5.3.12

"Lindungilah Anak-Anak Kami"

Last few days, ibu tonton video clip yg di ambil di sebuah taska selatan Malaysia. Semua org pun tau kot pasal budak di taska tu dibedung ketat dan ade anak yg diseletip mulutnye.
Serius ibu katakan, org yg sanggup buat mcm tu kt anak-anak kecil ni mmg saiko. Gile bangang punye org. Tergamak nk buat mcm tuh kt anak-anak yg tak reti ape lg tuh.
Wiken hr tuh pulak, ibu jumpe artikel paper psal kes yg similar, budak kecik diikat tangan dan diseletip mulut sbb nak suh die diam. Menurut paper tu, berlaku di taska presint 14. Ibu burst into tears. Masuk bilik, kebetulan anak tgh tido dlm bilik. Ibu sedih. Menangis sambil dok peluk anak-anak. Mmg tak tahu apa akan jadi jika perkara tu berlaku kepada anak-anak ibu. Tak sanggup nak membayangkan bertapa seksanya anak-anak kecil yg tak tahu apa-apa ni menanggung segala perlakuan org-org dewasa yang kengkunun matang ni. Manusia durjana!!!!!
Orang gile,di dunia mungkin ko bole lepas. Tunggu di akhirat, mmg tiada apa yg terlepas dari Allah s.w.t.
Ibu yakin, ramai yg bergelar ibu akan tersentuh, sedih, bila perkara-perkara mcmni berlaku kepada mane anak-anak kecil di mane-mane ceruk dunia pun. Org yg waras pom akan tersentuh juga.. Ibu mmg kalau bab yg melibatkan anak-anak khususnya, mmg cepat je air mata ni jatuh.
Ibu berdoa semoga anak-anak ibu dan anak-anak kecil di taska sentiasa dilindungi Allah daripada pengasuh gile mcm ni. Bile dh mcm- mcm ni berlaku, rase nak benti keje je. Nak jage anak sendiri.
"Ya Allah, kau lindungilah anak-anak kecil ini daripada golongan-golongan yang tidak beriman"

No comments:

Post a Comment