14.2.12

Nadia's Big Day

Huhuu. Org da kawen seminggu, baru nak wat post di blog. Better late than never kan. Okeh. 4th Feb 2012, Nadia, sepupu ayah ( daughter adek my MIL) da selamat jd isteri kepada pilihan hatinya. Semoga berkekalan la hendaknya k. Si hasben, org Mentakab (kalau tak silap). Sori la nadia, kak rita xjengok-jengok taim day before the wedding. Huhhu. Akak mcm ade testing system kt opis, tp last minit cancel plak. Klu tak, bleh plan half day ke kan.

Picking up my MIL from airport Subang, terus ke WangsaMas, house my BIL. Get ready di sana, gerak sesame ke majlis kenduri di Ampang. Ibu suke pelamin die. Sweet sgt kalernyer. Berbaloi ko keje part time smpai xcukup tido Nadia.



Food dimasak secara gotong royong. Jiran tetangga sesama bantu membantu. Bestkan, walu pun dok bandar masih ada yg amalkan budaya ni. Not bad jugak lauk pauknya. Masakan kampung. Siap ade tempoyak daun lg tuh. Klu ikotkan hati, mmg nak bertambah nasi, tp bile dah beranak 2 ni, kena kasi laluan kt pasangan idup makan plak. Amek turn jage anak plak. Hehe



Selamat pengantin baru. Comey sgt pengantin.


Ya Allah, muke pengantin lama tuh. Entah brape ekor bleh buat goreng ayam minyak muke tuh. Huhuhu. Kengkunun pkai shawl belit-belit. Abis-abis kenduri, tgk yg dibelit-belit atas pale, dah berlingkar-lingkar kt leher plak. "Ayah, tudung ibu ni mmg mcm ni ke dr td?" "Haah, ayah ingt fesyen". Haduih mak aii. Entah mcm mane dah presentasi diriku semasa kenduri td. Huhuh. Ibu anggap la ibu pkai tudung ala-ala Hana Tajima. Anak dok tarik tudung baju bagai. Nak dokong la nak jalan la, ade hati mau pkai shawl. Huh.


Parents dedua pengantin. My PakSu and Maksu yang berbaju pink tuh.


Our side of family. Tp still xcukup korum. Ayah tak berani nak wat riuh rendah sbb Paksu mcm marah die. Hahaha. Abis la ayah, paksu tamo ckp ngn ayah.

Semoga berbahagia sehingga ke akhirnya. Biase la hidup di alam perkahwinan ni, ade pasang surutnya. Yg penting, bertolak ansur. Cewwah.

3 comments:

  1. waaa bagusnya, amalan maish diteruskn, ye la kt bandar ni slalunya jarang dah gotong royong ni, smeua catering jer kan....

    ReplyDelete
  2. haah. Yg bestnye, lauk bkn stendet menu kenduri. Mcm-mcm ade..

    ReplyDelete