27.7.11

Mereka Berdua

Owh. Lega rasanya, dah selesai kursus 5 hari di INTAN. Tak payah nak bangun awal sgt, tak payah hantar awal budak-budak ke taska, tak payah rempit all out di highway semata-mata nak elak jem. Dah boleh drive dgn kadar yg tenang. Tekan pedal minyak pon, ala-ala nak tak nak jek (sungguh melampau klu gitu kan)

Muhammad Aqif dah masuk 7 bulan, 15hb lepas. Alhmdulillah exclusive BF for 7 month.Beliau juga dah pandai merangkak. Sekarang, sudah panjat-panjat tepi kerusi. Salah pegang, jatuh tergolek. Takpe-takpe, sebahagian dr pembelajaran utk berjaya. Bila ibu ada di dapor, die pom gigih merangkak dr hall ke dapor. Nasib baik halangan di pintu dapur masih belum berjaya ditempuhi, cuma sedang cuba-cuba hendak berpaut saja.(Safety gate)

Sekarang, peel tido pulak, suka sangat sondol-sondol bdn ibu. Nak cari posisi yg selesa kot. Kengkadang, tido atas dada, kengkadang atas perut. Bhgn kepala sahaja. Bdn masih kekal atas tilam.Ikut suka dia jek mana nak landing. Xpelah nak. Ibu xkisah.

Muhammad Aniq, ibu sedang train utk diaper free. Semasa latihan on weekends, semua nampak ok. Nak kencing, dia inform. Sempat la lari-lari ke toilet utk melepaskan hajat. Bila tanya, nak pakai pempes atau spende. Dia kata tamo pempes, nak pakai spende. Shabbbas my son. Lepas ni ibu akan beli spende byk-byk k. Insyaallah, raya nanti boleh pempes free. Berusahalah!!!!.

Pagi ke taska pom, dah tak pakai pempes. Bgn tidor, bwk dia ke toilet utk kencing. Cuma masa 1st day di taska, teacher cakap ada yg terlepas. Sbb die ralit bermain. Tkpa. Kita usaha lagi.

Semalam, everytime nak ke toilet, Aniq siap pesan kpd Aqif yg sedang main di dpn tivi.

"Tunggu kejap yer. Abang g kencing"


Adik bkn paham pon, tp dia layankan aje si abang. Pernah 1 hari, Aniq tgk channel sport di mana masa tuh, ada atlit tgh lumba lari. Biasalah atlit luar negara. Pemakaiannya baju kecik, seluar kecik pun kan. Aniq pula tgk seluar kecik atlit sama macam spender dia. Disuruh pakaikan dia spender, trus lari 1 rumah. Ala-ala atlit tgh berlumba. Tunggu la adik pandai sikit hari nnt, mau adik pun join pakai spende lumba lari dlm rumah.

Bertapa kuatnya pengaruh tibi terhadap anak-anak kan.


3 comments:

  1. haha..letih btl nak kejar anak yang dah pandai merangkak ni kan kak?x yah joging2 dah....hehe

    ReplyDelete
  2. alololo.. abam ngan adek main came - came...heheeh.. ooo ko dh start potty trained aniq ek? aku amirah dh terlepas baru ckp..huhu.. aina plak dh 7 bulan ni asik laa menyembur pastu kemam2 mulut.. gatal gusi kot.

    ReplyDelete
  3. asma : akak xde kejar sgt pon. kwsn umah mmg dah clear dr brg-brg bahaya (insyaallah) .cume tgk kalu-klu die mengutip jek.

    erul : dah stat, slow-slow. sbb die pom dah pandai ckp kan. aqif pom skang dok gigit-gigit brg. mungkin jugak nk naik gigi.

    ReplyDelete