31.7.12

Abam Aniq Berdarah Idung

Hari ini abam Aniq tak g sekolah. Semalam amek dr taska dgn idung berdarah. Oppss..Bkn kene tumbuk ye, tp bdn panas dlm kot smpai berdarah idung. Mlm tuh mandi-mandikan utk kasi sejuk bdn. Tp masih ade jugak darah idung sikit-sikit. Kasi umpan kulih-kulih utk dia lay down, stopkan sekejap aktiviti bersilat, melompat dan membuli adek dgn buh kain basah atas pale.

Pagi ni, mase mandikan utk ke tadika, masih berdarah idung. Seb baik ade CikYa kt umah. Bole jugak tgk-tgk kan die. Sbb ibu xselesa nak anta die g sekolah. Takot la ape-ape kan. Masuk bilik air pg td, muke moyok jek. Lps discover idung masih berdarah, ibu ckp "Aniq xyah g sekolah la hr ni. Idung Aniq berdarah". Wah terus mate jd bersinar-sinar sbb dgr ayat "tak yah g sekolah". Dgn gumbira die g turun bawah sendri tgk tivi. Klu selalu, nak turun tangga tuh, musti la patah kaki, xleh berjalan.


Ibu call die dlm kol 9 td. Idung Aniq berdarah lg tak? Elok je die ckp "Tak berdarah dah". Saje la usik, klu camtuh ibu amek Aniq anta g tadika k. "Eh, idung Aniq berdarah lg la, tak boleh pegi tadika".

Byk la die punye kelentong tuh. 

30.7.12

Projek Hujung Minggu

Hujung minggu yang mencabar. Klu week days, xterase sgt lapar dan dahaga sbb dok ralit mengadap PC. Tp kt umah, kene prepare plak brunch utk dak berdua tuh. Depa pakat dok minum air kotak dr peti ais. Snifff-snifff. Saba-saba. Itu dugaan. Hahaa.

Mencabar lg bile ibu cuba bake biskut famous amos. (Semangat membaking kueh raye di pose ke-9) Baunye mmg sungguh menggoda. Kalu xkuat iman, mau ade yg ngap dlm mulut. Hehe. Resepi ini ibu cuba from Ana Suzana. Mabeles sgt resepi ini. First time ibu bake cookies menjadi. Klu tak, keras la, penyek la. Haha nampak sgt tak reti bake. So silalah cuba resepi ni ye kengkwn. Gerenti tidak mengeciwakan. Bahan-bahan yang digunakan pom sgt senang utk didpti.  

Mungkin bole buat lg nnt utk stok kueh raye tokma plak. Tgk tuh, bile sendiri buat, bkn main byk chipnye. Hehe. Mane nk dpt cookies yg chip bertabur camtuh.


Skopkan kecik-kecik, tp bile dah siap bakar, besar jdnyer. Dahla kene buh atas tray jarak-jarak. Dgn oven keciknye, ade la dlm 10 kali trip nak perabih satu adunan. Pengsan ibu melangut dpn oven.


Mabeles, two thumbs up utk yg empunye resepi. Tgk bekas kueh tuh, dh makin surut je cookies nye. Mau tak sempat nak mkn raye nnt.


Setel bab baking cookies, kite mulakan proses memasak untuk berbuka. Pening dok pikir, nak masak menu ape. Demi misi 30 resepi, dok scroll blog-blog masakan kt tenet. Haha. Jumpe!!! Rendang ayam di Periuk Tanah. Dr hari tuh lg meleleh tgk sedapnye rendang ni. Alhamdulillah dpt cuba. Thumbs up jugak. Bole tunjuk skill kt mak metua raye nnt. Hahaha. 

26.7.12

Puasa Ke-5

Ibu saspen, bile ayah call tanye sempat tak nak jahit baju raye? Hehehe. Alamak dah pose ke-5. Baju bdk-bdk ni xabis cantum lg. Silap potong la. Singkat la. Goboh la. Haha. Xpe-xpe, ibu sempat jahit baju tuh. Insyaallah jadi mabeles punye. Bju ibu pom, beli kain byk jugak, tp xpotong-potong pom. Berusahalah. Pasni tido lewat sket utk jahit baju k.

Skang ni, pas bukak pose, kitorg lepak dlm bilik je. Lepas solat-solat seme, trus tido. Ngantuk sgt. Bdk-bdk yg tak ngantuk pom bile tgk mak pak derang terbongkang, mate derang pom naik layu jugak. Aniq la cian. Jum la ibu turun bawah, Aniq nak belaja, Aniq nak tgk katun.

Tp mak pak nyer bgn semula kol doblas. Setelkan ape-ape yg patut. Basuh botol susu, kemas-kemas. Tu yg bleh amek mase sikit utk menjahit tuh. Nak menjahit taim bdk-bdk tuh tgh ligat mmg mintak mahap la. Ade yg take over tmpt ibu depan mesen jahit nnt kang.

Semalam meriah sikit menu berbuka. And a bit challenging while preparing it. Hehe. Top Chef tu tak saba nak tgk aksi masak-masak. Nak berdukung je. But alhamdulillah I managed to settle all the things in time.

Haha.Dah jadi mcm blog masakan plak hari-hari dok post makanan. Hehe. Bole pose je rajin masak mcm-mcm. Hr biase, same all same all recipe.

Tom Yum Ayam ni masak gune pes je. Pes beli kt padang beso itu hari. Buh additional susu cair kalu nak jd lemak-lemak sikit rase die.


First time try masak Butter Prawn. Ibu cuba cara di resepi sudipkayu.blogspot. Taste ok, tp bab buat jurai-jurai telur tu ibu fail sikit. Minyak xpanas sgt kot. Ok, will improve later.


Kailan Ikan Masin resepi siti delima. Tp (hahah, byknye tapi) ikan masin tak dpt yg jeruk, so xrase sgt ikan masin. 


Huhu. Tengs to Kerajaan Malaysia sbb kasi bonus 1/2 gaji utk kami. Insyaallah, akan bekerja lebih kuat utk rakyat Mesia. Spend it wisely k kengkwn.

25.7.12

Menu Iftar ke-3 dan 4

Alhamdulillah. Selesai 4 hari berpuasa. Syukur berkesempatan untuk masak sendiri juadah berbuka. Misi tahun ini, no PARAM fud and hopefully I manage to prepare 30 different menu for iftar. Insyaallah, insyaallah. Tp jgn la aspect menu yang tarap internasional. Haha. Kite masak simple-simple je. (Kitorg beli kueh je kt PARAM.)

2 hari memasak iftar di samping peneman Muhammad Aqif. Alhamdulillah dia xbanyak ragam. Elok je teman ibu prepare rencah-rencah masak tepi sinki. Taim berbuka pom, buh atas high chair join kitorg berbuka sekali. 

Ni menu yg ibu masak utk iftar hari ke-3. Pekena dgn nasi panas dan telor dadar, mmg mabeles. Resepi ibu amek dari Chef Kak Liza di sini. Suka dgn resepi Kak Liza sbb simple, bahan pom xde la pkai bahan yang susah-susah sgt.


Iftar hari ke-4, atas permintaan ayah, masak la Nasi Goreng Sutun. Yg ni hasil dr campak-campak bahan je. Actually, ibu tahu sbb ape ayah suh masak ni, sbb ayah tamo ibu susah-susah masak byk2 lauk kan. Ayah tamo kasi ibu penat. Huhu. 


Well, hr ni plak lom ade idea nk masak ape. Main actor adelah Udang. Hurm. Butter Prawn ok kot? Tunggu la esok.

23.7.12

Sudah Hari Ke-3

Alhamdulillah. Masuk hari ketiga berpuasa. Rasa kejap je pulak. 

2 hari dpt berbuka dgn famili di kg. Berbuka ramai-ramai. Bersahur ramai-ramai. Tu yg buat lg berselera. Syukur sgt berada di sini.

Ibu bace status di FB. Imam Makkah ditanya oleh org Somalia "Sahkah puasa kami apabila tidak bersahur dan tidak berbuka puasa?"

Sedih bila ibu bace ayat tu. Kita di Malaysia, alhamdulillah masih boleh bersahur dan berbuka puasa dgn macam-macam juadah. Kadangkala sampai berlebih-lebih. Tp mereka di sana, nak cari juadah berbuka pun, sangat payah. Kesian. 

Semoga ALLAH melindungi mereka yang berpuasa. 

Jauhilah pembaziran. Berpada-pada pun sudah mencukupi.

20.7.12

Selamat Berpuasa


Alhamdulillah. Ramadhan telah tiba. Seronok tak terkata.

Selamat berpuasa buat semua. Semoga kedatangan Ramadhan kali ini, memberikan kita rahmat dari-NYA. Diharap semua taubat, amal ibadat kite diterima oleh ALLAH.

Mungkin bila wiken, ibu boleh train Aniq puase sikit-sikit. Insyaallah.

18.7.12

Makan Time


Pesen makan anak-anak terunaku. 2 teruna, 2 peel yang berbeza. Kadang-kadang mencabar juga nak menepati kehendak semua. Tp alhamdulillah, masih ada yang memahami.

Aniq
Mamat ni, mmg sangat tak tahan pedas. Pdhal ibu masukkan cili mesen dlm ujung sudu je dlm masakan. Stress. Ibu ngn ayah pom kene mkn lauk kicap @ sup jugak. (Bole je mkn lauk lain tp ibu plak malas nak masak lauk belambak. Hehe)
Die klu mmg tgh mood nk mkn, mmg la mkn byk. Lps mkn ni mkn tu. Pastu mintak lg smpai ibu stress nak mencari makanan dlm gobok. (Haha, stress lg)
Tp bile, xde mood nk mkn, buh la ape pom, sikit je die mkn. Dan ibu akan stress juga memakse die mkn.

Aqif
Mamat ni plak, kasi la ape pom seme ditelan. Dr yg sepedas-pedasnye sampai la semanis-manis nyer. Klu pedas, die dok kebil2 mate minta minum air. Dpt seteguk due, mula mkn blk yg pedas tuh. 
Mmg susah nk tgk adek Aqif xde mood nak mkn. Smpaikan, ibu kene mkn senyap-senyap sbb xkasi die kecek makanan. (Haha. kejam).

Ibu perasan cara yang paling bekesan utk derang mkn adelah dgn mkn bersama-sama di meja mkn. Derang mmg xusik mknan org len sbb masing-masing dh ade pinggan makanan masing-masing. Cuma hazab je nak mengemas selepas tu jek la. Simpati ibu dgn acik cleaner medan selera sbb kene kemas meja yg derang ni dok mkn. Mmg kompem berselesak.

Hehe.

17.7.12

Abam dan Adek





Abang Aniq dan Adek Aqif,
Ibu doakan kamu berdua dpt membesar dengan baik. Dan insyaallah, ibu dan ayah janji untuk didik kamu berdua untuk menjadi khalifah ALLAH yang pandai, bijaksana dan beriman. 


13.7.12

Cari Tadika Pulak

Hari tuh my fren+jiran lorong blakang mencari tadika utk her dotter n son, Puan Linda.  Hr ni ibu plak nak mencari tadika utk Muhammad Aniq. Sekarang mmg la dh tadika di Banda Enstek tuh. Tp utk tahun dpn, mcm nak cari yg dekat di Putrajaya je. Senang juga nak menengok sekolah. Pastu ibu boleh sendiri hantar jemput Muhammad Aniq pegi blk sekolah.

Ibu dah daftar nama dia utk masuk Pra Sekolah tahun dpn. Tp bile check blk dgn sekolah, klu dah masuk Pra 5 tahun, nnt 6 tahun takkan nak masuk Pra lagi. Silibus same je utk dua-dua tahun. Boring plak Muhammad Aniq klu dok belaja mende same jek. Yg sekarang pom bile buat mende sama die dh boring, apetah lg nnt uma 5-6 tahun.

Aniq ni sebenarnya pandai, tak pendiam, aktif, kuat berlawak. Tp sesetengah org tak nampak tuh. Seme ckp dia pendiam, tak aktif. Pelik ibu. Kalau die aktif dgn keluarga die shj, mungkin ibu boleh terima. Tp sbb ibu nampak bila di luar, Aniq nak je menegur org-org lain. Bole je buat lawak pdhal baru je jumpe. Haish...

Mengapakah? Mane lg nak anta tadika ni?

11.7.12

Wean Off Bottle

Assalamualaikum.
Ibu sekarang sedang dlm usaha utk wean off Aniq from bottle. Actually, da lame da cari info di tenet dan berura-ura nk buat. Tp tak terbuat. Baru je mula operasi weekend lepas. Ni sedikit tips yg ibu google from here
Strategies to employ to completely wean from the bottle:
  • Offer milk in a cup before every bottle feeding. I realize he may flat out refuse it, but persistance often pays off.
  • Wean gradually. I suggest that you eliminate one bottle -feeding every five to seven days, depending on your child's reaction. Replace each bottle-feeding with a cup feeding and extra holding.
  • Leave the morning bottle for last.Leave his favorite bottle (the morning one for your son) as the last one eliminated. When it is time to eliminate that feeding, do it slowly by decreasing the amount in that particular bottle over a week.
  • Cuddle and explain. After weaning is completed, respond to your son's requests for a bottle with extra holding and explanations of how bottles are for babies.
Do not panic. Your son will eventually wean from the bottle although there may be rough spots along the way. Once you begin the process of weaning, try to resist the urge to backtrack on the progress you have made at that point. However, remember to implement this at a time when you anticipate the least amount of change in his life (i.e. not when he is ill or your family is on vacation, etc.). This will optimize your chances of success.
Ni experience ibu.
Aniq ok je bila dioffer utk minum dlm cawan. Dia ada cawan spesel utk minum susu. Yg berpenutup, senang sikit nk jd milk shake.Kadang-kadang, bile ibu lupe nak buat dlm cawan, dia yg remind ibu. Aniq nak minum dlm cawan yg "kanco-kanco" (read : goncang
Semalam, sbb bergaduh dgn ibu (ibu xbagi main kulis-kulis sebelum tido), terus memberontak. "Aniq nak susu dlm botol susu. Mcm mane Aniq nak tido kalau tak minum susu dlm botol susu"
Pdhal, 5 minit sebelum masuk tido tuh, dah bg susu dlm cawan. Nak tido, minta susu lg. Ibu pom tak berapa gemar sgt nk bagi susu byk2. Bkn ape, bia xbyk minum susu asalkan makan nasi@ makanan berkhasiat yg lain.

Pg-pg mmg dh minum dlm botol sbb die bwk g taska. Tamo la bg gune botol air, kang berkecah-kecah plak tumpah sane sini. Di rumah pom, bile bagi susu dlm cawan ni, ibu dok sebelah tunggu sampai dia abes minum. Bkn ape, ada mamat sorg ni, mmg cukup minat minum guna cawan. Dia mmg suka rampas-merampas kuasa/brg abam. Kang xpasal-pasal dia yg abeskan susu abam die kang.

Overall, ade sedikit kejayaan. Tp Aniq masih dibayang botol susu apabila nak tido. Insyaallah dgn beberapa prektis lg, dia akan melupekan si botol susu itu.
BERUSAHALAH.

Over






Over Acting

10.7.12

Finally

Selepas BF Muhammad Aqif selama almost 19 months, barulah hormon bdn kembali stabil. Alhamdulillah. Actually ibu riso jugak, tp sentiasa sedapkan hati, ni sbb hormon xstabil je ni. Utk BF mommies tahula hormon mane yang tak stabil tuh. 

After 3 days, alhamdulillah susu xde nampak mcm kekurangan pun. Syukur. Xde la byk mane pom. Tp masih ade rezki Muhammad Aqif untuk minum susu ibu. 

Pas bersalin sampai skang baru la dtg bendera merah ni, terase kekok plak. Dah la xde hint-hint. Nasib baik ade stok-stok pad yang tahun-tahun dlu punyer. Klu la ade expired date, kompem dah expired dah.

Mase nak top up stok pad, terase mcm susahnye nak wat pilihan. Haha. Nak bli jename ini ke yg itu? Skang femes org pkai jename ape ek? Haha. Dah le g beli dgn Aniq, jenuh nak menjawab soklan die pom satu, pening pale nak buat keputusan pom ye jugak. 

"Ibu beli ape tuh?" 
"Nape ibu beli tempes"

So bermulalah kerja biological clock bagi mengelakkan sebarang kemalangan (accident??) berlaku.
Hahaha.

9.7.12

3 Series

Hepi besday ayah. On 7.7.12 dh masuk 3 series. Semoga ayah sentiasa diredhai Allah, byk-bykkan bersabar, dan semoga  segala yang ayah lakukan akan diberkati Allah s.w.t.

We Luv u Ayah.

Kek seprais utk ayah. Mesti ingt ibu xplan pape kan. Hehehe.

4.7.12

Tantrum


Tantrum:

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

Copy from : 

Yep. Aqif mmg sedang mengalami situasi di atas. Asek nak berdukong je. Kadang-kadang, dok berpeluk kt kaki ni smpai ibu xleh nak berjalan. Bile lambat bagi ape yang die nak, mula lah bertempik, berguling-guling atas lantai smbil meraung-raung. Mmg umo-umo camni, begitulah peelnye. Aniq dulu pun same. Cume lg penat nak melayan sbb taim tuh tgh peknenkan Aqif. 

Bile hati dah panas dgn peel die, ibu cuba tenangkan diri. Kalu boleh, jauhkan diri kejap dr dia utk ibu cool down sikit. Klu tak bertenang, lg la hati jd panas. Dlm keadaan marah, mcm-mcm akan cuba utk hasut kite untuk melakukan perkara-perkara yang di luar kesedaran.

Ya Allah, semoga Kau berikan kekuatan dan kesabaran kepada aku dan suamiku di dalam mendidik anak-anak agar menjadi anak yang soleh. Amin.

3.7.12

x_x

Dah bahagikan tugas. Tp bile tgk emel, mende tuh mcm tiada tindakan di ambil, tgn jd cm gatal nak buatkan keje org.

Argh....Stress... tutop Emel.

2.7.12

Family Day Tadika Qaseh

Last Saturday, kami sekeluarga attend family day tadika Qaseh yang diadakan di pantai Bagan Lalang. Berkonsepkan picnic, dan pot luck. Alhamdulillah. Banyaaakk sgt makanan. Klu xde aktiviti, kompem ibu mkn jek keje nyer. Hehehe.


Kami smpai lewat sikit. Smpai-smpai, org dh start acara. Sesat plak cari lokasi ni. 1st aktiviti, buat sand castle. Aniq mcm biase, enjin belum panas lg. Suh p korek pasir kasi kt ticer, die tamo. Ibu encourage die join sekali sesame korek pasir. Ibu follow jek, die yg bawak bekas pasir dan penuhkan pasir. Sedang parents tgh dok designkan castle team kitorg, anak-anak sekalian dh ghairah main pasir. Hehehe. 


Huhu. Ade 3 team. Team choir, team dance ngn....aduh lupe plak name team lg 1 nih... Wah seme castle pom cantik-cantik nih...Berbakat betul parents anak-anak TQ ni. Hehe.


Next acara, bw anak dlm sarong. Aniq mcm biase, lom panas lg, menangis bile suh line up dgn kawan-kawan. Nak ibuu... So ibu ngn adek pom dok la sebelah die sementara ayah get ready utk participate acara nih. 

Acara ni utk parents dukung anak derang smbil pkai sarong. Tp sarong xleh lipat. Each parent amek sorg budak. Tp mcm xbest plak. Sbb tak seme anak nak dekat org len kn. Ade budak yg bile tgk strangers dtg dokong derang, derang nanges+menggelepar bagai nak rak. Of course Aniq one of them. Hehe. Patut susun parent ikot aturan anak-anak. Sudahnye, pacit yg dokong Aniq rase bersalah plak. Sbb terase mcm menculik Aniq jek. Haha.


Lps tuh, acara utk Aniq sorg. Parents @ ticer xleh tolong. Tolong bg semangat je bleh. Acara masukkan pasir dlm botol. Tp kene carry pasir tuh dlm straw. Aniq bdk pandai, sbb ibu kasi instruction kejap je bleh paham. Sekejap je penuh straw die and he really make sure the straw is carefully sealed before running to the other side. 

Muhammad Aqif plak diberi kebebasan utk men pasir. Ibu tgh kesahkan abam, die jd gud boy main sorg2. Alah, sekali sekala men kotor kan. Meningkatkan antibodi. Haha Aci tak?


Sepatutnya ade acara cari klu dlm tepung, tp ayah xsnap plak. Ibu masuk dgn Aniq. Ibu kene tiup tepung dan amek klu gune mulut. Pass kt Aniq dan Aniq akan kasi kt ticer die. Aniq tanye, kenapa ibu makan kertas? Haha. 

Anak-anak mmg dh xde dok 1 tempat dh. Seme pom dh berkeliaran men pasir. Parents seme bagi kebebasan kpd anak-anak selagi tak pegi ke arah laut. Sonok tgk derang hepi. 


Acara last, utk golongan bapa men tarik kain. Mcm tarik tali tp guna kain satin. Saingan sengit jugak. Ayah-ayah ni kuat jugak. Hehe. Kain pendek, tarik atas pasir, mmg kene bekerja keras la utk menang.


Owh...Kami terima kunjungan dr skuad berkuda PDRM. Actually, mase kitrorg tgh bersukan skuad ni tgh buat rondaan atas jln raya. Tak lama lps tuh, tgk-tgk derang dtg kt area belah pantai. Kasi peluang anak-anak, parents and ticer amek gambar ngn horse. Aniq mmg xmo g dkt langsung. Hehe. Kerbaek... sunggoh friendly. Tabik pd PDRM Malaysia. 


Ibu cube amek gamba smbil dokong adek Aqif, mmg kejap mamat ni pegang ibu sbb die pom takot jugak. Haha. Ibu pom xberani sgt, mane tau tetibe, horse tuh dtg menyengeh tepi bahu. Haha.

Abis aktiviti, kitorg smbung aktiviti menghabiskan makanan. Wah...kenyang sgt. Tp mknan masih byk. Siap tapau blk. Hehe. Mane tau anak lapa sebelum mkn mlm kan. 

Mandikan bdk-bdk, Aqif dah lentok dah, bg susu, terus lena. Aniq plak 15 minit atas kereta, selamat berlayar dah. Penat..Alhamdulillah la cuaca ok sgt hr tuh. Xpanas sgt, xhujan etc. Angin xbrape nak ade tp sbb xpanas, so xde peluh sgt.

Kudos to TQ teachers for organizing this family day. One of the way to meet the parents and teachers. Looking forward to join another activities from TQ.