3.8.11

Tiket kereta api ke Pantai Timur habis dijual


Tiket kereta api ke Pantai Timur habis dijual

2011/08/03
KUALA LUMPUR: KTM Berhad semalam mengumumkan tiket kereta api ke Pantai Timur bagi tempoh 26 hingga 29 Ogos sudah habis dijual.

Menurut kenyataannya, penambahan koc bagi laluan itu akan dipertimbang dan sebarang pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat pada pertengahan bulan ini. Bagaimanapun, tiket untuk sektor Utara, Selatan dan Tengah masih boleh dibeli. Sejumlah 62,304 tiket disediakan bagi penjualan sebelum hari raya, iaitu dari 20 Ogos hingga 30 Ogos, dan sehingga 2 petang semalam, sebanyak 27,990 sudah dijual.

Baki 34,314 tiket masih boleh dibeli di kaunter KTM Intercity di seluruh negara.

Tiket beberapa laluan yang habis dijual adalah Kuala Lumpur-Hatyai (Ekspres Senandung Langkawi No 20) bagi tarikh 26 hingga 28 Ogos, Hatyai-Kuala Lumpur (Ekspres Senandung Langkawi No 21, 25-26 Ogos) dan Kuala Lumpur-Tumpat (Ekspres Senandung Wau No 28, 25-29 Ogos).

Turut habis dijual ialah tiket bagi laluan Singapura-Tumpat, tiket Ekspres Sinaran Timur No. 14 pada 25 hingga 29 Ogos dan Ekspres Sinaran Timur No. 26 (24 -29 Ogos). - BERNAMA


Wow. Gile pantas tiket habis dijual. Baru masuk bulan Ramadan ni. Mujur la zaman pulang ke Kelantan naik keretapi dah berlalu. Rasa-rasanya last naik keretapi blk Bertam (keto ike) sekolah rendah kot.

Sungguh rugi Aniq dan Aqif tak boleh xperience naek keto ike. Kenapa panggil keto ike ? Sebab ketapi tuh dtg sekali dgn ikan-ikan dr hilir. Kiranya, supply brg-brg perniagaan utk kg kami dari KB, Pasir Mas etc. Dan of course, ketapi ni sampai awal subuh.Hehe. Senangkan reason dia.

Sekarang ni, naik LRT pom Aniq xpernah lg. Mau jakun kejap kalau bw dia naik. Nak try sekali la. Bg dia merasa naik ketapi. Walau pun xsama dgn ketapi betul, itu pun jadi la.

Teringat lg bila naik ketapi blk raya ke Bertam dulu. Dari Raub ke GM nik keta. Park kat tesen (read: stesen). Naik la ketapi yg padat sepenuh-penuh umat. Kalau ada tempat duduk, alhamdulillah. Tp selalunya takde. Berdiri la dlm tuh smbil kontrol diri dr jatuh kalau ketapi layan konar. Sekali tgk, bhgn dalam ketapi ni cm kapal terbang. Siap ada tempat buh brg kat atas kepala.

Naik ketapi blk kg ni best sbb boleh layan pemandangan hijau, sungai, kg-kg. Sokmo dok lambai-lambai kt org kg bila lalu kt kg. Hahaha. Budak-budak pon berkumpul tepi jln ketapi lambai blk. Kengkadang amek angin naik ketapi sambil holo palo keluar tingkap.

Lo nih, dah xblk naik ketapi sbb jalan keta dah siap. Senang dan selesa naik keta saje. How I miss semua kenangan.Entah-entah ayah pun xpenah naik ketapi kan.

3 comments:

  1. Tak tau plak dipanggil keto ikea. :D

    ReplyDelete
  2. bkn keto IKEA... ike = ikan... kt kg aku panggil tuh. Kg ko tak kot..hehehe

    ReplyDelete
  3. bkn ketapi tu dipanggil keto ike. cume waktu kedatangan ketapi pagi tuh same dgn brg-brg basah dr hilir. so keto ike. Klu ketapi dtg tengahari, name lain la.. mcm name... keto loko la, keto hilir la...hehe

    ReplyDelete