31.1.13

Saya Tidak Bossy

Stress nak handle anak buah. Nasib baik la bukan semua yang bermasalah. In fact seorang je yang buat ibu pening kepala macam mana nak handle. Yang lain ok sahaja. Boleh terima dan follow arahan. Malah ana initiative nak learn new things.

Ibu ni bukan la mengarah macam bossy sangat. Kita pun tengok juga workload anak buah macam mana kan. Mana yang boleh bantu, kita bantu. Mana yang rasakan anak buah boleh handle, kita biar anak buah handle. Jika mereka silap, ibu betulkan. Jika ibu silap, mereka betulkan. Sama-sama give and take. Itu kerja berkumpulan.

Masing-masing dah besarkan. Bukan belasan tahun. Dah late 20's dah. Takkan la masih belum boleh fikir sendiri. Takkan nak suruh orang lain fikirkan untuk kita. Takkan la nak mengelak keje sampai tergamak nak off ringer volume telefon ext pejabat sebab takmahu jawab telefon. Itu telefon bukan kau yang punya.

You think u got problems, orang lain pun ada problem juga ok. Tapi orang lain professional, problem di rumah tak bawa ke office dan problem di office jangan nak mengada-ngada nak bawa balik ke rumah. Dah diberi betis nak peha. 

Sakitnya hati, jiwa dan raga. 

1 comment:

  1. ko baik sgt nih.. tu anak buah berlemak. hahah.. cer kuku besi skit.

    ReplyDelete