27.1.12

Budak Yang Dah G Sekolah

Start 2012, mmg Aniq dah start g sekolah di Tadika Qaseh. Walo pun masih lompong-lompong sbb kegagalan ibu nak membasuh baju seragam die nan satu tuh. (Dah tempah, tp lom siap). Insyaallah, once dah ready semua uniform, ibu nak antar die full week.

Balik dr taska, seronok katenye pegi tadika. (Pagi pegi tadika, blk tengahari duduk transit di taska). Dok nyanyi-nyanyi.

O-N-E One,O-N-E one,O-N-E one, wan,wan,wan
T-W-O two, T-W-O two, T-W-O two, tu,tu,tut.

Lagu lain plop

Satu biji sepuloh sen. Kupas kulit, kupas kulit.

(Entah buah ape yg dikupas)

Hari tuh, Aniq mengajar ibu sebut perkataan

ANIQ : SE-KO-LAHHHH

IBU : se-ko-lah

ANIQ : Bukan-bukan. Ikut Aniq. SE-KO-LAHHHH

IBU : Ok. Se-ko-lah.

ANIQ : Salah-salah. Buat macam Aniq. SE-KO-LAHHHH

mau 6-7 kali jugak la dok mengulang perkataan sekolah tuh.

IBU : Aniq, ibu sebut sama je macam Aniq sebut. Se-ko-lah.

ANIQ : Bukan mcm tuh. Kuat sikit mcm Aniq. SE-KO-LAHHHH.

Ohhhoooii. Rerupenye nak suh kite jerit jugak mcm die sebut. Huhuhu. Ye la kan. Kt sekolah kan exsited dok sebut reramai kekuatkan. Bagussss. Aniq pay attention di sekolah nampaknyer.

18.1.12

Aqif Berjalan.

Update pasal Aqif lg. Cite dah lame, tp baru nak post dlm blog. Cam entry ini. Ibu post gamba pulak.


Alhamdulillah Muhammad Aqif seawal 1 tahun dh pandai berjln. Kejap-kejap jln masok dapo, dok sengsorg bertapa dlm gelap. Hoho. Kire kalau mood baik, mmg senang la jage die. Die mmg akan buat keje sendiri. Jln sane sini. Korek-korek toy box, korek-korek henbeg, beg taska, wallet. Sepah-sepah kad pengenalan org. Main sepak bola, sendiri sepak sendiri kejar.


Sangat pantang tgk ayah kluar dr pintu. Kompem die akan mengekor. Xdpt keluar, mmg mulut akan bising.


Nampak tak safety gate kt pintu dapo tuh. Kat situ la die akan masok, tak kire lampu dipasang atau tidak, pastu die akan bersila smbil rapatkan pintu gate. Duduk situ senyap-senyap kdg-kdg org bising panggil die, die bleh dok senyap kt ctu.



Sekarang dah tumbuh gigi. Alhamdulillah. Tumbuh atas bwh sekali gus. Bwh dah kuar 2 btg, atas 1 btg. Belum keluar penuh lg tp cukup utk mengigit ibu taim DF.

17.1.12

Jangan Belagak Sangat

Sedih betul life ko kan dik. Pepg lg ko dah meroyan mcm org dtg bulan. Ko ingt berkat ke rezki ko kalau layanan ko kt org mcm tuh. Opp...berkat tak berkat, bukan keje akak dek. Tu antara ko ngn ALLAH.

Akak mmg tak pandai berniaga dek. Tp akak tau, kalau kite treat org baik, penuh sopan santun, insyaallah org akan terpikat nak membeli ngn kite. Tp ko ni dek, sedeh betol. Kalau la kedai ko tuh jual bebrg yang mmg bombastik yg takkan jumpe di setiap ceruk selain kedai ko, ko bole la belagak dgn attitude ko tuh. Jgn ingt semua pembeli akan ikut je mcm lembu kena cucuk idong. Ko takyah belagak la wei.

Tolong la peniaga-peniaga seme. Tak kire la offline ke online ke. Niat kena betul mase berniaga tuh. Ni org len berniaga ko nak berniaga jugak. Lps dpt duit, ko lepas tgn je kan. Org tanye, follow up, call etc, mula bg mcm-mcm alasan. Bz la itu ini. Taim ko suh aku masuk duit xde plak ko kate tgh bz kan.

Berniaga la dgn sejujur-jujurnya. Ingt semua tuh tak dihitung ke nanti. Kalau la mangse-mangse korg tuh tak maafkan smpai ke sudah, mencari la korg kt padang masyar tuh utk mintak maaf.

Mmg tak seme peniaga mcm tuh. Yg ikhlas tuh, alhamdulillah. Semoga murah rezki. Sentiasa la ingt mengingati antara satu sama lain.

12.1.12

Halllo

Sayang Aqif pom sgt cepat belajar. Tgk je ape abam buat, die pom follow. Haish... Takot ibu. Yg terbaru (xde la baru sgt pom), suke Halo Halo. Buh la henpon kt tepi tinge, mulut smbil bebel "Erm Erh Err". Kengkunun tgh borak.

Sunggoh comel Aqif wat canggitu. Geram ibu mau picit-picit. Pandai die memilih, klu tipun kite lampunyer nyala, bru die sebok-sebok dok tekan-tekan. Kalu kite lock tipun, lampu tadek, mula la bertempik suh unlok blk. Bdk-bdk skang kan. Jaman IT jaman teknologi. Dah xmain la tipun botol air. Aniq pom sket-sket nak yg tekan-tekan. Entah ape yg tekan. Hahaha



"Hallo, ini Aqif cakap"

10.1.12

Muhammad Aniq is 3

owh. Sungguh tertinggal kretapi. Byk betul mende nak apdet. Been bz last few weeks. Dgn system test, training, pilot, Aqif dema etc.

Our beloved Muhammad Aniq turns 3 last few weeks. Baru turn 3, tapi dah masuk tadika dah sekarang. Waaa. Ibu saspen. Bkn saspen takot Aniq xleh catch up on studies, tp saspen ibu xleh nak allocate time utk concentrate on Aniq semasa study time. Semoga ibu lebih gigih utk jadi supermak, agar dpt spend time utk both my boys.


Aniq turning 3, ibu dah emosi-emosi sbb terasa mcm Aniq dah makin independent. Kebanyakannya dah boleh buat sendiri. Teringat lg, dulu, masa bile masih ber"pempes", cukup taim, ibu basuhkan, ganti pempes lain. Skang, bile dah ber"pempes" free nih, Aniq jerit "Nak kencingggg". Buka suar pom sendiri. Basuh kencing pom sendiri. Pakai suar jek suh ibu pakaikan. Pdhal kt taska pakai sendiri.


Sekarang, nak minta tolong die apa-apa pun cukup senang. Bila die yg memang ckp xpelat, lg la senang ibu instruct die. Except for few words la. Kacau jd Kan-co, Cili jd Lici. But overall, ok la. Sekarang die tgh aktif tanye "Kenape, kenape, kenape". Kengkdg soalan mmg mencabar. Jenuh jugak ibu nak menjawab. Haha. Kengkdg kitorg tanye die soalan blk, smpai la die giveup. Haha


Bab-bab mengikut kelakuan org mmg die nombor 1. Tgk ayah pakai gel rambut, die pom sebok-sebok mintak gel sapu kt rambut. Bile tgk ibu pakai lens, die pom celup tgn kt lens case tuh buh kt mate. Kengkunun die dh pakai la tuh. Ibu penah marah die sekali je "Aniq, jgn campak barang. Letak elok-elok" Lepas dr tuh, die yg jd reminder kalo kalo ibu TERcampak barang. Bile die campak pulak, ibu remind die plak la.


Kalau tetibe, die dtg dekat smbil hencot-hencot, muke kerut-kerut kono menahan sakit pastu ckp "Kaki Aniq patah". Mmg xyah panik k. Belakon je tuh. Tujuan berlakon adelah sbb n suh dokong die. Haha. Mmg dulu bile sekali 2 kali, ibu pom heran, die saket kaki ke. Tp bile dah byk kali, dh tau la tektik die. Banyak je akai die.


Lg satu akai die yg femes, bile dah kena marah ngn ayah @ ibu, mule la nanges sambil ckp "Nak atok, nak tokma". Hamboih, bile dh kena marah, mula la cari pihak bersekutu ye. Bile hepi-hepi, atok tokma tipun pom nak tanak cakap.


Sejak 2 menjak ni, alhamdulillah selera makan die dah naik. Thanks to otomen sbb byk membantu. Haha. Senang jek, umpan sikit la kan. "Kalau Aniq nak kuat mcm Otomen lawan raksase, kena mkn nasi". Pastu bukak la mulut die. "Aniq nak jd besar mcm otomen" .Maklum la, bile otomen lawan raksase, bdn die lg beso dr bangunan kan.


However, die masih suke dengki ngn adek die. Adek nak main tuh, die pom nak jugak. Abam main yg ni, adek pom nak main jugak. Kengkdg ibu bio je. Lantak la. Asalkan tak cederakan diri memasing sudah la.




Lagu peberet die skang :
Assalamualaikum
Fatimah sudaaaaa....
(mcm ade sambungan, tp sampai sini jek die hafal kot)
Miau-miau
Masok-masok
Tutop-tutop
Mama Papa
Jeli jeli one to jus

New nursey rhymes?? Seriously, i dont know. Haha


Sangat suke boling ok. Sikit-sikit nak men boling. Amboih, umo bru masok 3 dah men boling. Ibu dulu, umo 23 okeh, bru try campak bola boling.
Perhatian utk mak-mak sedara Aniq sekalian. Berhati-hati bile pegi Alamanda, die dah tau arah nak pegi boling.


"Aniq besa nanti nak keje Opis"
"Opis Aniq kt mane? "
"Opis Aniq kt Alamanda."




Alhamdulillah, sekarang bangun pagi nak mandi utk ke sekolah, Aniq xbyk ragam. Nk kejutkan dr tido tuh, ade la rengek-rengek sikit. Masuk bilik air, kaki Aniq patah. Air panas la itu ini. Lepas mandi, mud ok. Pakai baju tadika, ingtkan die suh makan bekal (roti @ biskut) dan minum air. Ok kate die. Alhamdulillah, train dia ke toilet sejak 2 tahun 8 bulan menyebabkan ibu xde risau die terkencing masa kt tadika atau tak.


Penakut kucing. Lg besa kucing tuh, lg kuat die teriak. Sanggup tutup seme pintu sbb takut kucing masok umah.


Edit sikit, buat kenangan di kemudian hari. Tokma baik hati nak belikan beg Angry Bird (lg) untuk Aniq. Tgh pilih-pilih, Aniq ckp, "Tanak la. Kat rumah dah ade beg ni." Wah...sejuk perut ibu dgr.


Muhammad Aniq, awak ni memang pandai. Ibu ayah ajar sekali je awak dah boleh folow dah. Kengkdg awak tgk je pun, dah boleh ingt dah. Yg tajam, yg bahaya, yg panas letak tempat tinggi sbb nanti adek main, luka berdarah, kena jumpe dokter, kena cucuk. Sebagai abang, awak kena jadi leader utk adek-adek tp bukan buli adek k. Sayang Aniq.