31.12.12

The Big Boys

Assalamualaikum. Anak-anak ibu ni dah besa dah. Baru jek sambut besday hr tuh, tahun dpn umo dah start naik setahun lg. Celebration xde pom, cuma bawak anak-anak berjalan ke CH mase on da way ke kg mak tok. 


Abam - Muhammad Aniq B Shahrul Nizam.

In Sha ALLAH next year akan mula sekolah tempat baru. Ibu pilih tadika yg dekat sikit dgn rumah. Senang sikit nk g jenguk. 

Org kate abam manje. Memang manje pom. Manje ibu. Sgt suke cite kartoon Oggy and the cockroches sampai ibu pom kena berhati-hati tekan remote. Untuk selamat, baik tekan info Astro dlu tgk. Kalu dah tertekan, mmg kompem xleh tgk cite lain dah. Hahaha

Suke jugak berebut ngn adek. Duduk atas peha ibu pom boleh berebut. Haish. 

Pagi-pagi sebelum mandi, kena kasi mood baek dlu. Kena ajak berborak psal cerita yg dia suka jek. Cerita psal BoboiBoy, Ryukendo, Ninjago. Sambil-sambil die bercerita tu bole la jirus-jirus, sabon-sabon.

Suka sgt mkn makanan yg berkuah. Mungkin faktor gigi kot. Hahaha. Ape-ape jenis mknan berkuah, akan dipanggil sup. Tak kira la gulai ke, kari ke, semua sup bg Aniq. Skang ni rajin jugak nk mkn nasi. Xleh klu sehari xmkn nasi. 

Kalau dapat new toys, wah bukan main sayang lg. Tp kejap jek hancur lebur. Kalau dpt action figure, nak masuk tido, ditidokan figure tuh sebelah dia. Letak sorok-sorok sikit sbb "Nnt org jahat amek".

Masih cembeng JIKA adek start cembeng dulu jika sampai taska. Hohoho. Hati mudah tersentuh. 

Buang air kecik, air besar dah lama di toilet, cuma penakut sikit. Kena org teman. Nampak ujung jari pom tak pe asalkan ade org teman. Kencing mlm dh kurang. Sebulan sekali jek kot. 

Mission sekarang untuk stopkan abam minum guna botol susu. Hr tu mase holiday, bole la jugak kasi alasan tak minum susu dlm botol. Ckp botol Aniq tertinggal kt rumah. La ni dh sampai rumah, nk bg alasan ape plak pom tatau. Takpe, kite cuba slow-slow ye abam Aniq. Now, ibu kasi minum guna botol time mlm je. Waktu lain guna cawan. So far masih mengikut arahan gitu la.

Pandai mengeja nama sendiri dah....TAPI... A Y N Q = Aniq. Hahaha.

Abam Aniq, abam dah besa k. Jadi abam yang gud k. Kongsi dengan adek. Sbb abam kan abam. Abam bdk pandai. Jgn rebut-rebut, jgn gado-gado. Jage adek selalu k. 

Adek - Muhammad Aqif B Shahrul Nizam.

Tahun depan start split taska dengan abam. Aqif still dok taska lama. Aish...Semoga elok-elok aje adek di sana k. In Sha ALLAH, sentiasa di bawah lindungan ALLAH.

Sejak naik 2 yo ni, wah makin pandai mintak susu. Pdhal ibu tgh nk wean off nyusukan die ni. Tp bile tgk ragam die yg dtg, terus landing atas peha smbil tepuk-tepuk "Nak inum", ibu jd cair plak. 

Sekarang ni kalau abam ckp nk g toilet, die pom nk ikot skali. "Nak encing/erak". Siap bukak sendiri suar ngn pempes. Nasib la ibu kena ganti pempes selalu. Bagus jugak, semoga senang nak toilet train die ni nnt.

Bab mkn, alhamdulillah tahan pedas. Walu pun pedas, still nak jugak mkn lagi. Tp bersulam air la. Smpai Aniq pom ckp, adek tahan pedas, Aniq tak.

Ibu mmg dh stop pumping dah. Stok pom dah abis. Cukup-cukup hr Jumaat lepas. DF pom dah tutup suis. So skang ibu kasi fresh milk untuk Aqif minum di taska. Malas nk g beli Formula Milk . Hahaha. Tgk klu Aqif leh tolerate Fresh Milk.

Mmg Aqif nampak lebih berdikari dari Aniq masih umo 2 thn. Biase la ade sifu yg mengajarnya. 

Aqif ni suke perasan sengsorg tau. Hr tuh kantoi die tgh acu-acukan kain kt kepala die jd mcm tudung. Ikat-ikat mafla kt leher la. Bile dah kantoi, marah org plak sbb mengantoikan die. Hahaha. Nk kasi die ralik, kasi la sehelai kain. Dia akan lipat-buka-lipat-buka kain tuh sampai bohsan. Hasilnya ibu leh masak dengan tenang.

Adek Aqif, jgn gado-gado ngn abam tau. Kongsi bebaik k. Main elok-elok. Jgn pukul-pukul. Sayang abam tau. Dgr ckp abam ye.

15.12.12

Happy Birthday My Boys

Today Aqif turns 2 year old. Weeee.... Kejap jek kan dh 2 tahun. Rase cam baru jek lg kuar spital. Hahaha.  So sebab dak berdua ni besday bln doblas (Aniq on 19th, Aqif on 15th) , harus la buat sekali harung je di taska. So Semlm di taska, kirimkan kek dan goodie bag utk derang celebrate dgn teachers dan kwn-kwn. Kebetulan Aniq ada event jual-jual mknan. 

Ni kek yang ditempah dari my xhousemate masa di Shah Alam dulu. Finally dpt jugak tempah from dia. Tahun lepas tak dpt tempah sbb fully booked. Tq siti. Semoga makin murah rezeki ko. Sesape di Putrajaya nk tempah kek, bole contact dia k. Bole jenguk-jenguk blog dia jugak.



Nama dia siti aisyah. Ibu panggil Siti.


Ni plak, fancy sticker yang ibu tempah dari my dearest friend jugak. Ila MyKhalish. Tq so much for this wonderful sticker. Aniq tak saba-saba nk peel all the stickers. 


Kepada kengkwn yg nk tgk byk lg hasil kerja MyKhalish, boleh jejak FB derang.


Goodie bag yang dah siap diisi. Label and bag from PartaParty

Hopefully kids di taska happy celebrate Besday ramai-rmai. Utk party di rumah, takde kot. Hahaha. Buh jek lilin kt roti itam (read : roti coklat gardenia). Suh derang tiup. Kikiki.

5.12.12

TBC Sport Day

Actually, entry ni dah lame, bln 10 hr tuh lg. Tp ibu malas nk karang cite. So terimalah cite psal Sport day taska Aniq & Aqif ni. Cam biase, utk aktibiti taska, kitorg bwk potluck. Ibu mmg asek buat roti gulung jek. Klu bkn inti sadin, buh inti sosej. Buat menu yg bdk-bdk suke sudah. Kikiki. 

Sports Day ni dibuat kt INSPEN 1. Team TBC Putrajaya vs team TBC Inspen 1 & 2.


Botol air perlu bwk sorg satu ok. Klu tak, berebut la jawabnya. Yg sorg tamo kongsi, yg sorg lg nak kongsi.


Ok. Abam adelah idola si rambut Abu Baka Elah tuh.


Patutnye pkai seluar Taska die wane oren. Tp boleh tahan degil jugak mamat ni. Haha. Yg suar oren bukan suar sukan. Yg ni baru suar sukan, katenye.


Hoho. Daftar name dulu. Aniq masuk 3 events, Aqif masuk 2 events


Aniq tgh get ready untuk perform Oppa Gangnam Style


Kawan-kawan menari robot dulu.


Ok, ready utk menari.


Ni gamba tgh menari ok. Mimik muka yang sungguh tak bleh blah dr abam Aniq.


Tadek emosi. Yg penting fokus on the steps. Kikii.


Ok.Masih menari. 


Ade perubahan emosi sikit di situ. Nampak juga menari dengan perasaan.


Owh, kembali tiada emosi. Hahaha


Adek ni klu dibagi join menari tuh, mmg die pom ikot same. Tp bagi can Abam amek spotlite. Hihihi. Ni tgh ready utk acara sukan Aqif dengan ayah.


Hohoho. Belon tu tamo lepas. Harus bersukan sekalik ngn belon. Amek puzzle card, lepas cantum ramai-ramai. Aqif terkena sindrom Aniq masa sukan tahun lepas. Mmg die tamo berjalan. Dokong jek.. Gerun kot tgk ticer + ibu bersemangat jadi pom-pom gurl utk ahli sukan TBC.


Main belon jek la. Majlis baru start, tp belon-belon yg dipasang sekeliling dewan dah togel sbb dikidnap oleh ahli sukan cilik sekalian.


Menten hensem. Kejap lg nk main sukan kan.


Alhamdulillah. Dah 2 tahun berpeluang untuk attend Sport Day TBC.


Tgh rilek-rilek tunggu event Aniq start.


Kesayangan


Aniq dlm event susun cawan utk 4 yo


Yeah. Ibu setia di tepi utk bagi semangat.


Tunggu kengkwn finish the events. Aqif pom setia bg sokongan kt Abam.


Ho yeah. Menang. Ticer dan Parents gumbira.


Rehat jap. Amek gambo kt banner. Adek Aqif dh terduduk sbb die ingt belakang tuh dinding. Kikiki.


Ok next acara. Aqif masih setia.


Ibu gigih bagi arahan. "Aniq amek bola oren yg mcm bola golf tuh, pastu buh dlm bakul." " Bola pingpong la ibu, bkn bola golf". Ok anak lg terer. 


Tunggu kengkwn lain plak. Si penyebok Aqif, masih setia di sisi.


Event ni abam main dgn ticer. Ibu dh dok tepi sbb nk re-fill adek Aqif.


Ade kek plak utk celebration birthday bln Oktober. Aniq biase la, suke tgk kek. Siap rikues nk kek "Gopal" utk birthday die nnt.


Medal.


Aniq dgn Ticer Diana. Owner of TBC dan TQ. Dpt medal dan permainan bubble. Adek Aqif tgh lena time ni sbb pekena susu seround.


Acara penutup. Kids and teachers once again dancing Oppa Gangnam Style. 

Ok. End of TBC Sports Day. In Sha ALLAH next year Aqif boleh participate lg byk event.

KUDOS team TBC for "menjuarai" Sports Day once again. Two years in a row now.

Sila Bertabah Mengadap HRMIS

Ramai dah org dok membebel pasal HRMIS ni. Nak-nak end of the year ni. Ibu pom cuba la mengapdet SKT utk disubmit kpd PPP untuk penilaian.

Sedang enak ibu menaip sane sini (wah, mcm pencapaian cemerlang jek kan), tapi bile klis "Simpan", message bwh ni keluar. TIADA PERUBAHAN DIKESAN????. Mcm nak putus tgn menaip, ko ckp xde perubahan??

Ok. 1st trial failed. Cuba lg sekali after beberapa hari. This time, different approach. Taip satu-satu. Lepas 1 column, save. Lepas 1, save. Same message appears. Haiyoh..... Lempang lelaju kang HRMIS ni.

Dr bersemangat nk apdet SKT, terus jd tak bersemangat. Ade kengkwn gomen penah berdepan situasi camni tak?


Amboi...bile tekan "Batal" jek, cepat pulak sistem respon. Button-button lain, berjanggut nk tunggu derang wat tarian pusing.

21.11.12

Less Than 1 Month To Go

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, kurang 1 bulan lg je nk mencapai matlamat 24 bulan menyusukan Aqif. Semoga ibu berjaya sehingga ke akhirnya. Bila dah nk ujung-ujung ni, mmg production biasa-biasa shj. Mungkin otak asek dok pk, dh nk cukup 2 tahun, so bdn pom same berikan effect. Production hanya setakat yang diperlukan shj. Walaupun camtu, ibu masih kekalkan pumping 2 kali sehari.

Aqif plak mcm tetau jek die nak capai 2 tahun. Bila nak susu, dia sendiri yg akan baring dipangku ibu, tarik-tarik baju ibu sambil  ckp "Kak...Kak" (read : Bukak Bukak). Hihihi. Kengkdg, ibu buat tak paham, Aqif nak ape? Dia jwb blk "Nak nih nih nih." sambil tepuk-tepuk dada.

Aissshh... Rindu la ibu kt adek Aqif nanti. Semoga ALLAH permudahkan segalanya, In Sha ALLAH.


12.11.12

7th Year Dating

Happy 7th anniversary Ayah.
12.11.05 - 12.11.12

Kikiki. 
Luv u always.


29.10.12

Anak Suka Memukul?

Anak-anak kecil dibawah 4 tahun sekarang ini sudah suka memukul jika tidak mendapat apa yang mereka hendak. Fenomena ini semakin banyak terjadi di sekeliling kita. Dua daripada cucu ibu juga tidak terkecuali. Apa hendak dibuat?

Pertama - Elakkan menyangka mereka itu biadap. Jangan kata pun perkataan itu dan jangan fikir pun.

Kedua - Beritahu bahawa memukul orang lain sebab tidak dapat sesuatu ba

rang itu tidak baik. Ia salah. Ia adalah akhlak yang tidak baik.

Ketiga - Teruskan mengingatkan, walaupun bagai mencurah air ke daun keladi. Cakap juga dan sabar juga.

Keempat - Bila dia hendak memukul, tangkap tangannya dan sebut lagi dan beritahu dia Allah jadikan tangan dia untuk perkara yang baik dan bukan memukul orang lain bila tidak dapat apa yang dikehendaki.

Kelima - Jika berterusan, bila dia hendak memukul, angkat dia dan letakkan di suatu sudut dan suruh dia jangan tinggalkan sudut itu sehingga dia berhenti memukul.

Keenam - Jangan sekali-kali putus asa. Anak itu dilahirkan dari benih yang baik. Dia akan jadi baik. Ini cuma sementara, semasa dia belum bijak mengawal EQnya.

Setiap kali, anda perlu banyak beristigfar dan ambil masa bila dia sudah tenang untuk menerangkan kepadanya akan buruknya kesan perbuatan itu. Anda gunakan waktu tidurnya untuk membisikkan dan memprogramkan minda dibawah sedarnya akan akhlak mulia. Banyakan membaca surah Toha ayat 1-5. Ayat inilah yang melembutkan hati Saidina Umar r.a apabila dia mahu membunuh adiknya yang baru memeluk agama Islam.

Mengapa zaman sekarang anak-anak kecil begitu ragamnya? kerana mereka ini adalah generasi yang kental hati dan kuat semangat serta tidak mahu kekalahan. Yakinlah ada kebaikan di dalam trait ini. Cuma sebagai ibu bapa kita mesti pandai mengadunnya, menguleknya, membendungnya, supaya semangat tidak patah, [erangai dan akhlak tetap mulia.

Salam Kasih.


Sharing Is Caring

24.10.12

Sakit Kaki Pulak

Sejak kebelakangan ni, selalu plak sakit tumit. Nak kate tumit pom bukan, die sakit di lekuk lepas tumit tuh. Bila pagi-pagi lg sakit. Tp xde la sampai xleh jalan. Kadang-kadang ibu saje tekan tmpt sakit tuh bila nak naik tangga. Rase dia mcm bisa-bisa gitu.

Google la sedikit info sbb ibu rase mcm tak normal jek kalu camni. 

Dpt plak info di bawah ni :

Sakit di bahagian tumit atau tapak kaki sering berlaku.
Antara punca sakit tapak kaki adalah :
1. Radang pada tisu di bahagian tumit dan tapak kaki
2. Tekanan pada saraf di bahagian tapak kaki
3. Proses penuaan menyebabkan lapisan lemak dan tisu mula mengecut
4. Kecederaan tulang seperti retak
Antara keadaan yang sering berlaku adalah keadaan di panggil ‘Plantar fasciitis‘ iaitu plantar = tapak kaki; fasciitis = radang pada fascia ( tisu) di bahagian tapak kaki.
Plantar fasciitis : Kenapa sakit tapak kaki/tumit lebih teruk di waktu pagi ?
Semasa tidur tisu dan otot di bahagian tapak kaki berada dlm posisi ‘rehat’ , otot betis dan fascia di tapak kaki akan memendek dan kekal dalam posisi tersebut selama beberapa jam. Apabila bangun pagi dan meletak tapak ke lantai serta mula memijak, tekanan daripada berat badan akan menyebabkan regangan pada tisu fascia secara tiba-tiba. Ini boleh menyebabkan kecederaan dan mungkin luka pada tisu tersebut. Bagaimanapun tisu tersebut akan mula meregang sedikit demi sedikit apabila kita terus menapak menjadikannya kurang tegang dan sakit juga akan semakin berkurangan.
Nota Ibu : Mungkin betul jugak. Kalu dh bgn pagi asek terkejut-kejut je mau saraf pom ikot terkejut same.
Bagaimana mencegahnya ?
Sebaik bangun tidur lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai
Gunakan alat sokongan tapak kaki atau ‘night splint’ untuk menetapkan posisi tapak kaki semasa tidur
Benarkah faktor kegemukan/ berat badan berkait dgn sakit tumit ?
Ya. Apabila berdiri dan berjalan berat akan diedarkan sama rata di bahagian kaki (tulang dan tisu).Dan bahagian kaki dapat menampung berat tertentu sahaja. Berat berlebihan akan memberikan tekanan berlebihan lalu menyebabkan regangan berlebihan di bahagian kaki. Akibatnya risiko kecederaan adalah lebih tinggi. Dan tekanan berulangan tersebut akhirnya menyebabkan rasa sakit pada tumit dan tapak kaki. 
Bagaimana merawat dan mencegahnya ?
  • Rehatkan kaki jika sakit. Misalnya, kurangkan aktiviti seperti berjalan jauh atau lama, mendaki dan berlari. Elakkan mengangkat beban yang berat. 
  • Lakukan tuam ais di bahagian tapak kaki 2-3 kali sehari atau lebih kerap jika sakit baru bermula untuk mengurangkan radang dan ketegangan fascia’. Ia juga boleh dilakukan selepas bersenam atau berjalan jauh kerana aktivi fizikal seumpamanya boleh juga mendatangkan kecederaan pada tisu tanpa kita sedari.
  • Lakukan regangan kaki atau tapak kaki sekurangnya 3 kali sehari ; terutama sblm mula memijak pada waktu pagi . Nota ibu : Kompem xde senaman langsung. Used to love senaman secara dancing. Jom abam Aniq aja ibu menari Oppa Gangnam Style.
  • Pakai gel atau ‘heel lifts/support’ untuk mengurangkan tekakanan/stress pd bahagian tumit dan tapak kaki.
  • Pilih kasut yang sesuai untuk pamakaian harian atau bersenam. Kasut yang terlalu nipis dan lembut akan menyebabkan tekanan pada tumit dan tapak kaki berubah-ubah dan menjadi berlebihan terutama jika berjalan di permukaan tidak rata. Nota ibu : Mmg skang pom pkai kasut flat dan nipis je. Harus tukar kasut yg lebih tebal. Ayah, jom sopping kasot.
  • Menurunkan berat badan adalah langkah yang baik. Selain mengurangkan tekanan di bahagian tapak kaki, tekanan pada sendi lutut, pinggul juga dapat dikurangkan. Penyakit lain berkaitan dengan obesiti juga dapat dielakkan. Nota ibu : Insyaallah ibu lom obes lg kot.
  • Lain-lain : pemakaian ‘night splints’ atau orthotics 
Apakah fungsi tuam ais atau sejuk ?
Ia dapat mengurangkan radang dan mengurangkan rasa sakit.
Bagaimana melakukannya ?
- balutkan ais dengan kain dan letak di bahagian tapak kaki atau
- bekukan air dalam botol air mineral dan untuk menuam letakkan di lantai. Letakkan tapak kaki di atas botol ( pijak botol) dan gerakkan kaki ke depan dan belakang (‘roll the bottle’) sambil menonton TV atau membaca . Mudahkan ?
* nota ini sebagai panduan sahaja. Jika anda mengalami masalah tersebut – rujuklah doktor anda untuk pemeriksaan dan rawatan sebenar

Sumber :Imfcare

Ibu cuba dulu la exercise yang dicadangkan tuh. Insyaallah tak de pape tuh. Tp melihatkan dgn kadar ibu exercise sekarang, mmg sunggoh tidak sihat. Jom kite jogging ayah...Tak leh jogging, kite jln kaki pom boleh jugak.

23.10.12

Masak Ape Saje Yg Anda Jumpe

Menu kita hari ini...


Mamat ni tak leh tgk kuali. Mula la dgn kerja-kerja menyepahkan rumah. P kutip segala menda yang dia nampak. Goreng macam pro jek. Kikiki.

19.10.12

Projek Red Velvet Cupcakes

Hahaha. Projek wiken lalu. Baru hr ni nk post. Akibat terliur dgn cupcakes dlm cite DC Cupcakes aired on Star World, lantas ibu bertekad nk buat cupcakes. Hehe. 1 adunan tu boleh la dpt dlm 35 cups. Lom campur lg sisa-sisa kek yang melimpah ruah mase dlm oven. Biase la beginner kan. Harus la kena byk prektis bru la boleh bake cupcakes yg comey.

Resepinyer ibu amek kt Kak Chah. Cume creamcheese nye ibu try tak campo whipped cream. Hohoho. Kureng umph. Kena campo jugak bru la rase berlemak-lemak. Hahaha. Bdn pom nnt bertambah la lemak.

Dak 2 org of course sunggoh rajin menolong ibu main tepok. Ibu dah siap sedia tepung extra utk derang menabur sekeliling dapo. Ade aktiviti cilok-mencilok di situ. Abam tgk tepung die dh byk tumpah, die cilok ade nye sikit. Adek tgk tepong abam byk lg, die kaut-kaut amab punye sket. Sudahnyer, ibu jugak yg kene sapu, vacum tepung yg tumpah merata tuh.


Comey jek mase dlm oven


Tp bile dh kuar oven, terponyek


Lps deco-deco. Cikta ckp nape kedekut creamcheese. Hahaha


Jenuh pilih yg tercomey utk dipublish dlm blog. Hahaha

Abam Aniq meratah creamcheese jek. Adek Aqif mkn kek je. Ibu jugak yg dok perabih semua kek tuh. Tp yg penting, puas ati sbb boleh lepas rindu bake kek. 

17.10.12

Penat

need a holiday. Time off. Away from work.

No wonder milk production makin kurang. Tgh pumping, otak dok memikir masalah ( haha, salahkn keje plak). Ini la kekurangan bile pumping dpn PC. Tgh pump, emel masok. Klu emel kena marah ngn bos, stress. Kalu emel masalah masok, stress jugak. Klu emel bos suh outstation, lagi stress. Hahaha. 

Gane ek? Penat dh kot wat mende ni. 4 taun lebih dh kot bergelumang dgn problem. Terase nk mintak tuka. Cuba environment baru. Rerase bos sokong tak klu mintak tuka sbb nk rase tmpt baru? Cam susah jek. Tp klu xcube mane nk tau kn.

Bos kecik mmg dh pangkah awal2. Tp bos, sy dh makin stress ni. 

Tgk ade kengkwn yg mmg dh stabil keje gomen berenti keje. Wah besnye. Terase nk benti jugak. Ibu dok umah handlekan dak 2 org tuh. Xyah bazir anta neseri kn. Tp, pk pk blk, baru je pas buat komitmen rumah. Nnt dh benti, mampu ke nk baya dgn pendapatan ayah sorg. So buat mase ni mungkin kene KIV dulu that thought.

Skang fokus on mintak posting tempat len. Berusahalah. Insyaallah berjaya.

Sesaje Update BF

Lame tak cite psal BF kan. 

Alhamdulillah ibu masih menyusukan Aqif. Syukur sgt bila dapat cipta rekod diri sendiri menyusukan melebihi tempoh menyusukan Aniq dulu. Insyaallah akan diteruskan lagi.

Tapi tu la, bile dah nak sampai ujung-ujung, kdg-kdg amek sambil lewa je bile nk pumping. Kalau xde meeting, mmg akan pump 2 kali di ofis. Tp kalu ade meeting, mesti akan skip pumping session tuh. Haish. Mlm mmg tak sentuh pun pump tuh. Haha

Lagi 2 bulan jek lagi nak completekan penyusuan 2 tahun. Memule mcm seronok jugak, tp bile pk blk, sayu plak sbb nnt Aqif dah tak menyusu ngn ibu. Insyaallah kalau ada rezki lebih, ibu nk teruskan lagi walopun dah capai 24 bulan.

Semoga segalanya diberkati ALLAH.

16.10.12

Pelat Sikit-Sikit

Tu la die. Ibu pandai sgt g donlod game pororo base Korea. Sudahnyer, adek Aqif ber "anyo-anyo" sengsorg dpn kulih2. Hahaha.

Actually, lagu opening Pororo tu yg die tgk. Klu dlm tibi, elok jek base English.
"Hello friend, hello my good friend"

Tp dlm game tuh, base korea plak.
"Anyo cingguru, anyo cingguru"

Hahahaha.
Aqif plak, terhangguk-hangguk membebel entah ape mende dlm base die. 
Kikiki. Bahaya ni. Kang mau die berbahase Alien kang.


Dah la lagu nursery die dah ditranslate dari
"Kuda berlari, katak melompat"

kepada
"Yuya yeyayi. Yatak yeyompat"

Hahaha. Kalu tak dibendung, mau pelat mamat ni. Kikiki. 

12.10.12

Picca Picca

Some of the self taken picture by this young little Aqif


Seems like he really fancy taking pictures.

10.10.12

Skewer Daging

Hari tuh, ade beli skewer kt pasa mlm. Secucuk 5 hinggit, ade la daging potong pat segi, 2 potong capsicum, bawang dan raw carrot. Bau mmg menusuk kalbu betul tp daging liat sampaikan tak termampu nk memamahnye. 

Makanyer, ibu bertekad nk masak skewer sendri. Cume xde cucuk-cucuk jek. Masak atas kuali leper mcm masak metabak. Kikiki. Konfem empuk, dan dpt more than skewer pasa malam.


Resepi taken from Azsfaral.blogspot.com. Tq tuan rumah. Mmg menepati citarasa iolls.

Cume ibu tak bakar dlm oven. Ibu masak atas kuali leper. Nak amek feel masak kt pasa mlm. Hehehe. Mkn die sesaje pom dh mabeles, kalu kena dgn black pepper sauce mmg lagi mabeles.

Ok boleh cube yer kengkwn.