15.7.11

Pump Semasa Berkursus

Alhamdulillah. Dapat tawaran kursus dari INTAN selama 5 hari starts minggu depan. 2011 dah masuk setengah tahun yg kedua, ibu baru nak pergi kursus pertama. Hurm. Ape nak buat. Permohonan utk kursus sebelum-sebelum ni asek kena rijek je.

So the whole week, ibu akan pumping di tempat kursus. Mcm mane la keadaannya di sana yer. Port mane nak pump? Mcm mane plak timetable class (dlm surat tawaran tak disertakan jadual). Sempat ke nak lari-lari ke port utk pump? Ibu pernah berkursus di sana tahun lepas. Tapi ketika itu, ibu dah tidak pumping kerana sedang mengandungkan Aqif. So berlenggang kangkung bwk perut saja.

Tahun ni, tanggungjawab pumping kembali dan ibu kena angkut beg pump ke hulu ke hilir masuk kelas. Dgn keadaan muka bumi di sana yang berbukit bukau. Byk turun naik tangga, berlari-lari anak sbb terlambat ke class musti ada punyalah. Noted. Sila pakai kasut yg sesuai utk memudahkan pelarian.

Nk pump di mana yer? Surau di sana mmg besa dan selesa, tapi ada power outlet ke? Ibu tak perasan masa last time ke sana. Mungkin masa lunch boleh pump di surau, sbb masa rehat agak panjang. Tp kalau in between class, mcm tak sempat. Surau jauh sikit di belakang.

So utk langkah berjaga-jaga, perlu bawa manual pump atau beli car adapter. Ice pack yang mecukupi. Sebab ibu keluar awal, dan mungkin masa balik, boleh tersangkut dlm trafic jem. Ice pack kena lebih utk kekalkan temp susu. Kena fikir worst case scenario. Biar la berlebih, jgn berkurang.

Teringat ibu semasa ibu berkursus di Melaka selama 3 hari tahun 2009. Tinggalkan Aniq ketika itu 8 bulan, sungguh mencabar. Sbb tiada pump semulajadi utk kosongkan B setiap malam. Berbekalkan berpuluh-puluh stok 3 oz, ibu tinggalkan Aniq di kampung.

Kelas start 8:30am - 5 pm. Ibu lari blk ke hostel utk pump semasa break pd 10am utk minum pagi for 30 minit. Mmg takde la nak minum-minum, sembang-sembang dgn rakan kursus. Ambil kueh, terus pecut ke hostel. Makan smbil pump je. Itu pun, masih lewat masuk class few minit. Cikgu dah start class, ibu baru smpai. Mmg keadaan bdn, berpeluh-peluh la sbb dah berlari bersungguh-sungguh. Takut cikgu, halau semula keluar dari kelas sbb lewat. Musti org-org pelik kenapa la perempuan ni, dok lari bersungguh-sungguh.

If I can do it then, of course I can do it now. Berusahalah. I'm proud Breastfeeding my children.

Bob the Builder,
Can we fix it?
Bob the Builder,
YES, we can.


Atau mungkin ada mommies-mommies yang bermurah hati nak pinjamkan FS utk ibu guna. Ala, seminggu jek. Nnt pulang blk k. Hehehe

4 comments:

  1. harapnya anak kedua ni saya leh ikut jejak langkah akak... :)

    ReplyDelete
  2. insyaallah asma. You can !!!! :)

    ReplyDelete
  3. awat tak cakap nk pinjam..hehe..padahal ambe pun ngepam jgk di cameron..hohoho

    ReplyDelete
  4. erne: hehe..tau doh musti nak pump punyer kt CH...

    ReplyDelete