27.2.13

Bakat Terpendam Aniq

Assalamualaikum.

Last weekend kami sekeluarga attend wedding one of my cousin. Alhamdulillah semua selamat berjalan lancar. Mengenai majlis, In Sha ALLAH, later on ibu akan ceritakan. La ni nak cerita pasal Muhammad Aniq dulu.

Di majlis itu, kami discover bakat terpendam Abam Aniq. Pandai juga dia tangkap gambar. All 3 picture ini, dia yang point dan snap. Semua objek pun masuk dalam frame. 

Terharu ibu, anak ibu dan pandai tangkap gambar. Terasa dia masih lagi busuk-busuk ibu. Sebelum ini, dia pernah minta nak pegang camera dan ambil gambar, tapi ibu tak kasi. Sebab asyik fikir yang dia masih belum pandai lagi. Tapi bila tengok gambar-gambar ini, terasa macam dah banyak rupanya dia dah pandai buat.




Abang Aniq memang hebat....memang hebat....

Ibu masih suruh dia pegang tangan ibu bila berjalan, sebab ibu rasa dia masih belum betul jalannya. 

Ibu masih pakaikan seluar dia, sebab ibu rasa dia masih tak pandai pakai seluar dengan betul

Ibu masih tolong gosokkan giginya, sebab ibu rasa dia belum biasa gosok gigi sendiri.

Tetapi sebenarnya, semua itu Aniq dah boleh buat sendiri. 

Ibu emosi di siang hari.

1 comment:

  1. anak2 kita dah makin besar..tapi tetap jadi baby dalam hati kita sampai bila-bila..uwaaaaaaaa..aku pun dh teremosi ni...

    ReplyDelete