16.1.13

Get Well Soon Abam

2-3 hari ni, kesian pulak dengan abam Aniq. Dari hari Ahad hari tuh, dia asyik mengadu sakit perut. Bila bawak ke toilet, dia just pee atau kentut jek. Tiada bahan buangan lain. Berhemah betul Aniq, kentut di toilet bowl.

Kesakitan perut tu daantg sekali sekala. Bila tak sakit, ok je main, gurau-gurau dengan adek. Smpai kami ingatkan dia just put an act sebagai umpan suruh kami belikan mainan. Rupa-rupanye tidak. Maafkan ibu Aniq, ibu ingat Aniq berlakon. 

Memang bila time sakit, dia sakit. Bila time ok, dia ok. Aniq cakap sakit perut mcm pusing-pusing. Yang ni mungkin dia ingat ibu pernah tanya dia, sakit macam pusing-pusing ke? Maksudnya, isi perut tu bergelodak seperti kita nak kena ceriberi la.

Bawak jumpa doktor sebelum hantar ayah. Doktor kata worm colic. Kasi ubat cacing dan ubat angin. Kasi keluarkan angin-angin dalam perut tu. Lepas makan ubat, ok seketika. Lepas tu, masih resah gelisah dengan perut sakit. Sebab sedang dalam kereta, ibu suruh dia baring. Finally tertido dalam kesakitan.

Next day, Aniq mengadu masih sakit lagi. Ibu stay dengan Aniq dirumah. Keep makan ubat. Mungkin dos yang semalam tak cukup untuk keluarkan semua angin. But selepas 3 dos, masih tiada perubahan. Ibu angkut dua beradik ni ke klinik yang biasa kami pergi. Syukur alhamdulillah dapat parking dekat. Tak perlu menapak jauh sangat mengendong Muhammad Aqif si Aktif dan Muhammad Aniq yang dalam kesakitan.

Doktor diagnoss ada kencing kotor sikit. Mujur klinik ni nak buat urine test. Sebab check usus, tiada masalah. Doktor suspect, Aniq ni kencing tak lawas dan sakit datang bila nak kencing. Memang dia kerap ke toilet sebab ingatkan nak membuang, tapi hanya pee walaupun tak minum air kerap.

So sekarang masih ambil antibiotik. Baru nak masuk dos ke tiga. Semoga Aniq cepat sembuh k. Ibu risau je bila dia merengek-rengek tak tahan sakit. Kita yang dewasa mungkin rasa ok je, tapi dia hanya kanak-kanak berusia 4 tahun 28 hari. Jika betul sakit seperti doktor diagnoss tak mengapalah. Takut ada sakit yang lain. 


Cepat sembuh ye abam. Jom doa supaya ALLAH sembuhkan abam cepat.

Update : Abam dah sihat. Alhamdulillah. 

4 comments:

  1. risau plak kan. semoga abam sihat yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. risau su...ayah dia lg la fikir merepek... nauzubillah.
      semalam bila tanya dah tak sakit sangat dah.

      Delete
  2. ala kesiannya Aniq..jangan hantar ke sekolah la rita, sian dia nnti..moga cepat sembuh okey, kalau antibiotik tu dah abis dan tak lega jugak p lagi klinik tu k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu... aku anta g sekolah. pesan kat dia, sakit perut je gi kencing. smlm mcm dh ok sikit. tapi masih continue antibiotik..

      Delete