chis cake ini.
Caramel Cheese Cake With Summer Fruit Filling
Bahan Filling: Bluberry Filling

Bahan A:
• Biskut marie ( 1 packet ) *bule pakai biskut digestive beli kat kedai cake (1/2 packet)
• 1/3 Butter ( 1 biji butter bahagi 3 bahagian –ambil satu bahagian saja)

Cara:
1. tumbukkan biskut marie sampai hancur
2. gaul dgn butter sampai agak2 boleh gempal
3. letakkan adunan tersebut dlm loyang cheese cake(yang boleh bukak tepi)
4. ratakan dan tekan mampat.

Bahan B:
• 250gm Philadelphia cheese atau beli cream cheese kat kedai jual barang cake.
• 3 sudu besar caramel from carnation atau ½ tin kecil susu pekat manis

Cara:
1. pukul cheese lembut dgn caramel sehingga sebati .

Bahan C:
• 1 ½ cawan double cream / whipping cream (beli kat kedai jual barang kek)

Cara:
1. Pukul sehingga kembang .
2. Gaulkan bahan B ke dalam bahan C.

Bahan D:
• 2 sudu besar gelatine (kalu tak ada halalGel , boleh beli di Sainbury : Dr Oetker Vege-Gel)
• ½ cwn air

Cara:
1. Panaskan air atas dapur
2. Setelah air panas, masukan gelatine sehingga gelatine sebati
3. Kemudian masukkan bahan D kedlm campuran bahan B & C.Kacau sebati.
4. Apabila sebati, tuangkan adunan tersebut keatas bahan A didlm loyang.
5. Masukkan kedalam fridge selama 3 jam. Kuatkan suhu fridge ke max
6. Setelah keras ratakan summer fruit filling keatas cake.
7. Masukkan semula kedlm fridge selama 1/2 jam lagi.
8. Bukak tepi loyang dan hidang. Kalau dah mulai lembik,Masuk semula dlm fridge seketika.


Owh. Musti terliur bile tgk blk entri ni taim bln pose nnt.

No comments:

Post a Comment