3.9.12

Adam & Hawa





Hehehe. Smlm marathon tgk cite ni (episod 1 - 4) di Astro Mustika HD. Sangat sukeeeee... Diadaptasi dr novel Adam & Hawa tulisan Aisya Sofea.  Haha. Tgk drama ni sambil sengeh-sengeh. Teringat zaman memuda dlu, bile tgk cite taiwan/korea, dok tersengeh-sengeh. Pandang ayah, sengeh. Pandang Aniq, sengeh. Hahaha.

Ok. Drama ni aired every Monday -Thursday 10 pm. Semoga ibu dpt mengikuti drama ni every nite. Sbb taim tuh mase utk tidokan bdk-bdk. Erm...mungkin boleh lewatkan mase derang tido 1/2 jam. Hahaha. Tak saba tgu episod 5.

Ni Sinopsis nyer.


Ain Hawani berkerja sebagai guru gantian di sekolah tadika milik kakak Adam Mukhriz seorang pilot yang lagaknya seperti playboy...
Oleh kerana sakit hati dengan Adam Mukhriz tidak mengendahkannya, kekasih Adam  ingin menjerat lelaki itu.Namun tersalah perhitungan apabila Ain Hawani menjadi mangsa korban.
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Ain ditangkap khalwat bersama Adam

Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. 

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. 

Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun 
lagi.


2 comments:

  1. macam syok ja cerita ni, nak tunggu jugak la depan tv malam ni..kekekekeke.. heronya aoron aziz ker? mesti iris suka kalo aoron aziz belakon..kekekekeke

    ReplyDelete
  2. Linda :

    aku pom rase cm syok je. Tgk marathon epi 1 - 4 smlm pom dh buat aku prasan tersengeh-sengeh dpn tibi...hahah

    ReplyDelete