24.10.12

Sakit Kaki Pulak

Sejak kebelakangan ni, selalu plak sakit tumit. Nak kate tumit pom bukan, die sakit di lekuk lepas tumit tuh. Bila pagi-pagi lg sakit. Tp xde la sampai xleh jalan. Kadang-kadang ibu saje tekan tmpt sakit tuh bila nak naik tangga. Rase dia mcm bisa-bisa gitu.

Google la sedikit info sbb ibu rase mcm tak normal jek kalu camni. 

Dpt plak info di bawah ni :

Sakit di bahagian tumit atau tapak kaki sering berlaku.
Antara punca sakit tapak kaki adalah :
1. Radang pada tisu di bahagian tumit dan tapak kaki
2. Tekanan pada saraf di bahagian tapak kaki
3. Proses penuaan menyebabkan lapisan lemak dan tisu mula mengecut
4. Kecederaan tulang seperti retak
Antara keadaan yang sering berlaku adalah keadaan di panggil ‘Plantar fasciitis‘ iaitu plantar = tapak kaki; fasciitis = radang pada fascia ( tisu) di bahagian tapak kaki.
Plantar fasciitis : Kenapa sakit tapak kaki/tumit lebih teruk di waktu pagi ?
Semasa tidur tisu dan otot di bahagian tapak kaki berada dlm posisi ‘rehat’ , otot betis dan fascia di tapak kaki akan memendek dan kekal dalam posisi tersebut selama beberapa jam. Apabila bangun pagi dan meletak tapak ke lantai serta mula memijak, tekanan daripada berat badan akan menyebabkan regangan pada tisu fascia secara tiba-tiba. Ini boleh menyebabkan kecederaan dan mungkin luka pada tisu tersebut. Bagaimanapun tisu tersebut akan mula meregang sedikit demi sedikit apabila kita terus menapak menjadikannya kurang tegang dan sakit juga akan semakin berkurangan.
Nota Ibu : Mungkin betul jugak. Kalu dh bgn pagi asek terkejut-kejut je mau saraf pom ikot terkejut same.
Bagaimana mencegahnya ?
Sebaik bangun tidur lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai
Gunakan alat sokongan tapak kaki atau ‘night splint’ untuk menetapkan posisi tapak kaki semasa tidur
Benarkah faktor kegemukan/ berat badan berkait dgn sakit tumit ?
Ya. Apabila berdiri dan berjalan berat akan diedarkan sama rata di bahagian kaki (tulang dan tisu).Dan bahagian kaki dapat menampung berat tertentu sahaja. Berat berlebihan akan memberikan tekanan berlebihan lalu menyebabkan regangan berlebihan di bahagian kaki. Akibatnya risiko kecederaan adalah lebih tinggi. Dan tekanan berulangan tersebut akhirnya menyebabkan rasa sakit pada tumit dan tapak kaki. 
Bagaimana merawat dan mencegahnya ?
  • Rehatkan kaki jika sakit. Misalnya, kurangkan aktiviti seperti berjalan jauh atau lama, mendaki dan berlari. Elakkan mengangkat beban yang berat. 
  • Lakukan tuam ais di bahagian tapak kaki 2-3 kali sehari atau lebih kerap jika sakit baru bermula untuk mengurangkan radang dan ketegangan fascia’. Ia juga boleh dilakukan selepas bersenam atau berjalan jauh kerana aktivi fizikal seumpamanya boleh juga mendatangkan kecederaan pada tisu tanpa kita sedari.
  • Lakukan regangan kaki atau tapak kaki sekurangnya 3 kali sehari ; terutama sblm mula memijak pada waktu pagi . Nota ibu : Kompem xde senaman langsung. Used to love senaman secara dancing. Jom abam Aniq aja ibu menari Oppa Gangnam Style.
  • Pakai gel atau ‘heel lifts/support’ untuk mengurangkan tekakanan/stress pd bahagian tumit dan tapak kaki.
  • Pilih kasut yang sesuai untuk pamakaian harian atau bersenam. Kasut yang terlalu nipis dan lembut akan menyebabkan tekanan pada tumit dan tapak kaki berubah-ubah dan menjadi berlebihan terutama jika berjalan di permukaan tidak rata. Nota ibu : Mmg skang pom pkai kasut flat dan nipis je. Harus tukar kasut yg lebih tebal. Ayah, jom sopping kasot.
  • Menurunkan berat badan adalah langkah yang baik. Selain mengurangkan tekanan di bahagian tapak kaki, tekanan pada sendi lutut, pinggul juga dapat dikurangkan. Penyakit lain berkaitan dengan obesiti juga dapat dielakkan. Nota ibu : Insyaallah ibu lom obes lg kot.
  • Lain-lain : pemakaian ‘night splints’ atau orthotics 
Apakah fungsi tuam ais atau sejuk ?
Ia dapat mengurangkan radang dan mengurangkan rasa sakit.
Bagaimana melakukannya ?
- balutkan ais dengan kain dan letak di bahagian tapak kaki atau
- bekukan air dalam botol air mineral dan untuk menuam letakkan di lantai. Letakkan tapak kaki di atas botol ( pijak botol) dan gerakkan kaki ke depan dan belakang (‘roll the bottle’) sambil menonton TV atau membaca . Mudahkan ?
* nota ini sebagai panduan sahaja. Jika anda mengalami masalah tersebut – rujuklah doktor anda untuk pemeriksaan dan rawatan sebenar

Sumber :Imfcare

Ibu cuba dulu la exercise yang dicadangkan tuh. Insyaallah tak de pape tuh. Tp melihatkan dgn kadar ibu exercise sekarang, mmg sunggoh tidak sihat. Jom kite jogging ayah...Tak leh jogging, kite jln kaki pom boleh jugak.

1 comment: