29.3.12

Chaos

Minggu yg hectic. Minggu lepas dah berkampung di umah utk kuarantinkan bdk-bdk. Minggu ni alhamdulillah, semua dah sihat. Tp org kesihatan baru dtg taska minggu ni dan arah taska utk tutop seminggu. Ibu rase itu prosedur. Tp klu dtg minggu lepas lg la moleknyer. Taim wabak tgh berleluasa, harus la arah tutop. Ni bdk-bdk dh recover, baru nk di suruh tutop. Jawabnyer, bercuti lg la seminggu parents seme.

Tp mujur CikTa cuti minggu ni. Kilang die tutop. So ade tempat jugak ibu nak anta bdk-bdk ni. Dh cuti seminggu hr tuh, rase mcm tak sedap plak klu sambung cuti lg minggu ni. Ayah pulak, kena g outstation ke Perlis. Wah, lg panik ibu. Dgn nk kena anta Aniq g tadika, Aqif pula ke rumah CikTa di Bangi. Pening pale ibu. Ke sane ke sini, last-last masok opis kol 10.

Akhirnya, bantuan bekap pom sampai. Tokma amek cuti dan dtg utk bantu ibu. Alhamdulillah. Sungguh lega ibu. Xde la ibu terkocoh-kocoh nak buat itu ini sengsorg. Terima kasih tokma. Memula segan gak nak mintak tolong. Lgpun tokma keje kan. Tp bile memikirkan kederat ni tak berapa nak berdikari sgt, ibu call tokma mohon bantuan. So Aqif setel. Tokma jage di rumah.

Utk Aniq plak, sbb dah bercuti seminggu, angin die xberapa nak ok sgt bile kena g sekolah minggu ni. Nangis pulak. Pg td, hampir tertinggal van. Seb baik sempat kejar. Jenuh la hon, bg beam. Seb baik ade trapik lite. Bile dah jd mcm tuh, mula la mood swing mamat tuh. Dok ulang-ulang ayat "kite lambat" dgn buat muke sedeh.

Ni baru sorg sekolah tadika. Nnt-nnt, anak-anak sekolah rendah, menengah ke, lg la kecoh keadaan. Entah mcm mane bos ibu handle anak 4 die tuh. Pastu pg siap boleh masak utk lunch lg. Lunch plak, g amek anak dr sekolah kebangsaan, anta plak g sekolah agama. Salute la kepada Super Mama mcm tuh. Semoga ibu boleh jd Super Mama mcm tuh.
BERUSAHALAH!!!!!


Ini budak sayang betul dekat ibu die. Seme pom "Nak ibuuuuu".

26.3.12

Say No

Assalamualaikum. Ayah dah penah try stop merokok. Dgn isap rokok elektronik. Smoker heaven kalu tak silap. 3 bulan kot rasenye. Tetapi selepas out station almost 3 weeks di bulan pose tahun 2010, usaha 3 bulan tanpa real nikotin hancur berderai. Kembali merokok seperti biasa. Tp nasib baik, ayah kira consider jugak. Xde la every hour nk kuar merokok. Yg pastinya musti smoking selepas meal. Entah ape yg best sgt dgn smoking lps meal tu pom ibu tatau. lg 1, smoking mase tgh "ber..". Ibu pom xphm, sedut blk bau-bauan bhn buangan.

Ade juga nasihat sikit2. Tersirat tersurat seme dh. Tp masih belum terbuka hati nk benti kan ayah. So ape kate kite try kuasa Boboiboy kite ni. Mane tau, terbukak ati tuh. So far nampak mcm dah segan-segan. Insyaallah, semoga berjaya dgn cara ini.

Let our Boboiboy show u how.



Katakan "Taknak kepada rokok"

Semoga berjaya la hendaknyer. Amin.

25.3.12

Semakin Sihat

Alhamdulillah. Setelah hampir seminggu dikuarantin kt umah, nampaknye efek HFMD nampaknyer makin berkurang. Ulser dlm mulut mmg dah much better. Aqif dah bole direct start rabu lg. Dah bawa semula derang gi jumper Dr Serena. Bdk jepun, die panggil Aqif. Aniq dulu pom die panggil chinese boy. Tp skang doc tanye kitorg, Aniq byk main kt luar ker? Haruslah terkejut dgn kehitaman anak teruna tuh. Hahaha. Ok. Aqif insyaallah dh boleh ke sekolah next week. Tunggu blister2 di tangan dan kaki tu kering, then he's ready to go. Aniq plak, mungkin akan kena. Sama ada terus kena atau tidak je. Apa yg boleh dibuat, tunggu sampai simpton kuar la. no ubat for koksaki. Gel kebas hanya utk melegakan ulser dlm mulut. Utk blister di kaki tangan, ia akan elok sendiri.

Semoga pasni g anta taska, xde la virus-virus koksaki ni. Parents yg anak mereka kena kuarantin, semoga pastikan anak betul2 sihat, barula hantar taska. Sedeh ooo tgk anak xbleh nk menyusu. Klu Aniq plak kena, ibu xleh bayang. Dah la Aniq ni klu bab-bab sakit kuat over acting. Semoga virus tu malas nk kuar. So far, mcm xde tanda nk kuar.

Aqif ni walo pun sakit, tp ligat bkn main. Kejap2 nk jln luar. Siap amek kasut , suh pkaikn. Dia ade 2 kasut, 1 utk kasut di luar, 1 utk kasut dlm rumah. Baru 3 bulan dpt kaki. Masih belum penat mengasah bakat. Ibu rase Aqif gile camera. Pantang klu halakn camera kt die, mula start sengeh. Aiiii...ikot la, asalkn bahgie.

Enjoy la the gambars. Semua taken mase tempoh kuarantin minggu lepas











19.3.12

Aqif

Mulutnya berulser. Tamo menyusu direct sgt. Bile dah lapa sgt baru nk direct feeding. Sbb dah lapa sgt, die abaikan kesakitan itu. Sedih ibu bile anak menangis-nangis tamo direct. Sekarang, bg susu guna straw. Seb baik dh pandai isap straw. Feeding guna bottle pom selalu xabes. 3 oz je kot ibu buh.

Semoga adek Aqif cepat semboh. Sedih juga ibu bile xselalu dpt peluk Aqif semasa direct feeding.

UPDATE : Confirm suda HFMD. Ada budak dh kena dulu tp parent masih hantar ke taska. Now Aniq dan Aqif dikuarantin. Aniq xde simpton-simpton lg tp ticer taska suh amek langkah berjaga-jaga. Semoga semua anak-anak yg kena tu sembuh segera.

17.3.12

Dugaan Allah

Sian adek Aqif.ibu tak pasti apekah ini. Detect hr khamis. Kitorg bajet, campak. Bwk klinik, Dr Serena pom mcm xsure campak, ezema atau HFMD. Byk sgt di bdn. Kt beberd pom ade gak. Celah2 pelipat byk tak terkata. Aqif plak kengkdg demam, kengkdg tak. Klu demam, mmg melepet xlarat nk gerak. Bile xdemam, mmg ligat. Mulut yg berulser, buat die xmo sgt minum susu. Cian die. Kena cutilah utk make sure die sihat dulu.

Ditambah risau bile batuk masih belum berkurangan. Amek neb smpai 3 kali mgu lepas, namun masih xkurang. Allah nk uji ibu ayah ni. Dok sibuk dgn hal dunia smpai kengkdg luangkn masa utk Allah dgn buat yg wajib je. Yg lain, alpa dgn kesibukan dunia. Astagfirullah.

Ni gamba bintik-bintik ade kt leher Aqif. Tmpt lain byk lg. Ade sesape mommies penah anaknye kena cmni tak?

15.3.12

Another Step - Kelas Menjahit

Sudah mendaftarkan diri utk masuk kelas menjahit next week. Huhu. Harap-harap berjaya la kehendaknya... Moga-moga bertambah la ilmu smpai bleh wat baju sendiri. Insyaallah. Maklum la, ibu pandai jahit jelujur jek.

Ade sesape nak tempah baju ngn aiolls??? Haha.

14.3.12

Gorila dan Pisang

Wah. Lame tak apdet. Ni nak apdet lagu yg Aniq dok nyanyi2 kt umah. Dulu, die nyanyi suku je. Mcm tak make sense jek. Ni bile dh tau full version, ade logik jugak.

Here goes k.

Dang degeDang
(bunyik gorila pukul dada die daa)
Gorila beli buah pisang
Satu biji sepuloh sen
Kupas kulit kupas kulit
Gorila pom terus makan
Ermmmmm manisnyerrrr
Dang degeDang
(ulang dr atas smpai pengsan)

Yg dlm bracket tu komen ibu k. Bkn lirik lagu.

Ticer bgtau, Aniq dah ckp kuat kt skolah.Takde bisik-bisik cm dlm kelambu dah. Klu nyanyi ramai-ramai boleh dh dgr sore die. Alhamdulillah. Lega ibu dgr cmtuh.

Sila percaya kalau ibu ckp die pemalu di sekolah. Ticer kena letak telinga tepi mulut die baru dgr. Entah menurun sape tah. Hahaha.

Lepas ticer ckp yg susah nk dgr sore Aniq di sekolah, ibu ulang-ulang ckp ngn Aniq

"Orang kuat mcm BoboiBoy makan nasi, ciken ngn sayo. Pastu cakap pom kuat mcm ticer Diana. Orang cakap perlahan tak kuat mcm BoboiBoy."

Wah. Mane bole bila tidak sekuat BoboiBoy kan. Kuase tiga, keris petir, angin dan tumbuk tanah kan. Terus nekad cakap kuat minggu ni. baru setanding ngn BoboiBoy pojaan hati.

Alhamdulillah. Syukur ada perubahan.

Owh, mahu ibu nyanyi lagu tema BoboiBoy tak? Hahaha. Harus la hafalkan. Asik-asik cite BoboiBoy je

6.3.12

Roti Kawen

Penah dgr roti kawen tak? Roti yg disapu ngn mentega ngn kaya. Cantum dedua roti tuh, mkn sekali. Sedap. Tokma aja mkn sejak 2 dekad (cheh..) yg lalu. Tp kitorg tak panggil roti kawen pom. Kitorg panggil roti mentega ngn kaya jek. Haha. Term roti kawen tuh ditemui semasa di rumah mak tok. Ingtkan roti ape, rerupenye roti ni.

Muhammad Aniq la yg paling seronok mkn roti kawen. Sket-sket roti kawen. Ade cite kelaka pulak tuh. Last wik blk kg tokma. Die bercerita la dgn atok dan tokma die psal roti ni.

"Aniq mkn roti PENGANTIN dengan abam Ahnaf ngn abam Adzfar (sepupu die di Penang)"

Ibu taim tuh tgh masak. Tak fokus dgn apa yg die ckp.

"Sedap roti PENGANTIN"

Atok ngn tokma dah tercengang-cengang, ape jadah roti PENGANTIN tuh. Ibu dh stat dgr atok mcm blur-blur tanye psal roti PENGANTIN tuh. Tetibe ibu overheard die beria bercerita psal roti PENGANTIN ni. Ibu ckp,

Aniq, bukan roti PENGANTIN ye. Roti kawen hokey."

Atok dan tokma gelak beria. Kalu roti kawen deme tau la. Roti PENGANTIN baru pestaim dgr. Tu yg tercengang-cengang jek. Aniq ni kalau bercakap, main petik je. Tp bagus gak, maknenye otak die berkembang. Ade gangliosida kot. Dapat related perkataan-perkataan yang sama waktu dgnnyer.

It's 4 years Already

Assalamualaikum....
Today, 6/3/2012 genap 4 tahun berkhidmat di jpj. Happy anniversary to all PTM batch Mac 2008 . Semoga tahun mendatang memberikan lebih byk peluang utk kita sentiasa meningkatkan prestasi diri demi berkhidmat untuk negara....

Sekarang jpj sdg mengalami fasa perubahan. Semoga tahun-tahun mendatang ni dengan sistem baru, akan melonjakkan lagi semangat ibu nak berkerja dgn lebih tekun lg. demi jpj tercinta.(erk???)

Sent from my iPad

5.3.12

"Lindungilah Anak-Anak Kami"

Last few days, ibu tonton video clip yg di ambil di sebuah taska selatan Malaysia. Semua org pun tau kot pasal budak di taska tu dibedung ketat dan ade anak yg diseletip mulutnye.
Serius ibu katakan, org yg sanggup buat mcm tu kt anak-anak kecil ni mmg saiko. Gile bangang punye org. Tergamak nk buat mcm tuh kt anak-anak yg tak reti ape lg tuh.
Wiken hr tuh pulak, ibu jumpe artikel paper psal kes yg similar, budak kecik diikat tangan dan diseletip mulut sbb nak suh die diam. Menurut paper tu, berlaku di taska presint 14. Ibu burst into tears. Masuk bilik, kebetulan anak tgh tido dlm bilik. Ibu sedih. Menangis sambil dok peluk anak-anak. Mmg tak tahu apa akan jadi jika perkara tu berlaku kepada anak-anak ibu. Tak sanggup nak membayangkan bertapa seksanya anak-anak kecil yg tak tahu apa-apa ni menanggung segala perlakuan org-org dewasa yang kengkunun matang ni. Manusia durjana!!!!!
Orang gile,di dunia mungkin ko bole lepas. Tunggu di akhirat, mmg tiada apa yg terlepas dari Allah s.w.t.
Ibu yakin, ramai yg bergelar ibu akan tersentuh, sedih, bila perkara-perkara mcmni berlaku kepada mane anak-anak kecil di mane-mane ceruk dunia pun. Org yg waras pom akan tersentuh juga.. Ibu mmg kalau bab yg melibatkan anak-anak khususnya, mmg cepat je air mata ni jatuh.
Ibu berdoa semoga anak-anak ibu dan anak-anak kecil di taska sentiasa dilindungi Allah daripada pengasuh gile mcm ni. Bile dh mcm- mcm ni berlaku, rase nak benti keje je. Nak jage anak sendiri.
"Ya Allah, kau lindungilah anak-anak kecil ini daripada golongan-golongan yang tidak beriman"