4.7.12

Tantrum


Tantrum:

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

Copy from : 

Yep. Aqif mmg sedang mengalami situasi di atas. Asek nak berdukong je. Kadang-kadang, dok berpeluk kt kaki ni smpai ibu xleh nak berjalan. Bile lambat bagi ape yang die nak, mula lah bertempik, berguling-guling atas lantai smbil meraung-raung. Mmg umo-umo camni, begitulah peelnye. Aniq dulu pun same. Cume lg penat nak melayan sbb taim tuh tgh peknenkan Aqif. 

Bile hati dah panas dgn peel die, ibu cuba tenangkan diri. Kalu boleh, jauhkan diri kejap dr dia utk ibu cool down sikit. Klu tak bertenang, lg la hati jd panas. Dlm keadaan marah, mcm-mcm akan cuba utk hasut kite untuk melakukan perkara-perkara yang di luar kesedaran.

Ya Allah, semoga Kau berikan kekuatan dan kesabaran kepada aku dan suamiku di dalam mendidik anak-anak agar menjadi anak yang soleh. Amin.

2 comments:

  1. thanks for sharing yer CikRita, memang membantu aku artikel ni..

    ReplyDelete
  2. sesame kite kongsi ilmu k...
    dlu xde ilmu, aku marah2 aniq die die wat prangai... insyaallah skang, akan cube tambahbaik...

    ReplyDelete