6.6.12

Us at iCity

Bulan lepas lg peginyer pom. Sedang-sedang nak p amek perutusan raja sehari, singgah jap kt cni. Nak jugak tgk ape yg menarik mai cni. Wah, sekali masuk pas 6pm = Rm10. Seb baik ade paking berbumbung. Jika paking atas batu kerikil jek, harus hangin. Bile xde lampu-lampu nampak cm biase jek. Bile lampu-lampu telah memberikan kesan persekitaran, nampak sunggoh menarik.

Cume kesiankan keadaan surau di sana shj. Tak pasti sama ada surau lain selain di antara rumah salji dgn arked tuh. Kesian staff-staff di sana kena solat dlm keadaan tak selesa. Kurang bersih satu hal, sempit, panas. Lokasi pulak dekat beno dgn tmpt org nyanyi2 tuh. Mengganggu org tgh solat, ade plak pasang musik org nyanyi-nyanyi. Jika ada surau lain yang lebih selesa di sana, alhamdulillah syukur. Jika tidak, harap pihak Icity dpt improve.


Awal-awal, semangat la jalan sana cni. Tp lama-lama, jd lenguh kaki dibueknyer. Dgn berkendong mamat Aqif lg. Tgn heret mamat Aniq lg. Mmg flat ibu. 2-3 kali minta rest ngn ayah. Haha. Kengkdg, ayah yang handle bdk-bdk, ibu lenggang kangkung je. Tu pom penat jugak. Cadangan, mungkin pihak iCity boleh provide tram ke dr bwh ke atas. Longoh la nk jln jejauh. Eh..Ke ade, ibu yg xprasan...Haha


Naik jugak train ride RM5 seorang. Menemankan Aniq yg eksited nak naik train. Haduih, sunggoh tidak smooth k. Lame tak serbis ke train ni? Bwk-bwk la buh griss sikit supaya tak bergoncang bagai nak gile. Wah...Mengomplen jek ibu ni kan. Hahaha.


Bdk-bdk dah tewas few minit masuk kete. Penat berjalan. Aniq pom dh xyah pekena susu, trus tido. iCity ni ok la idea die.  Tp kene bwk kamera mahal sikit klu nk gambo cantik. Ibu pkai camera murah jek. Tu yg xberapa menyerlah sgt kilauan lampu-lampu neon.

Sekian.

4 comments:

  1. Rita, memang penat sungguh berjalan wei..aritu aku p malam minggu..gila ramai umat manusia..

    anak2 ko tak berkenan ker mainan2 yang dijual tu?
    anak2 aku pantang nampak..
    iris nak beli cekak rambut berlampu, yang asif beli yang terbang2 tu..

    tapi cantik kan lampu2 iteww...
    balik umah terus terlentang keletihan weh...kakakaka

    ReplyDelete
  2. depa teringin jugak...tp puas la mak pak dok koner sane sini. tamo beli..

    aniq menggeletis nk naik ride tuh.pastu gatai p lari sana cni. dh la rmai org. bertempik aja aku kt sana..hahah

    aqif ok lg. cool je tgk-tgk org. tp kt arked bwh tuh yg mencabar sket. naik mesen goyang-goyang tu kejap je, dh nak naik yg lain. last-last aku wat kebajikan kasi anak org len naik.

    ReplyDelete
  3. hahahahaha..aku takleh bawak anak2 aku p kerap2...pokai..kahkahkahkah..

    ReplyDelete
  4. haha...mmg org jejual kt sane mmg saje je...rmai lak tu yg juai...ingt boleh la elak-elak...sepanjang jln ade org juai...

    ReplyDelete