27.2.13

Bakat Terpendam Aniq

Assalamualaikum.

Last weekend kami sekeluarga attend wedding one of my cousin. Alhamdulillah semua selamat berjalan lancar. Mengenai majlis, In Sha ALLAH, later on ibu akan ceritakan. La ni nak cerita pasal Muhammad Aniq dulu.

Di majlis itu, kami discover bakat terpendam Abam Aniq. Pandai juga dia tangkap gambar. All 3 picture ini, dia yang point dan snap. Semua objek pun masuk dalam frame. 

Terharu ibu, anak ibu dan pandai tangkap gambar. Terasa dia masih lagi busuk-busuk ibu. Sebelum ini, dia pernah minta nak pegang camera dan ambil gambar, tapi ibu tak kasi. Sebab asyik fikir yang dia masih belum pandai lagi. Tapi bila tengok gambar-gambar ini, terasa macam dah banyak rupanya dia dah pandai buat.




Abang Aniq memang hebat....memang hebat....

Ibu masih suruh dia pegang tangan ibu bila berjalan, sebab ibu rasa dia masih belum betul jalannya. 

Ibu masih pakaikan seluar dia, sebab ibu rasa dia masih tak pandai pakai seluar dengan betul

Ibu masih tolong gosokkan giginya, sebab ibu rasa dia belum biasa gosok gigi sendiri.

Tetapi sebenarnya, semua itu Aniq dah boleh buat sendiri. 

Ibu emosi di siang hari.

20.2.13

Improvement Abang Aniq

 Assalamualaikum.
Ok.
Almost 2 months now Aniq di tadika. Almost 2 months juga kejut dia bangun mandi  waktu pagi. (Hahaha, padahal dari tahun lepas dah train bangun mandi pagi-pagi) Awal-awal dulu ok, sebab semangat nak ke sekolah. After few weeks, dia dah mula malas-malas. Malas mandi, tamo ke tadika, bad mood all the way to school. Then kami found another method untuk bagi dia semangat semula ke sekolah.

Caranya, bagi dia tengok Power Rangers atau his fav cartoons sebelum ke sekolah. Hahaha. Rasa-rasa betul tak method ini? Sebab memang nampak kelainan semangat Aniq bila pagi-pagi dapat tengok kartun. Dulu, memang ibu tak bagi buka tivi waktu pagi-pagi tengah bergegas nak ke sekolah. Sebab nanti dia akan ralik tengok tivi sampai tak tahu where to stop. Biasa la Cartoon Network, Disney Channel. Cartoon back to back. So bila dah paksa-paksa tutup tivi, paksa-paksa masuk kereta, dia moody lagi. Kami kena handle all those kind of drama in front of tadika's door.

But now, ibu nampak, bila kita slowly cakap dengan dia, "Aniq just boleh tengok 1 cerita je. Lepas tu kita pergi sekolah ye. Kalau tak, nanti Aniq lambat g sekolah." So far, Aniq ok. Lepas 1 cerita, he willingly step into the car. Kadang-kadang ada masa dia lupa jugak, so kami ingatkan semula, "Aniq, dah habis 1 cerita kan. Esok pula sambung yang lain."

Tapi, semua pun ada harganya. Nak tengok cartoons, kena bangun awal. Siap mandi cepat, lagi lama boleh tengok cartoons. So now, ibu akan kejut dia dalam 6.45 am camtu. Nak tak nak, bila dengar perkataan cartoons, kaki dia akan rela melangkah masuk bilik air.

Happy dapat tengok cartoons, dia dengan rela hati masuk kereta. Dalam kereta pun, dah mula happy-happy. Tengok abang-abang dan kakak-kakak pergi sekolah. (kebetulan nak ke tadika Aniq kena lalu sekolah rendah dan sekolah menengah). Alhamdulillah, sampai tadika, tiada lagi drama tak nak masuk tadika. Syukur alhamdulillah.

Insyaallah. Dari masa ke semasa, kami akan cuba pasang cerita yang lebih educational sikit. Small small steps k.

Moral of the story, tak perlu paksa-paksa, tak perlu cakap marah-marah. (In certain condition mungkin perlu juga show them who's the boss) Kids nowdays dah pandai dan faham jika kita slowly explain kepada mereka. Zaman dah berubah. Sekarang our kids diajar untuk tahu how, why. Zaman kita dulu, (me expecially) apa our parents cakap, yes yes angguk-angguk. Sebab we know setiap yang parents kita cakap tu betul. But now, yes yes juga, angguk-angguk juga but followed with why and how q.

Hahaha. Niat nak cerita pasal hal lain, tapi tangan taip hal lain pula. Nevermind. Until next post.

13.2.13

Recycle



Wordless Wednesday





Sent from Samsung Mobile

10.2.13

Asam Pedas Tenggiri

Bangun tidur terus fikir nak masak apa untuk lunch nanti. Erm...ikan tenggiri ada dalam freezer. Kalau goreng pun sedap tapi tak adventure sebab dah selalu sangat goreng. Daun kesum dengan serai ada tanam di luar rumah. Cuba masak asam pedas la. Hari tu pernah try, tapi hasilnya tak berapa menarik hati. Cuba resepi lain pula. Searching myresipi, jumpa resepi ini.

Simple pun simple. Kejap je siapnya. Tak payah renyah-renyah pakai bahan belambak-lambak. Hasilnya ini dan sungguh yummeh.


Sekian dari orang yang masak asam pedas pun nak search resipi di internet.

6.2.13

Kawan Rindu Aniq

Assalamualaikum...

Hari ini terharu betul dengan anak-anak kecil di taska. Mereka ni, walaupun kecil, umur pun baru 3-4 tahun, dah sangat cam orang. FYI, start buka sekolah awal tahun hari tu, Aniq memang dah ke tadika asing-asing dengan Aqif. Everyday akan hantar Aniq dulu kemudian hantar Aqif. Kadang-kadang hantar Aqif dulu baru hantar Aniq. Ada juga ayah yang hantar Aniq, ibu hantar Aqif.

Ibu selalu sampai di taska Aqif apabila anak-anak transit sedang siap-siap nak naik van menuju ke tadika mereka. Kadang-kadang mereka nampak kereta kami je, dah tegur-tegur "Teacher, Aniq datang. Aniq datang". Excited sungguh bunyinya. Ibu pula kadang-kadang rasa kasihan sebab Aniq sebenarnya dah tidak sama tadika dengan mereka.

Pagi tadi, ibu pass Aqif kepada teacher, one of kawan tadika Aniq tahun lepas tanya, "Aniq mana?". Agaknya confuse, mengapakah Aniq dah lama tidak ikut sama ke tadika. Kasihan pula dekat anak kecil tu sebab dah lama tak jumpa Aniq. Atau rindu mungkin...Hahaha

Kalau diikutkan, memang nak continue Aniq belajar di tadika itu. Tetapi, kami sebagai parent rasa tidak complete bila just drop Aniq di taska untuk van bawa dia ke tadika. Kami mahu merasai sendiri pengalaman menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Dapat tahun tadika itu dah buka cawangan di Desa Pinggiran Putra pun agak lewat. So takkanlah kami nak burnkan sahaja duit yuran yang telah dibayar di tadika baru.

Insyaallah, ada rezeki kita jumpa lagi ye.

5.2.13

Aksi Aqif

Suka betul Muhammad Aqif tangkap gambar sambil muncungkan mulut. Ala-ala favorite pose. Lepas tangkap gambar, sibuk cakap "nok-nok". Nak tengok hasil posing dia di camera. Lepas tu sengeh sorang-sorang. 

Berbeza dengan abam Aniq. Bila suruh pandang camera, pandang sekejap je. Tak sempat nak snap dah paling muka tempat lain. Dapat la gambar hantu lalu. Hahaha. 









Ok je bila-bila masa suruh posing. Tapi bila orang lain ada, maluuuuu...

Sent from Samsung Mobile