11.10.11

Trip To Cameron Highlands 2

Sambungan Trip To Cameron.

Day 2


Wake up early in the morning. Budak-budak tak mandi pun sbb sejuuuk sgt dan ada problem dgn water heater. Mau keras kejong klu mandikan jugak. Basuh muka gosok gigi jek. Adek Aqif cm biasa, menten walopun air sejuk cm ais. Tadek pom nanges-nanges tamo mandi. Aniq, mau teriak seround dulu. Nak jejak kaki kt toilet pom, dah berlinangan air mata. Tp pujuk-pujuk, berjaya juga suh dia gosok gigi.

Today's mission, g strawberry park. Aniq sungguh eksited dpt tgk strawberry secara real. Selalu tgk dlm buku je. Teringin juga dia mkn strawberry tuh. Walopun hanya gigit ujung-ujung je dan yg selebihnya, dia pass kt ibu suh abiskan.




Dlm keseronokan ke taman Strawberry, mende alah ni jugak yg menambat hatinya. Naik la byk kali pom, ibu dgn sportingnya kasi Aniq naik sbb mamat ni bkn nak kena buh duit pom. Bila mende alah tuh gerak, dia kelam kabut lari turun. So dia pun dah paham perangai sendiri dan dah siap inform "Takyah buh duit, Aniq naik je".

Yg lg dia dok berkenan, mainan ketuk-ketuk binatang yg keluar dr hole. Ulang alik la tarik tgn ibu suh buh duit. Bila ada budak len main, menepek dia tepi mesen tuh tgk org main. Ibu ngn ayah buat lari-lari tamo kasi dia main. Hahaha.


Nak petik strawberry mcm xbyk buah je. So kitorg lepak cafe kt situ menikmati hasil dari strawberry.


Strawberry Chis Kek. Nyum


Strawberry Wafel. Nyum kuasa 2. Dr mula masuk park, ibu dah aim nak oder mende alah ni. Sedap sgt.


Ais Krim Goreng Strawberry. Sedap juga. Semua ni dinikmati dgn teh strawberry. Diminum panas di kala suasana sejuk, mmg terbaeekkk.


Ahli rombongan ke CH. Kalau lg ramai, lg la sgt meriahkan. Tgk adek Aqif, mata dah kuyu.


Tgk la muka Aniq yg mengidam-idamkan permainan ketuk-ketuk tikus tuh. Tak puas hati sampai ke sudah. Seb baik ayah amek route lain semasa nak blk tuh. Kalau tak, jenuh pikul la.


Strawberry baru nak masak.



Adek Aqif dah tido. Mmg la pukul 10 lebey tu taim tido dia.

Lepas g situ, kami singgah Kea Farm. Tujuan nya utk beli sayor-sayoran. Beli 15 jagung for rm10. 10 packs of sayor for rm10. Ada yg jual 13 packs for rm10, tp tgk sayo mcm menarik pulak.


Lepas Zohor kami check out. My biras dan anak-anak gerak ke Utara while our family and my SIL gerak blk KL. Ayah choose ikot Tapah jugak. Tp perjalanan blk yg sama mcm yg dtg. Sbb tanah runtuh byk tempat. Still boleh lalu tp ada gerun sikit la. Alhamdulillah kami selamat melaluinya.

Ibu mmg kalau turun dari tmpt tinggi, telinga akan jd sakit ya amat. Mujur anak-anak tido. Kalau tak, tatau nak ckp. Ibu dah siap menanges-nanges dah sbb tak tahan. Last-last ibu ambil tindakan utk tido. Alhamdulillah lagi, smpai bwh je telinga dah tak sakit dah.

Sampai KL pukul 6.30 pm. End. Ayah, let's do it again. Ronda-ronda Malaysia. (Kalau boleh ronda-ronda obersi pun, apa salahnyakan..Hahaha)

3 comments:

  1. mmg sejuk ke kak kat cameron tu?kaat member2 x sejuk sgt...

    ReplyDelete
  2. kalau dah pukul 10 am ke atas dan hr tak ujan, xsejuk la...
    kalau malam akak kt sana, hr hujan, sgt sejuk.....

    ReplyDelete
  3. wahhh syokknya Aniq & Aqif g jln2 crk stroberi... huh mmg hazab la mandi kalu xda heater, xpyh dorg. kita pun beku. hahahah...

    ReplyDelete