11.10.11

Trip To Cameron Highlands

Wah. Last wik, dpt invitation percutian ke Cameron Highlands. Penginapan dan makanan ditanggung. Hehe. Keluar duit belanja minyak tol jek. My SIL sefamily ajak kami join diorg di sana sbb diorg dpt rent rumah Mara kt Equatorial Cameron.

Kami ape lagi. Mmg la jarang nak dpt bercuti kt tmpt-tmpt camni. So, gerak hari Sabtu, tido sana semalam, turun blk KL hari Ahad. Ayah decide utk naik ikot jln Tapah. Warghhh...Ibu saspen, takot budak berdua tuh muntah pulak. Tp alhamdulillah tak muntah. Dedua lena diulit ekon dlm kete.

Sebelum gerak, ibu settlekan brg-brg di rumah. Sbb tatau keadaan di sana mcm mana, ada dapo ke, bleh masak ke, ibu prepare jek mknan Aqif dr Putrajaya. Siap chillkan dlm fridge dan transport guna cooler bag with additional ice packs. Takot basi pula mknan tuh. Alhamdulillah, smpai Cameron makanan masih ok, ais masih beku. Aqif nak mkn di Cameron, ibu just panaskan dlm microwave shj.

Day 1

Gerak dr KL pukul 11 am smpai Cameron almost 3 pm. Dlm perjalanan tu ada la berlaku beberapa acara. Berenti makan, berak kencing bagai. Mujur Aniq dah pandai tahan kencing, so takde la dia ckp nak kencing, dan dan tuh jugak kena g kencing. Sempat sampai RnR baru dia lepaskan hajat.

On da way naik ke atas, terjumpa pulak Lata Iskandar. Series cantik. Air terjun tepi jln jek. Kami xsinggah pun. Nak amek gamba pun xleh sbb dok memangku Muhammad Aqif tido.


Sampai sana, hujan rintik-rintik turun. Sejuk pulak. Lebih-lebih lg rumah tepi bukit, lg kuat angin bertiup. Pijak lantai rumah pun sejuknya sampai ke tulang.


My biras (SIL's husband) dapat rent rumah penginapan MARA dalam area Equatorial ni. Basically, rumah yg kami stay lebey kurang mcm ni. Rumahnya xde besar sgt, 2 bilik, 2 bathroom, living rum, dining dan kitchen. Tapi sunggoh suwit. Beranda yg sgt luas, sehingga boleh feeling-feeling kengkonon dok obersea sambil hembus-hembus napas kengkonon keluar asap di situ. Hehehe.


Utk acara berjalan, kami keluar rumah utk jln-jln almost 5 pm. Hajat di kalbu nak berlari-lari bersama anak-anak di antara pepohon teh di ladang teh, tapi sbb keadaan hujan, hajat terpaksa dipendamkan. Tinjau pokok teh dari warung teh rm5.50 secawan tu je.


Teka kenapa dgn ini budak?? Gayat okey. Haha. Sampai-sampai terus dia cari pot menjauhi lereng bukit. Ibu suh dia dok kt kusi utk dia tenangkan diri. Nak ajak tgk teh pom dia takmau, apetah lg berpotret klorga berlatar belakangkan ladang teh yg menghijau.


Owh topi rm6.90 adek Aqif menguatkan lagi anganan kami g bercuti di obersi. Lena dia tido sbb dah pakai penutup telinga.


Aqif terjaga sbb nak amek potret klorga. Dan ibu sebenarnya sedang distract Aniq dari kedai cenderahati tuh. Ade barangan yg dia dah berkenan di hati tp tidak di hati ayah dan ibu.


Hokey. Lps tu singgah pula di Pasa Mlm Cameron. Pendapat ibu, brg kt cini adalah overprice. Biase la lg tinggi tmpt, lg tinggi rege kan. Akibat tak tgk rege, hamek ko kitorg terbeli udang goreng tepung rm10. Kebush kebish kebush. Len kali tgk rege dulu.

Aniq pula dok teringin sarung tgn ben 10. yg corak len dia tamo. Nak ben 10 jugak. Jenuh la dok pusing pasa. Byk je sarung tgn tuh, cuma xde saiz dia. Akhirnya kedai last yg kami singgah, baru la jumpa. Beli lah utk dia glove rm5 sepasang. Nampak la muka seronok dia dpt something mlm tuh.


Main la dia silat-silat dgn abg-abg. Sbb dah pakai glove, so effect CGI kena la overkan.


Adek Aqif mcm biasa kena isolate dari sebarang kegiatan silat-silat Aniq sbb bimbang kuasa belasahan Aniq ke atas Aqif adalah sama seperti kuasa belasahan Aniq ke atas ayah. Haha.


Sejuk sgt mlm tu sbb tgh hujan. Adek Aqif siap berstokin. Ibu lupa pula nak bwk stokin. Mlm tuh tido, ibu, Aniq dan Aqif hidung dah tersumbat. Ayah menten je. Siap ckp panas lg. Mujur bw extra blanket. Kalau tak, mau kejung ibu kt situ.

Teringat pula pada Kak Pah aka KP my roomate masa matrik Penang dulu. KP mmg dari Cameron. Dulu nak oder strawberry atau fresh flower mmg anytime je kalau KP blk Cameron. Owhh rindu sama geng B1.3.7.

Penat. Journey utk Day 2 To Be Continue ok...

1 comment: