4.8.11

2012 - Aniq 4 Tahun

Minggu lepas kan ibu dah train Aniq utk potty training. Alhamdulillah minggu ni dah takde terlepas-lepas dah. Lebih-lebih lg, ibu dah beli toilet seat saiz montot dia. Lg seronok dia ajak g toilet. Takde beli yg mahal-mahal pun, beli dr Kapor jek.

So mmg sekarang Aniq dah tak pakai pempes sama ada di taska atau di rumah. Cuma tido mlm shj ibu pakaikan pempes. Itu pun puas pujuk suruh pakai. Dok meraung-raung dia sbb tamo pakai. Mungkin nnt ibu start train slowly utk tido tak pakai pempes. Dah la mamat ni kalau tido malam, kencing byk.

Ticer Aniq di taska pula dah start tanya ibu sama ada next year Aniq masih di taska atau nak masuk tadika. Haish. Ibu belum pk lg nak masukkan Aniq ke tadika. Sbb ibu masih rasa Aniq masih umur 2 tahun 8 bulan. Lahir bulan doblas, jadi awet muda la anak-anak ibu. Umur je 2 tahun lebih, tapi mulut potpet mcm mak nenek.

Next year Aniq dah empat tahun k. Ibu kena terima kenyataan, Aniq dah besar. So tadi ibu dah call ticer Diana utk dptkan info pasal Tadika beliau kat Bandar Enstek. Ticer Diana ni pun owner utk taska Aniq dan Aqif di P9. Ibu nak cuba-cuba dulu. Kalau tak suai, boleh cari tadika lain.

Ramai kwn-kwn Aniq di taska sekarang sekolah di tadika ini. Pg mereka ke sekolah, Habis sekolah, diorg transit di taska. Transportation pula, ticer Diana hantar pergi dan balik. Tiada charges dikenakan katanya.

Apa-apa pun, tunggu discussion anak beranak dulu. Ibu kalau boleh tak mahu hantar 2 beradik tuh asing-asing taska. 1 sebab, leceh nak hantar 2 tempat pepagi sebelum kerja, dua Aniq boleh la tengok-tengokkan Aqif kalau dah 1 taska.


Sayang ibu yg ini dah besar


Sayang ibu yg ini pun akan besar juga nnt


Ibu dulu sekolah tadika KEMAS jek. Kos utk sekolahkan tadika sekarang ni pun dah sama mahal mcm bayaran yuran unibersiti. Mungkinkah Aniq 6 tahun nnt dah kena masuk darjah 1?

No comments:

Post a Comment