31.10.11

Mari Berbeskal

Duduk putrajaya ni, mmg la dok rumah yg xde pintu pagar. Sudahnyer, mmg jarang-jarang la membawak bdk-bdk main beskal kt luar. Lg pun, kwsn rumah ni, atas bukit sikit. Aniq bkn tau lg mcm mana nak brek beskal. Kalau dia agak-agak nak berenti, die p langgar je memane yg membolehkan dia berenti. Tak pom, dia jatuhkan bdn dia. So far, berlaku kt dlm rumah la. Tetibe dia jatuhkan bdn atas kapet. Sbb nak suh stop la tuh. Keta byk kt kwsn rumah kami. Walau pun, xbyk yg dok lalu lalang, tp byk yg dok paking tepi-tepi jln. Ye la, porch muat 1 kete jek, 1 rumah ade 2-3 kete. Ibu takot kalau-kalau ibu tak tersempat nak kejo jek kalau die dah laju jek turun bukit. Mana nak kendong adek Aqif lg.

Kalau ada ayah, insyaallah la, boleh Aniq kayuh-kayuh kt jln. Ibu ngn ayah masing-masing jage anak sorg satu. Tp ayah kalau jage dua-dua pom bole. Hehehe. Ibu je byk songeh, susah itu ini.


Sian adek, sakit montot dok atas bakol tuh.

Adek ni mmg la dok teringin nak naik beskal tuh. Tp ape kan daya, kecik lg. Kang ibu takot tergolek jek. Sudah nyer, adek naik je la beskal moto abc ni. Tu pom kadang-kadang adek xleh nak main jugak, sbb abam tgk adek main, die pom nak main yg tuh pulak. Tak pe dek, nnt adek dah besa sikit, ibu belikan beskal cm abam k.

Homemade Mushroom Soup

Alhamdulillah. Sunggoh hepi dpt masak sumthing yg mmg ibu teringin nak masak sendiri dh berbulan-bulan dahulu. Ia adalah homemade mushroom soup.

Ada kedai western di fudcourt p11, mushroom soup nye sunggoh sedap. Mmg bkn dr tin punyer. Rasenye mmg lain dr yg lain. Aniq mmg suka mkn kt situ. Tp masalahnye, regenye mahal sikit. Pastu xsampai 1 bekas tau fu fah pom. So ibu decide nak try buat sendiri.

Beli brg-brg, fresh shitake ngn button mushroom. Patut la deme juai mahai. Nak membeli mushroom tuh, jenuh mencarinya. Pastu mahal jugak. Resepi nye ibu try from Chef Sabri Trymasak di sini.

Basically ini ingredient yg digunakan. Ibu tak masukkan oyster mushroom pun. Just shitake ngn button jek. Hasilnya masih sedap menepati citarasa kami. Disamping mengaplikasikan tips-tips dr MasterChef. Hahaha.


Hasil tersebut adelah......


Walau pun, kita blend semuanye selepas dimasak, tp masih dapat rasa celery, onions yg kita chop tuh. Nikmat betul.

Aniq makan bermangkuk-mangkuk. Wah, mmg mabeles la resepi ni. Cicah ngn roti lg la terangkat. Kalau garlic bread, kebaaaboooom kot. Selamat mencuba bg yg nak try.

21.10.11

Ikan Siakap Masak Stim

Sgt seronok k masak-memasak ni. Ibu bukanlah terer sgt masak. Tp cuba-cuba juga la resepi baru utk varietykan meal kami di rumah. Tp kalau nak masakkan utk Atok, ibu masih belum berani. Sbb apa, takot tak sedap. Pdhal Atok xde kesah pom. Masak utk Mak Tok, lg la seram. Hahaha.

Okeh. Ni yg ibu masak wiken lepas. Ikan Siakap Stim. Ibu suka sgt Ikan Stim. Bila kt kdai, antara 3 rasa dgn stim, ibu akan oder stim. Tp tgk jugak kehendak ramai kan.

Ni ibu try buat mcm Ikan Siakap Stim Malee. Huhuh. Jenuh ibu selak-selak nak tgk ingredientnya. But basically cam kt sini ok.

Yg ni masih belum lulus lg. Bleh pulak lupe nak kelar ikan tuh. Padan la rasa kuah xmeresap dlm isi ikan. Hahaha. Ibu rase ayah terpakse je ckp sedap hr tuh nak sedapkan ati bini. Yelah, bini nye ini asek jek komplen ayah jarang cakap ibu masak sedap. Kuikuikui..


Ikan plak kena potong dua sbb tak muat bekas.

Cuba lg next time. Berusahalah.

Aniq -- Taska

Tetiap pagi kalau nak hantar anak-anak g taska, ibu dgn ayah kena jaga cakap sikit. Jgn ada yg terlepas ckp nak hantar diorg g taska. Kang ade jugak yg moncong dan mau banjir dlm keta. Ibu lg tak senang hati nak hantar anak-anak yg dok meraung cmtuh.

Pg tadi, adek mcm biase bangun dulu. Ibu agah-agah adek suruh abam bangun. Aniq bila tgk org dah gelak-gelak, dia bangun dgn senyum-senyum. Ok, gud mood.

Ayah siapkan anak-anak nak g taska. Aniq offer diri sendiri utk gosok gigi. Gud, another sign, he's in gud mood. Turun bawah, tak payah dipaksa-paksa utk mkn scoot emulsion ngn masuk keta. Another sign. Dlm pada tuh, mulut dok pot pet bertanya nak g mane nih? Ibu ckp nak g jln. Tak boleh sebut perkataan TASKA di awal perjalanan. Hahaha

Dlm keta borak-borak. Nak distract dia dr ingt dia kena g taska. Pg td, adek ok Aniq pom ok.

Ibu : Aniq, ckp dgn ayah suruh beli moto besar.

Aniq sgt suka kalau nampak moto besar

Aniq : Ayahhhhh...beli moto besar, Aniq nak naik.

Gaya ckp ni mcm menjerit kengkonon suh ayah dia dgr la. Pdhal kitorg dah sampai P9 dah.Hahaha.

Ibu : Aniq nak naik moto besar pegi tadikaaaaa...

Ibu join jerit. Layankan aje.

Aniq : Eiiiii...taakkk. Aniq nak naik moto besar g jalan je.

Hahaha. Bertekak la kami dlm keta tuh. Ibu ckp g tadika, Aniq ckp takkkk, g jln je.

Yg menten layan blues adelah adek Aqif. Tadek topik nak menyampuk kot. Hahaha. Begitulah hari-hari. Ibu kena cuba alihkan perhatian dia dr "KENA G TASKA". Supaya takdelah hari-hari dia sedih nak g taska. Smpai taska opkos la berlinangan air mata, tp dah jumpa kwn-kwn Aniq ok blk. Kwn-kwn Aniq sungguh best. Sbb bila tgk Aniq nanges, ada yg dok pujuk-pujuk.

Taska tu ok. Sungguh ok. Bila ptg ambik Aniq dr taska, byk menda yg Aniq cerita dia buat kt taska. Cuma yelah. Antara dok ngn ibu ngn ticer taska, opkos la Aniq lg seronok nak dok ngn ibu kan. Tu yg emosi sikit yg berjauhan dgn ibu dia yg cantik neh. Hehehe.

Aniq, ibu hantar Aniq g taska sbb nak suruh Aniq jaga Adek. Aniq jgn kasi org buat jahat kat Adek. Bila Adek nanges, Aniq main cak-cak ngn dia k. Ibu ngn ayah g opis. Kalau tak g taska, sapa nak jaga Aniq kt rumah. Bila ibu siap keja kt opis, ibu dtg ambik Aniq ngn Adek k. Sayang Aniq.

20.10.11

Snap Snap...

Photog amatur beraksi semasa konvo Acu di PICC tempoh hari.







Semangat ambik gamba bagai. Entah gamba ape yg dia amek. Tp bila org nak suh dia posing kt dendera mesia tuh, merajuk pulak tamo pandang camera.

19.10.11

Red Velvet Cake

Wah.Akhirnya berjaya juga ibu mem"baking" sebiji kek Red Velvet. Serbey resepi bkn main lg. Tanya org sana cni. Gugel sana sini. Alhamdulillah, menjd jugak RVC.

Kerja-kerja mem"baking" dimulakan di pagi hr sebelum anak-anak bangkit dr tido. Kalau ada yg dh bangkit tuh, musti ada yg nak tolong sukat tepung la, pecah telor la. Entah-entah, ada yg termasuk dlm mixer kot. Hahah. Acah jek.

Brg-brg dah beli 1 day before. Jenuh xplore Baking With Yen ngn Yummies. Seb baik jumpe semua. So tadek alasan utk kek tak jadi kan melainkan ibu yg mmg btul-btul tak terer baking kek. 1 jek ibu mushkil, kotak creamcheese tulih berat nya 1 kg, tp bila timbang only 500grams shj. Penimbang ibu salah ke?

Resepi ibu pakai yg Kak Chah punyer. Kak Chah ni opismate my aunt. Dan mmg pandai masak.


Bab mendeco, mmg ibu fail. Dok frostkan Creamcheese pom, selekeh. Yg penting, ibu suker.

Insyaallah nak try DFCC plak. Sbb nak gunakan creamcheese yg masih berlebih tuh.

14.10.11

Fun

Aniq dan Aqif mmg suka buku. Aniq sbb dia dah mula nak belajar sikit-sikit. Aqif sbb hehee...suka nak koyak-koyakkan kertas. Kalau bagi buku nipis, mmg la jd mangsa adek Aqif. Kalau buku tebal yg terkoyak, itu adelah kijaan Aniq.

Xde la ibu beria sgt suh deme ni belajar bersungguh-sungguh sekarang. Kadang-kadang buka buku, belek-belek sikit. No pressure there.

Recently, ayah bought this picture dictionary. Quite interesting sbb ada pages yg buleh di buka tutup utk tgk gamba.




yg ni pula, kad ibu dpt rembat di Big Bad Wolf book sale for rm8 only. ! set ada 8 cards and 8 strings. Every card ada ditebuk lobang utk dimasukkan strings. This activities boleh memantapkan lg motor skill baby. Boleh jugak dibuat kuiz utk anak-anak match kan figure dgn bentuk card.


Gigih masukkan benang. Walau pun tak ikot sequence, tapi it's ok. Ibu hepi jugak.


Adek Aqif pom nak try jugak. Tp after a while, dia dah buat cobaan masukkan benang dlm mulot plak.



Ibu join sekali buat card yg benang cam tersusun masuk lobang tuh (yg cat tuh, in case xleh beza yg mana satu paling tersusun, ahhhaaaaa). jebbit n duckie tuh, Aniq punya hasil kerja. Bila tgk dia buat aktiviti ini, nampak he's having fun. Well, for now la.


Selain animal, ibu beli card shapes n color jugak. Aniq ni, kalau suruh matchkan, dia mmg terer. Jarang salah match kecuali kalau tricky ones. Cth mcm color card is perpel perpel, tapi color benang pulak perpel almost blue. Color, dia tak berapa nak kenal bila suruh ckp. Bila tunjuk, ok.

Ibu tanya, "What color is this?", Aniq jawab "What color is this" jugak.

Bila ibu cakap "Ini kaler Hiiii..." Aniq jawab "Jau".

Takpe-takpe, its part of the plan kan. Outttttt standing.

Teringat coversation ibu dgn Aniq.

Ibu :"Budak pandai dpt ape???"

Aniq : Budak pandai dapat HADIAH...

erkk...jwban tuh betul, tp ibu ingt nak bg CLAP jek. Hehehe

13.10.11

TBC Berdaftar dgn JKM

Alhamdulillah dan Tahniah kpd Teacher Diana serta warga kerja kerana berjaya mendaftarkan Taska Bijak Cerdik (taska Aniq dan Aqif) dengan JKM. Refer link ini.

12.10.11

Optimus Vs Otomen

Byk betul reksase kt umah ibu ni sampai memerlukan bantuan Super Hero sekalian. Kwsn rumah kena kasi clear dulu agar battlefield utk Hero-hero ni tidak melibatkan sebarang kerosakan mental dan fizikal.

Pertarongan yg sungguh epik di antara Super Hero from Outter Space ni mmg sangat-sangat dinantikan oleh segenap lapisan penduduk donia nan fana ini.


Tu diah. Optimus Prime dgn Otomen Ace sdg buat preparation for the battle.

Gamba semasa pertarungan tak dpt disertakan kerana sgt la ganas sehingga kena banned. Hahaha.


Pemenang adelah Optimus Prime yg blom boleh bertukar jd lori lg sbb lori g anta serbis.

Ibu ngn adek Aqif jd penonton shj. Tunggu la adek Aqif kuat sikit lg, ade la sambungan pertarungan epik v2, Optimus and Bumblebee vs Otomen.

11.10.11

Trip To Cameron Highlands 2

Sambungan Trip To Cameron.

Day 2


Wake up early in the morning. Budak-budak tak mandi pun sbb sejuuuk sgt dan ada problem dgn water heater. Mau keras kejong klu mandikan jugak. Basuh muka gosok gigi jek. Adek Aqif cm biasa, menten walopun air sejuk cm ais. Tadek pom nanges-nanges tamo mandi. Aniq, mau teriak seround dulu. Nak jejak kaki kt toilet pom, dah berlinangan air mata. Tp pujuk-pujuk, berjaya juga suh dia gosok gigi.

Today's mission, g strawberry park. Aniq sungguh eksited dpt tgk strawberry secara real. Selalu tgk dlm buku je. Teringin juga dia mkn strawberry tuh. Walopun hanya gigit ujung-ujung je dan yg selebihnya, dia pass kt ibu suh abiskan.




Dlm keseronokan ke taman Strawberry, mende alah ni jugak yg menambat hatinya. Naik la byk kali pom, ibu dgn sportingnya kasi Aniq naik sbb mamat ni bkn nak kena buh duit pom. Bila mende alah tuh gerak, dia kelam kabut lari turun. So dia pun dah paham perangai sendiri dan dah siap inform "Takyah buh duit, Aniq naik je".

Yg lg dia dok berkenan, mainan ketuk-ketuk binatang yg keluar dr hole. Ulang alik la tarik tgn ibu suh buh duit. Bila ada budak len main, menepek dia tepi mesen tuh tgk org main. Ibu ngn ayah buat lari-lari tamo kasi dia main. Hahaha.


Nak petik strawberry mcm xbyk buah je. So kitorg lepak cafe kt situ menikmati hasil dari strawberry.


Strawberry Chis Kek. Nyum


Strawberry Wafel. Nyum kuasa 2. Dr mula masuk park, ibu dah aim nak oder mende alah ni. Sedap sgt.


Ais Krim Goreng Strawberry. Sedap juga. Semua ni dinikmati dgn teh strawberry. Diminum panas di kala suasana sejuk, mmg terbaeekkk.


Ahli rombongan ke CH. Kalau lg ramai, lg la sgt meriahkan. Tgk adek Aqif, mata dah kuyu.


Tgk la muka Aniq yg mengidam-idamkan permainan ketuk-ketuk tikus tuh. Tak puas hati sampai ke sudah. Seb baik ayah amek route lain semasa nak blk tuh. Kalau tak, jenuh pikul la.


Strawberry baru nak masak.



Adek Aqif dah tido. Mmg la pukul 10 lebey tu taim tido dia.

Lepas g situ, kami singgah Kea Farm. Tujuan nya utk beli sayor-sayoran. Beli 15 jagung for rm10. 10 packs of sayor for rm10. Ada yg jual 13 packs for rm10, tp tgk sayo mcm menarik pulak.


Lepas Zohor kami check out. My biras dan anak-anak gerak ke Utara while our family and my SIL gerak blk KL. Ayah choose ikot Tapah jugak. Tp perjalanan blk yg sama mcm yg dtg. Sbb tanah runtuh byk tempat. Still boleh lalu tp ada gerun sikit la. Alhamdulillah kami selamat melaluinya.

Ibu mmg kalau turun dari tmpt tinggi, telinga akan jd sakit ya amat. Mujur anak-anak tido. Kalau tak, tatau nak ckp. Ibu dah siap menanges-nanges dah sbb tak tahan. Last-last ibu ambil tindakan utk tido. Alhamdulillah lagi, smpai bwh je telinga dah tak sakit dah.

Sampai KL pukul 6.30 pm. End. Ayah, let's do it again. Ronda-ronda Malaysia. (Kalau boleh ronda-ronda obersi pun, apa salahnyakan..Hahaha)

Trip To Cameron Highlands

Wah. Last wik, dpt invitation percutian ke Cameron Highlands. Penginapan dan makanan ditanggung. Hehe. Keluar duit belanja minyak tol jek. My SIL sefamily ajak kami join diorg di sana sbb diorg dpt rent rumah Mara kt Equatorial Cameron.

Kami ape lagi. Mmg la jarang nak dpt bercuti kt tmpt-tmpt camni. So, gerak hari Sabtu, tido sana semalam, turun blk KL hari Ahad. Ayah decide utk naik ikot jln Tapah. Warghhh...Ibu saspen, takot budak berdua tuh muntah pulak. Tp alhamdulillah tak muntah. Dedua lena diulit ekon dlm kete.

Sebelum gerak, ibu settlekan brg-brg di rumah. Sbb tatau keadaan di sana mcm mana, ada dapo ke, bleh masak ke, ibu prepare jek mknan Aqif dr Putrajaya. Siap chillkan dlm fridge dan transport guna cooler bag with additional ice packs. Takot basi pula mknan tuh. Alhamdulillah, smpai Cameron makanan masih ok, ais masih beku. Aqif nak mkn di Cameron, ibu just panaskan dlm microwave shj.

Day 1

Gerak dr KL pukul 11 am smpai Cameron almost 3 pm. Dlm perjalanan tu ada la berlaku beberapa acara. Berenti makan, berak kencing bagai. Mujur Aniq dah pandai tahan kencing, so takde la dia ckp nak kencing, dan dan tuh jugak kena g kencing. Sempat sampai RnR baru dia lepaskan hajat.

On da way naik ke atas, terjumpa pulak Lata Iskandar. Series cantik. Air terjun tepi jln jek. Kami xsinggah pun. Nak amek gamba pun xleh sbb dok memangku Muhammad Aqif tido.


Sampai sana, hujan rintik-rintik turun. Sejuk pulak. Lebih-lebih lg rumah tepi bukit, lg kuat angin bertiup. Pijak lantai rumah pun sejuknya sampai ke tulang.


My biras (SIL's husband) dapat rent rumah penginapan MARA dalam area Equatorial ni. Basically, rumah yg kami stay lebey kurang mcm ni. Rumahnya xde besar sgt, 2 bilik, 2 bathroom, living rum, dining dan kitchen. Tapi sunggoh suwit. Beranda yg sgt luas, sehingga boleh feeling-feeling kengkonon dok obersea sambil hembus-hembus napas kengkonon keluar asap di situ. Hehehe.


Utk acara berjalan, kami keluar rumah utk jln-jln almost 5 pm. Hajat di kalbu nak berlari-lari bersama anak-anak di antara pepohon teh di ladang teh, tapi sbb keadaan hujan, hajat terpaksa dipendamkan. Tinjau pokok teh dari warung teh rm5.50 secawan tu je.


Teka kenapa dgn ini budak?? Gayat okey. Haha. Sampai-sampai terus dia cari pot menjauhi lereng bukit. Ibu suh dia dok kt kusi utk dia tenangkan diri. Nak ajak tgk teh pom dia takmau, apetah lg berpotret klorga berlatar belakangkan ladang teh yg menghijau.


Owh topi rm6.90 adek Aqif menguatkan lagi anganan kami g bercuti di obersi. Lena dia tido sbb dah pakai penutup telinga.


Aqif terjaga sbb nak amek potret klorga. Dan ibu sebenarnya sedang distract Aniq dari kedai cenderahati tuh. Ade barangan yg dia dah berkenan di hati tp tidak di hati ayah dan ibu.


Hokey. Lps tu singgah pula di Pasa Mlm Cameron. Pendapat ibu, brg kt cini adalah overprice. Biase la lg tinggi tmpt, lg tinggi rege kan. Akibat tak tgk rege, hamek ko kitorg terbeli udang goreng tepung rm10. Kebush kebish kebush. Len kali tgk rege dulu.

Aniq pula dok teringin sarung tgn ben 10. yg corak len dia tamo. Nak ben 10 jugak. Jenuh la dok pusing pasa. Byk je sarung tgn tuh, cuma xde saiz dia. Akhirnya kedai last yg kami singgah, baru la jumpa. Beli lah utk dia glove rm5 sepasang. Nampak la muka seronok dia dpt something mlm tuh.


Main la dia silat-silat dgn abg-abg. Sbb dah pakai glove, so effect CGI kena la overkan.


Adek Aqif mcm biasa kena isolate dari sebarang kegiatan silat-silat Aniq sbb bimbang kuasa belasahan Aniq ke atas Aqif adalah sama seperti kuasa belasahan Aniq ke atas ayah. Haha.


Sejuk sgt mlm tu sbb tgh hujan. Adek Aqif siap berstokin. Ibu lupa pula nak bwk stokin. Mlm tuh tido, ibu, Aniq dan Aqif hidung dah tersumbat. Ayah menten je. Siap ckp panas lg. Mujur bw extra blanket. Kalau tak, mau kejung ibu kt situ.

Teringat pula pada Kak Pah aka KP my roomate masa matrik Penang dulu. KP mmg dari Cameron. Dulu nak oder strawberry atau fresh flower mmg anytime je kalau KP blk Cameron. Owhh rindu sama geng B1.3.7.

Penat. Journey utk Day 2 To Be Continue ok...

5.10.11

Daging Masak Lemak Cili Padi


Lauk ni mmg dah jadi lauk kebiasaan family ibu. Mmg dari kecik, ibu dihidang dgn lauk ni. Atok Aniq org nogori, so mmg sinonim dgn masak lemak cili padi. Kecur air liur bila teringat tokma masak. lebih-lebih lg bila gaul nasi+kicap+masak lemak cili padi. Mabeles. Aniq pun suka mkn.

Ibu pun, baru-baru ni jek tere masak ni. Hahaha. Pdhal ko kate ko mkn dr kecik kn.

Biasela. Org len masak kn barulah best kn.

Nak resepi?? Sama je caranya cm kt tenet. Cuma ibu buh kerisik sikit. Nak wangi, buh daun kunyit. Tp nnt ai try post resepi k.

4.10.11

Tepung Pelita

Sementara menunggu Aniq ciken pox di rumah hr tuh, ibu try test resepi tepung pelita. Sbbnya sungguh rindu dgn tepung pelita yg ibu adek beradik suka makan masa kecik-kecik dulu. Tepung pelita kg mok. Tiga posen je seketul. Saiz pun beso, bkn kecik cam sekarang ni.

Okeh. Basic resepi ni ibu ambil dr sini dan sini. Tapi ibu campur-campur teknik org sana sini. Hahaha. Derhaka betul. This time, ibu try yg kukus mcm kak hanieliza tapi sukatan ambil yg yani myresepi.



Gigih ok, cari daun pisang nak wat sampan. Tp mmg berbaloi. Sbb aroma daun pisang tuh meresap ke dlm tepung pelita tuh.


Review utk tepung pelita ibu buat ni, rasa yg ni mmg cukup. Tp ibu suka yg bhgn hijau tuh ada air gula sikit. Yg ibu buat, gulanya dah bercampur dgn lapisan hijau tuh. Sbb dah kena kukus kan. Nnt ibu try buat yg tak kukus. Nak tgk jd ke tak, lapisan air gula yg ibu suka tuh. Kelonsong daun pisang yg ibu buat, tak kuat sgt. Bila dah kena kukus, senget-benget jd nya. Dah mcm sampan nak tenggelam dah tgk. Hahaha. Cuba lg k ibu.