30.1.13

Penang Butterfly Farm

Percutian last year. Menghabiskan hari-hari terakhir 2012 dengan bawa anak-anak pergi bercuti. Kebetulan week birthday anak-anak. So bagi special sikit. Actually, kami dah ke Cameron sebelum sampai Penang, tapi mood tengah nak mengarang mengenai Penang Butterfly Farm. 

Ok. Ini ada sedikit info mengenai How to Get There. Source dari Penang Butterfly Farm Website
Jika nak senang cerita, lalu je depan Pantai Batu Feringhi, lalu HRC sampai nampak sign board PBF yang terletak sebelah je dengan Teluk Bahang Dam. 

.


Nak masuk farm, Aniq sungguh excited. Tapi bila dah masuk dan nampak butterfly beterbangan bebas tanpa halangan, terus melekat je di kaki ibu. "Jom la keluar, jom la balik" Trauma dengan incident rama-rama hinggap di pipi beliau sampai meraung histeria tak ingat. 

Farm ini pada ibu much more better than farm di Cameron Highland. Rama-rama sungguh jinak dan nampak tak stress. Di Cameron, rama-rama lebih suka duduk berehat di bahagian net paling jauh dari berterbangan di pokok-pokok bunga.So nak ambil gamba pun, kami rasa stress sebab kena zoom jejauh.

Di sini, tengah jalan-jalan pun rama-rama macam hurung kepala orang. Mungkin mereka suspect itu adalah pokok bunga bergerak.




Adek Aqif dengan ekpressi muka takut. Abam Aniq tengah buat parameter inspection bagi memastikan beliau tidak didekati rama-rama yang menakutkan.


CikNa dan sabang Ahnaf, abang kesayangan Aniq Aqif turut join masuk Farm.


Hohoho. Muka abam Aniq yang sungguh kelakar. Umpama segerombolan rama-rama nak datang menyerang beliau. 



Selain yang hidup, ada juga yang dah meninggal dunia. Pameran ini diletakkan indoor.


Sweet butterfly. Ada juga yang wings dia dah tak simetri. Mungkin sebab dah tersangkut kat mana-mana pokok. Butterfly kan haiwan yang fragile. So jangan la suka-suka nak tangkap dan crush butterfly. Kesian mereka. 


Yang ini pun di indoor. Ada juga haiwan-haiwan lain. Scorpion, snake etc. Paling menggelikan adalah katak bertanduk tu. Geli geliman tengok.




Butterfly yang meminati ayah. Aqif tu tak perasan ada butterfly dekat situ. Kalau perasan, confirm dia pun menjerit sekali.


Abam Aniq sudah kepenatan. Jalan sana sini. Sana butterfly, sini butterfly. Penat nak melarikan diri.


Entah berapa kali snap masih belum berjaya tangkap gamba yang anak-anak tengok camera.


Time ini abang dah bad mood. Kalau boleh nak keluar dari farm this instant. So susah sangat nak mengajak bergambar, kami bertiga sajalah.

Abam Aniq memang pernah buat statement "Aniq tak suka camera".


Abam dah penat, adik dah nak guling-guling. Ibu kata, snap je ayah. Ibu dah penat senyum.

Sangat disyorkan untuk datang sini. Tapi kami kena travel almost 1 hour plus sebab gerak dari rumah maktok di Bayan Lepas. 

2 comments:

  1. Rita,,macam2 reaksi muka abam Aniq..hahahahaa

    ReplyDelete
  2. hihihi memcm gaya muka si aniq nih. haish aqil pun sm, xmo bg kerjasama dh. sudahnya, kitorg kt, dah2 abam xpyh join. laju2 dtg. haha

    ReplyDelete