21.2.12

Few years Ago


Iskhhh... Budak bucuk ni. Rindu plak. Gamba mase die 1yo. Goram. Meh cni ibu gigit pipi tu sket. ( gigit-gigit cuping telinge). Haha.. Xleh terima wording lagu tuh.

15.2.12

Stop Lynas Angry Birds

Ke Kuantan pulak lps kenduri Nadia. Mlm tuh singgah Teluk Cempedak. Saje nak tgk laut. Nak cecah-cecah kaki, mcm menakotkan jek ombak kuat. TC kan mmg terkenal dgn arus deras. Pastu pantai die tak landai. Jarang sgt org mandi. Ok. Tgh round-round, ade 1 group wat perhimpunan bg menbantah pembinaan Lynas kt Gebeng. Secara aman la kan. Derang distribute belon-belon dan wat jualan baju STOP LYNAS SAVE MALAYSIA.

Ape kes LYNAS ni? LYNAS ni kampeni dr Ostolia yg akan membuka kilang memprosesan nadir bumi kt Gebeng. Apekah nadir bumi? Check this out. Ape possible consequencesnya kilang ni ade kt Mesia yg indah permai ni? Ni ibu copy from this web.

Untuk pengetahuan semua, rare earth digunakan untuk membuat iphone, bom dan badan [body] kereta dan pelbagai lagi. Dan ia juga dikatakan boleh memberi pulangan lumayan kepada negara apabila beroperasi kelak. Sebagai contoh, negara China merupakan pengeluar rare earth di dunia dan dikatakan mengaut untuk berbillion dollar hasil dari pemprosesan bahan ini. Walaupun dikatakan mampu menjana keuntungan yang berlipat kali ganda, isu yang paling ditakuti ialah isu kesihatan dan alam sekitar kerana bahan ini dikatakan beradioaktif dan boleh memberi kesan kepada penduduk dan hidupan yang berada berdekatan dengan kawasan pemprosesan bahan ini.

Contoh yang paling dekat kita boleh lihat ialah isu pembinaan kilang ini di Bukit Merah, Perak pada tahun 80an. Pelbagai pihak membantah pembinaan kilang ini pada masa itu kerana ia memberi kesan buruk kepada kesihatan penduduk sekitar seperti kanser, leukemia, cacat, malah ada yang meninggal dunia. Kini, setelah 20 tahun berlalu, masalah bahan merbahaya ini kembali lagi apabila Syarikat Australia, Lynas dikatakan akan beroperasi di Gebeng, Pahang tidak lama lagi.

Okey. Enuff the serious part, here comes the less serious part. Di sana ade plak belon Angry Bird kunin didistribute oleh grup ni td. Beratoq la kami. Hahaha. Brg free, mmg ramai la yg bratoq. Cian kt pacik-pacik yg dok berjual belon hidrogen kt TC ni. Xde kasteme pom bli.


Mujur bdk-bdk tido dlm car, klu tak, jenuh nak layan belon-belon berterbangan dlm car akibat dilambong-lambong oleh mereka.


Smpai hotel, seme chargas. Aqif xpecially. Seme belon nak conquer.


Conquer


Dan conquer lagik


Abam main 1 bijik, dihambatnye sbb nak conquer seme belon.


Yeay berjaya.


Awas, ade org dah jd monster tgh perambat abam sbb nak "CONQUER" seme belon anghlibed

14.2.12

Nadia's Big Day

Huhuu. Org da kawen seminggu, baru nak wat post di blog. Better late than never kan. Okeh. 4th Feb 2012, Nadia, sepupu ayah ( daughter adek my MIL) da selamat jd isteri kepada pilihan hatinya. Semoga berkekalan la hendaknya k. Si hasben, org Mentakab (kalau tak silap). Sori la nadia, kak rita xjengok-jengok taim day before the wedding. Huhhu. Akak mcm ade testing system kt opis, tp last minit cancel plak. Klu tak, bleh plan half day ke kan.

Picking up my MIL from airport Subang, terus ke WangsaMas, house my BIL. Get ready di sana, gerak sesame ke majlis kenduri di Ampang. Ibu suke pelamin die. Sweet sgt kalernyer. Berbaloi ko keje part time smpai xcukup tido Nadia.



Food dimasak secara gotong royong. Jiran tetangga sesama bantu membantu. Bestkan, walu pun dok bandar masih ada yg amalkan budaya ni. Not bad jugak lauk pauknya. Masakan kampung. Siap ade tempoyak daun lg tuh. Klu ikotkan hati, mmg nak bertambah nasi, tp bile dah beranak 2 ni, kena kasi laluan kt pasangan idup makan plak. Amek turn jage anak plak. Hehe



Selamat pengantin baru. Comey sgt pengantin.


Ya Allah, muke pengantin lama tuh. Entah brape ekor bleh buat goreng ayam minyak muke tuh. Huhuhu. Kengkunun pkai shawl belit-belit. Abis-abis kenduri, tgk yg dibelit-belit atas pale, dah berlingkar-lingkar kt leher plak. "Ayah, tudung ibu ni mmg mcm ni ke dr td?" "Haah, ayah ingt fesyen". Haduih mak aii. Entah mcm mane dah presentasi diriku semasa kenduri td. Huhuh. Ibu anggap la ibu pkai tudung ala-ala Hana Tajima. Anak dok tarik tudung baju bagai. Nak dokong la nak jalan la, ade hati mau pkai shawl. Huh.


Parents dedua pengantin. My PakSu and Maksu yang berbaju pink tuh.


Our side of family. Tp still xcukup korum. Ayah tak berani nak wat riuh rendah sbb Paksu mcm marah die. Hahaha. Abis la ayah, paksu tamo ckp ngn ayah.

Semoga berbahagia sehingga ke akhirnya. Biase la hidup di alam perkahwinan ni, ade pasang surutnya. Yg penting, bertolak ansur. Cewwah.

13.2.12

Artikel : Kenapa Saya Gagal Susukan anak?

Betapa ramai ibu yang ada salah tanggapan perihal ini. Sama-sama kita tengok adakah anda tergolong dalam orang yang sedemikian?

HARI PERTAMA BERSALIN,SUSU TIADA,CAMANA NAK BAGI DEKAT BABY

Memang betul susu matang belum lagi keluar tapi pada masa ini susu yang lebih tepat dipanggil kolostrum telah pun ada. Dalam masa 24 jam selepas bersalin ibu digalakkan mmenyusukan bayi untuk mendapat kebaikan kolostrum ini. Iainya berbentuk cecair pekat berwarna kekuningan yang kaya dengan protein. Protein yang terkandung adalah 3x ganda lebih dari susu matang biasa. Ia juga mengandungi antibodi yang sangat penting untuk kesihatan bayi. Selain itu antibodi ini juga bertindak sebagai ejen pelawasan yang membantu bayi membuang air besar pertamanya yang dipanggil meconium.Selepas 2,3 hari susu pertenagan seterusnya matang akan terhasil dengan rangsangan dari hisapan bayi dan akan meningkat berdasarkan konsep demand & supply. Makin kerap kita suskan bayi, makin banyak susu yang akan terhasil.Jadi ibu-ibu jangan kata susu tiada, susu ada cuma perlukan rangsangan hisapan dari bayi sahaja.

SUSU SAYA SIKIT, TAK CUKUP UNTUK BAYI

Tahukah ibu-ibu bahawa susu badan kita sentiasa cukup untuk bayi malah kandungan zat-zat di dalamnya sangat menepati seiring dengan perkembangan bayi. Kandungan dalam susu ibu akan berubah mengikut masa, cuaca dan keadaan bayi. Menariknya ibu yang melahirkan bayi pramatang didapati kandungan susunya adalah unik sesuai dengan keadaan bayi. Susu ini mengandungi nitrogen, protein, lactose, sodium, chloride, mineral, vitamin A, and lipase (a lipid-degradation enzyme) yang mana dalam paras yang lebih tinggi dari ibu yang melahirkan bayi normal. Sungguh menakjubkan ciptaanNya!Tiada istilah susu sikit sebenarnya. Pelajari teknik dan ilmu penyusuan sebaiknya.

MAK SAYA DULU PUN TIADA SUSU, SAYA MESTI TIADA JUGA

Susu ibu bukan boleh diukur semacam itu. Tiada istilah keturunan yang menyebabkan susu tiada. Bahkan banyak atau sikit pengeluaran susu badan seseorang bukan bergantung pada saiz payudaranya. Tidak sama sekali. Tidak semestinya seseorang yang berpayudara besar mempunyai banyak susu dan ibu yang berpayudara kecil tidak banyak susu. Konsepnya adalah berdasarkan storage kapasiti maksudnya berapa banyak susu dapat disimpan.Ibu yang ada kapasiti penyimpanan yang kecil perlu lebih kerap untuk mengosongkan payudaranya untuk menghasilkan susu seterusnya manakala ibu yang mempunyai payudara berkapasiti besar tidak sekerap itu untuk kekalkan pengeluaran susu.

Oleh itu, ibu-ibu yang berhasrat menyusukan anak mesti memahami perjalanan proses penyusuan itu sendiri untuk memudahkan proses tersebut nanti. Selamat BERJAYA!

Shared from here

Hari pertama ibu dgn Aniq. Mmg totally tatau pape. Sblum bersalin ada membaca psal susu ibu, tp bila nak praktis, blur terus, tatau ape nak buat dulu. Misi pulak hantar Aniq pukul 5 pg, 12 hours after he was born. Mujur Aniq budak baik, tak menangis walau lapar susu. Bunyi hek hek hek je. Akak sebelah katil yg gtau suh susukan sbb baby mcm lapar. Cuba 2-3 kali, Aniq mcm tak boleh nak menyusu. Susu mcm takde. Latching pom xbrape betul. Give up. Byk kali give up. Tp Aniq bdk baik, dia tak rungsingkan ibu. Tak nangis, masih hek hek hek. Ibu try lg. Misi taim tu mmg tak membantu. Suh bg susu, tp tak bantu tunjukkan cara. Hari kedua, masih belum terasa ada susu. Tp bg jugak Aniq isap. Hari ketiga, baru nampak pipi die kembong minum susu. B pom terasa berat dgn susu. Alhamdulillah. Mmg 1st 2nd day, susu blum ada lg, tp try susukan jugak sbb itu yg merangsang penghasilan susu.

Sharing is caring

10.2.12

9.2.12

Si Gigi

Ibu dok meroyan, Aqif xtumbuh gigi for the past few month kan. Nahhh... Ni entry gigi Aqif plak.

Muhammad Aqif dah tumbuh gigi 2 weeks after his 1st birthday. Alhamdulillah. Sekarang dah ade 4 gigi. Gigi atas tu nampak gaya mcm berpotensi nak jd sebesar kapak. Senget condong ke dlm plak tuh. Gigi bawah, masih setengah yg keluar.

Aktiviti menggigit taim DF mmg tak leh nak elak. But i'm not complaining. Bese la, dah bru nak asah gigi. Seboleh-bolehnye, ibu cuba tak menjerit bile digigit. Sbb bile menjerit, ini dak kecik, mula lah tersengeh wat muke nakal. Nak digigit byk-byk kali. Huhuh.

Semoga gigi ini berjaya survive sehingga gigi susu sepatutnya gugur. Hopefully dgn keadaan yg baik dan seketul. Bkn separuh ketul cam gigi abam Aniq. Harus berhati-hati. Agar tak patah separuh jugak.

8.2.12

Kek Coklat Kukus

Assalamualaikum. Wah, penat cuti panjang. Terasa nak cuti lg pulak. Seb baik anak-anak pagi ni tak meragam mase anta g taska. Aniq sekarang dah ok kot. Umpan makan bola-bola (crab ball) @ Ipad pg-pg, mood musti ok punyer. Huhu.

Semlm, tgh si hero-hero sekalian enak diulit mimpi, ibu membizikan diri dgn membaking kek coklat kukus. Muahahaha. Klu itu 2 hero tak tido, mmg wajib kene letak seme periuk belanga tinggi-tinggi. Maklum la, anak teruna ku ini rajin- rajin belaka.

Ibu try resepi dari sini. Alhamdulillah, turn out menjadi kek yang sungguh moist, gebu, cantik tekturnya. Bangga plak dpt buat kek yg halus dan gebu tekturnya. Cume cam biase, part mendeco-deco, mmg ibu fail. Ni die, akibat tak saba nak mkn kek dan tunggu ganache sejuk sikit, cuoh je atas kek, abis melimpah-limpah ganache cair nyer. Hehe. Takpe-takpe, tak mungkin berjaya kalau tak tempuh kegagalan kan. Next kek, harus lebey sabar.


Sweetkan, membaking kek berbentuk hati. Haha. Kecik je adunan. Sekali ibu suap pom dah selesai sebentuk hati. Hehe.

P/s : CikTa, CikYa, meh dtg umah. Try kek ibu yg mabeles ini. Hahah.