19.9.11

Edible Garden versi Aniq

Bila ada cuti-cuti umum ni, seronok berehat kat umah shj. Dapat la bangun lewat sikit. Hahaha. Pergerakan di pagi hari pun takde la express macam hari bekerja yang lain.

Tokma dgn Atok Aniq pun dtg bertandang sbb nak attend konvo acu. Dah ada cangkul beso, tokma pun rajin la merumput kt tanah belakang tuh. Lepas tuh, adjas-adjas pokok-pokok sayo ibu yang agak diabaikan sebulan dua nih.

Si Muhammad Aniq pun, sebok la nak join sama. Dia memang kalau bab-bab outdoor, dia mmg suka sgt enterprem. Bila dia tgk, tokma dia dok trim-trim pokok pagar tuh guna gunting, mula la menggeletis nak trim jugak.

Pokok ini yang dia trim hokey.....

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


Pokok pandan ibu hokey. Mujur la ibu tanam 2 rumpun asing-asing. Kasi chan la dia menjahanamkan rumpun yang satu nih shj.

Hasil akhir kerja kreativiti Aniq ke atas pokok pandan tersebot adalah seperti berikut:


Dedaun dah terkulai sana sini. Seb baik dia tak p rentap pokok tuh sampai tercabot akar. Asalkan kamu bahagia Muhammad Aniq. Jgn pasni dia p trim pulak daun pokok cili ibu sampai togel sudah la.

1 comment:

  1. hahahhahahaa... bagus la abam Aniq..kreatif dan inovatif ke atas pokok pandan.. tak pa rita, selamat lagi pokok pandan ko.. hahahaha

    ReplyDelete