26.8.11

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Wow. Minggu depan dah raya. Tinggai berapa hari je lg bulan Ramadhan ni. Alhamdulillah. Semoga ALLAH memberkati puasa-puasa yg lepas dan puasa-puasa yg akan datang ni.

Kami blk raub mlm ni uols. Haha. Kompem byk kereta atas jln. Tadi pon ramai opismate yg blk pantai timur nak gerak mlm ni. Haduih. Tak pe. Kita drive smbil bersantai. Budak-budak kompem tido. Ibu ngn ayah hadap jln smbil makan-makan Bek-D. Sok baru sambung perjalanan blk Kelantan pulak.

Hahaha. Eksited tulis entry pasal nk blk kg. Kompem ayah perli blk umah kang. Hehe. Aniq kt taska, hari-hari nyanyi lagu "Balik Kampung".

Kt umah tuh ade sebijik lg pinggan yg perlu dibalas kt umah akak di bwh tuh. Bleh ke balas lps raya. Heee. Entah akak tuh dah blk kg ke belum.



Di sini, ibu nak ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua yg membaca. Semoga raya tahun ini memberikan 1001 kegembiraan dan keinsafan kepada korg semua.

Berhati-hati di jln raya k. Ingatlah org yg tersayang. Jgn potong dabel line. Jgn ikot laluan kecemasan kecuali kecemasan. Sabar dan terus bersabar semasa memandu k.
SELAMAT HARI RAYA, KORANG...

Still BF

Alhamdulillah. Rezeki Muhammad Aqif utk hr ini utk 2 kali pumping. Tak byk mana pun, tp Alhamdulillah.


Pump sessi 1 @ 10 am (terlambat sikit sbb ralit wat keje)


Pump sessi 2 @ 1 pm


Utk sessi 3, pukul 5 karang baru ibu pump blk k.

Pengalaman BF Aniq dgn Aqif sgt-sgt berbeza. Aniq, tak kisah nak melekap mcm mana pun. Bila dia jumpa cari source (hahaha), dia pandai adjust sndri.

Aqif pula, kdg-kdg nak dptkan posisi melekap tuh ambil masa sikit. Kalau dia tak puas hati, dia akan tolak-tolak bdn kita mcm tak mahu menyusu. Pdhal perut lapa tuh. Solution nya, ibu kena tabah cuba-cuba dan cuba sampai dpt posisi yg betul.

Yg sama pengalaman BF budak berdua nih, mmg diorg tak suka minum susu di public. Tgk mcm lapa, bila dah selak nak kasi, kepala sebok dok meninjau-ninjau org lalu lalang. Langsung tak jadi nak minum. Kena cari lokasi tersorok sikit dan tak ramai org baru diorg nak minum.

Ibu sekarang tgh menantikan reward yg ibu hadiahkan utk diri sendiri ni sampai. Insyaallah pas raya sampai. Tak sabarnya... :D

23.8.11

Shopping Kasut Aniq

Semalam p shopping lagi ngn sibling ibu utk belikan kasut anak-anak. Muhammad Aniq terutamanya. Muhammad Aqif lom berjalan lg, beli kasut pom tak guna jugak. Pakai je pre-walk shoe dia yg dah beli bulan 6 hr tuh. Entah-entah, ibu sarungkan sokin je.

Hokey. Cari punya cari, jumpa la kasut yg diidam-idamkan. Test la kt kaki Muhammad Aniq tuh. Test-test, jd pakai terus plak korang. Dia tamo bukak. Tamo pakai sipar buruk dia blk. Layankan je la. Kasi la dia pakai kasut raya dia tuh jenjln alamanda sampai ke rumah.

Mentang-mentang dah pakai kasut, jadi atlit plak dia kt sana. Lari sana sini. Luar kedai, lari. masuk kedai, lari. Dlm kedai lari. Sampai kt VINCI nak tgk-tgk kasut ibu, dia p eksen-eksen dpn cermin menilik kasot dia. Pose camtu camni. Sampai SA VINCI tu tegur dia, kasut baru ker dik. Bila dah ditegur camtuh, mula lah himpit-himpit masuk celah kaki org.

Hilang segan dia, sambung lari blk. Kejap-kejap berhenti, penat katanya. Puas rehat, sambung lari blk.

Ibu dgn kendong adek Qif nye, tak larat nak kejar. Urusan kejar mengejar tuh, bia cik ya ngan cittah yg buat. Ibu, jerit jek. Nasib la org kt Pakson, dok dgr ibu jerit je. Hehehe. Mujur la, kt alamanda ni, xde la sesak bangat. Kalu kt sogo, mau ibu ikat si ANiq ni tak kasi gerak langsung. Bahaya ooo, budak-budak bebas lari-lari ni.

As for now, shopping dah complete. Budak-budak mmg la beli utk raya. Tp ibu ngn ayah, more to beli sementara tgh sale sana sini ni. Pasni entah bila nak beli baju bagai.

12.8.11

New BW Gadjet

Yeay.

My new BW gadget dah siap. Last week dah p ambil kat rumah Neeza Needles. Eksited ibu.

Tadaaa.... Buckle Tai




Ditempah khas dari Kak Neeza. So far, xde bwk pegi jenjln lg. Dok kulur-kilir dlm rumah sahaja. Bulan pose ni, malas nak jenjln keluar. Tunggu la bila pergi last minit shopping nnt, kompom usefull. Yg ni ayah pom boleh carry Aqif nnt.

Dulu masa guna ring sling, ibu malas nak suruh ayah carry Aqif guna sling sbb sling tuh ada tail mcm xmacho utk ayah pakai. Hehe. Yg ni, sesuai. Kain ibu pilih pon takde la nampak gurly sgt. (Baterplai tuh..). Support yg kat belah bwh tuh mmg sungguh membantu. Rasa mcm tegap jek, bila mengendong Aqif.


Aqif steady jek dalam Buckle Tai


Abam Aniq sebuk kat tepi, nak naik jugak ker?


P/S : Aqif turns 8 months today. Terlupe suda appointment cucuk last week. Haruslah bertapa kt klinik kesihatan menunggu giliran sbb kena tekan nombor "Tanpa Temujanji".

11.8.11

Semakin Kurang. Risau

Risau

Hasil perahan susu makin lama makin kurang di bulan puasa ni. Semalam boleh bwk blk 7 oz jek utk 2 kali perahan. Selalu boleh bwk blk 18-19 oz.

Ibu kalau kt rumah, mmg kurang minum air kosong. Sbb kengkdg teralit wat menda lain smpai lupa nak capai tupperware minum air. Kat opis boleh pulak togok air berbotol-botol. Mungkin sbb kat opis, fokus tak berapa byk sgt. Bila nak restkan otak pas 15-20 minit wat keja, capai jek tupperware.

Bulan pose ni, air mmg xminum kt opis. Kat rumah pulak kurang jugak minum.

Tambah pulak bdn tak sihat. Selemo dari wiken hr tuh.

Fuh. Positif ibu, positif. Bertenang.

Rezeki utk Aqif insyaallah ada ALLAH kurniakan. Mmg stok byk lg, tp tak sedap ati ibu bila bekalan Frozen EBM lg byk dari Fresh EBM utk Aqif di taska. Byk stok keluar tapi tiada stok masuk. Tamo kesilapan lama berulang lagi.

Mungkin ibu kena tukar teknik. Kasi pulun seminggu 2 ni utk naikkan balik supply.

Baiklah. Jum pumping.

10.8.11

Binding???

"Aniq tulis kat mana?"

"Aniq kulih kat binding"


Tau tak ape binding tuh? Bukan binding yg wat comb binding kt buku kerja kursus Geografi tuh. Binding di dlm kamus Aniq adelah...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dinding....hokeh


Mmg la mamat ni kerjanye menulis kt dinding rumah aje. Rajin tak bertempat. Bila dikasi buku suruh tulih, dia p tuju jugak kt dinding rumah tu.

Mlm senin hr tuh, melalak-lalak dia bila disuruh buat kerja sekolah dia. Sibuk dok mengajak org lawan bersilat dgn dia. Dgn adek pon, boleh tahan jugak diorg bersilat berdua. Awal-awal dulu, boleh la adek mengalah. Sekarang ni, no way key. Bergumpal-gumpal la deme berdua tuh bile rebutkan toys.

4.8.11

2012 - Aniq 4 Tahun

Minggu lepas kan ibu dah train Aniq utk potty training. Alhamdulillah minggu ni dah takde terlepas-lepas dah. Lebih-lebih lg, ibu dah beli toilet seat saiz montot dia. Lg seronok dia ajak g toilet. Takde beli yg mahal-mahal pun, beli dr Kapor jek.

So mmg sekarang Aniq dah tak pakai pempes sama ada di taska atau di rumah. Cuma tido mlm shj ibu pakaikan pempes. Itu pun puas pujuk suruh pakai. Dok meraung-raung dia sbb tamo pakai. Mungkin nnt ibu start train slowly utk tido tak pakai pempes. Dah la mamat ni kalau tido malam, kencing byk.

Ticer Aniq di taska pula dah start tanya ibu sama ada next year Aniq masih di taska atau nak masuk tadika. Haish. Ibu belum pk lg nak masukkan Aniq ke tadika. Sbb ibu masih rasa Aniq masih umur 2 tahun 8 bulan. Lahir bulan doblas, jadi awet muda la anak-anak ibu. Umur je 2 tahun lebih, tapi mulut potpet mcm mak nenek.

Next year Aniq dah empat tahun k. Ibu kena terima kenyataan, Aniq dah besar. So tadi ibu dah call ticer Diana utk dptkan info pasal Tadika beliau kat Bandar Enstek. Ticer Diana ni pun owner utk taska Aniq dan Aqif di P9. Ibu nak cuba-cuba dulu. Kalau tak suai, boleh cari tadika lain.

Ramai kwn-kwn Aniq di taska sekarang sekolah di tadika ini. Pg mereka ke sekolah, Habis sekolah, diorg transit di taska. Transportation pula, ticer Diana hantar pergi dan balik. Tiada charges dikenakan katanya.

Apa-apa pun, tunggu discussion anak beranak dulu. Ibu kalau boleh tak mahu hantar 2 beradik tuh asing-asing taska. 1 sebab, leceh nak hantar 2 tempat pepagi sebelum kerja, dua Aniq boleh la tengok-tengokkan Aqif kalau dah 1 taska.


Sayang ibu yg ini dah besar


Sayang ibu yg ini pun akan besar juga nnt


Ibu dulu sekolah tadika KEMAS jek. Kos utk sekolahkan tadika sekarang ni pun dah sama mahal mcm bayaran yuran unibersiti. Mungkinkah Aniq 6 tahun nnt dah kena masuk darjah 1?

3.8.11

Tiket kereta api ke Pantai Timur habis dijual


Tiket kereta api ke Pantai Timur habis dijual

2011/08/03
KUALA LUMPUR: KTM Berhad semalam mengumumkan tiket kereta api ke Pantai Timur bagi tempoh 26 hingga 29 Ogos sudah habis dijual.

Menurut kenyataannya, penambahan koc bagi laluan itu akan dipertimbang dan sebarang pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat pada pertengahan bulan ini. Bagaimanapun, tiket untuk sektor Utara, Selatan dan Tengah masih boleh dibeli. Sejumlah 62,304 tiket disediakan bagi penjualan sebelum hari raya, iaitu dari 20 Ogos hingga 30 Ogos, dan sehingga 2 petang semalam, sebanyak 27,990 sudah dijual.

Baki 34,314 tiket masih boleh dibeli di kaunter KTM Intercity di seluruh negara.

Tiket beberapa laluan yang habis dijual adalah Kuala Lumpur-Hatyai (Ekspres Senandung Langkawi No 20) bagi tarikh 26 hingga 28 Ogos, Hatyai-Kuala Lumpur (Ekspres Senandung Langkawi No 21, 25-26 Ogos) dan Kuala Lumpur-Tumpat (Ekspres Senandung Wau No 28, 25-29 Ogos).

Turut habis dijual ialah tiket bagi laluan Singapura-Tumpat, tiket Ekspres Sinaran Timur No. 14 pada 25 hingga 29 Ogos dan Ekspres Sinaran Timur No. 26 (24 -29 Ogos). - BERNAMA


Wow. Gile pantas tiket habis dijual. Baru masuk bulan Ramadan ni. Mujur la zaman pulang ke Kelantan naik keretapi dah berlalu. Rasa-rasanya last naik keretapi blk Bertam (keto ike) sekolah rendah kot.

Sungguh rugi Aniq dan Aqif tak boleh xperience naek keto ike. Kenapa panggil keto ike ? Sebab ketapi tuh dtg sekali dgn ikan-ikan dr hilir. Kiranya, supply brg-brg perniagaan utk kg kami dari KB, Pasir Mas etc. Dan of course, ketapi ni sampai awal subuh.Hehe. Senangkan reason dia.

Sekarang ni, naik LRT pom Aniq xpernah lg. Mau jakun kejap kalau bw dia naik. Nak try sekali la. Bg dia merasa naik ketapi. Walau pun xsama dgn ketapi betul, itu pun jadi la.

Teringat lg bila naik ketapi blk raya ke Bertam dulu. Dari Raub ke GM nik keta. Park kat tesen (read: stesen). Naik la ketapi yg padat sepenuh-penuh umat. Kalau ada tempat duduk, alhamdulillah. Tp selalunya takde. Berdiri la dlm tuh smbil kontrol diri dr jatuh kalau ketapi layan konar. Sekali tgk, bhgn dalam ketapi ni cm kapal terbang. Siap ada tempat buh brg kat atas kepala.

Naik ketapi blk kg ni best sbb boleh layan pemandangan hijau, sungai, kg-kg. Sokmo dok lambai-lambai kt org kg bila lalu kt kg. Hahaha. Budak-budak pon berkumpul tepi jln ketapi lambai blk. Kengkadang amek angin naik ketapi sambil holo palo keluar tingkap.

Lo nih, dah xblk naik ketapi sbb jalan keta dah siap. Senang dan selesa naik keta saje. How I miss semua kenangan.Entah-entah ayah pun xpenah naik ketapi kan.

1.8.11

Trapped

Dugaan di hari pertama puasa. Ibu dan 2 lg opismate, terperangkap di dlm lift ofis. Mujur, lampu, udara masih ada. Cuma gerun bila lift berbunyik-bunyik macam tersekat-sekat je.

30 minit di dlm lift. Alhmdulillah tak lama sgt. Tp cukup utk buat hati jdi tak keruan. Berdebar-debar. Ibu mengucap kalimah syahadah byk kali. Mana la tahu kn.

Mujur di awal-awal terperangkap, coverage telefon masih ada. Sempat ibu call opismate yg lain utk dptkan bantuan. Sbb selepas call tu dibuat, nak hantar mesej pon tak lepas. Coverage kejap ada kejap hilang.

Dah la ibu baru lepas tgk iklan Man vs Wild. Scenario nya adalah terperangkap dlm lift. Takut je kalau lift tuh jatuh terhempas. Nauzubillah.

Mula-mula, nak je kopak pintu lift tuh sbb nampak ada renggang sikit. Tp bila baca blk arahan di dlm lift, jgn buka secara force pintu tu. Lgpun, what am i kidding, mcm la kederat tuh kuat sgt. So tunggu dgn tenang smpai org respon. Bersabar di atas dugaan di bulan puasa.
Walau apa pun, after 30 min, penyelamat dtg. Alhamdulillah. Kami ok. Cuma sedikit terkejut shj.

Pasni nak naik lift lg ke? Of course. Hehehe. (Malas nak panjat tangga)