9.9.11

AidilFitri 2011-Final

Jadual raya tahun ini.

hari Ahad, 28.8.11 hingga Raya pertama, 30.8.11, beraya di Kg Bertam Baru Gua Musang Kelate. Petang raya gerak balik Raub. Tido semalam di rumah mama. Raya kedua, 31.8.11 gerak balik Kg Talang, Tanjung Ipoh Kuala Pilah, Nogori Sombilan. Dok sana sampai raya ketiga, 2.9.11

Mmg cmtuh ler acaranya sejak ibu kecik lagik. Tp tgk keadaan juga kalau ada rikues balik Pilah dulu, kita blk Pilah dulu.

Tak penat ke? Raya kan. Mmg kita kena berjalan habis-habisan. Dulu kecik-kecik kutip duit raya utk diri sendiri. Skang, kutip duit raya utk anak-anak pulak. Hehe. Berjalan la kenal-kenal sedara mara. Kalau tak p beraya, entah bila nak p umah sedara. Padahal ado umah sedara kek Putrajaya neh.

Gamba sikit je. Dan tiada gamba ayah+ibu+Aniq+Aqif. Huhuhu. Dlm sonok-sonok beraya, lupa pulak family pic.


Che Sue. Dia la jd chef nasi dagang, laksam kt umah tok mok. Anak-anak sedara tunggu arahan je. Kira jadi mandor la kalau upacara masak memasak time raya ni.


Konpius. Pepagi raya sebok dok melukis, buat kraftangan bagai. Bukan nak p beraya cm ibu kecik-kecik dulu.


Owh. My cute little handsome boy in baju "MALAYU". Baju tu kena tetas sikit bahagian leher sbb budak ni kepala beso.


'Anak-anak' ayah.



My mok & my mama


Tokma & Atok


Mok with her only son, Ido


Best-best. Sessi divide duit raya. This year ada rezki ibu dapat duit raya dr mok & Ido.Tq.Tq. Semoga dimurahkan rezki k.


Semangat dah pakai kasut dalam rumah.Over acting.


Yg ni dah sampai umah Wan kt Pilah. Adek Qif handsome.


Gigi depannye udah serpih. Umpan suh gosok gigi, ckp jek gigi dia ade ULEK



Mana nak dpt kayu api kt umah Putrajaya ni dek oooiiii.




Motip main batu seremban di pagi raya...Haiyoo


Tangga ni menuju ke rumah asal. Tp ibu tak berani nak naik sangat. Sbb takot kaki terpelosok dlm lubang. Dulu atap umah ni ngn daun rumbia je. Lps tu baru tuka zink. Suka sgt umah wan yg dulu. Siap kena daki bukit dulu baru sampai rumah. La ni, tanah dah ditambak.

Raya tahun ni, mcm yg Aniq kena raya 2 tahun lepas, Aqif dok la melalak sejam sekali bila tido malam. Penat sgt tuh. Ibu diorg ni berjalan tak hengat. Take time juga la Aqif nak recover. Selasa hr tuh kot baru tido tak melalak. Sian dia.

Duit raya diorg pun, cepat-cepat kami masuk dlm Tabung Haji. Kalau dok perap je kt umah tuh, mau susut kena pinjam. Kekeke. Bila dah masuk bank, susah la sikit nak pinjam meminjam ni. Duit-duit tu la nanti utk diorg gunakan belajar U nnt. Bole?? Hehe.

2 comments:

  1. selamat hari raya rita.. wah sakan korang anak beranak yee...

    p/s: santek gambar.. pakai camera teropong besar kah? hehehe

    ReplyDelete
  2. selamat hr raya erul... xde la sakan sgt...hehehe...
    tangkap gamba tuh kerjaan adek aku latuh...aku mane la mampu nk bli teropong beso-beso neh...hehehe

    ReplyDelete