6.2.13

Kawan Rindu Aniq

Assalamualaikum...

Hari ini terharu betul dengan anak-anak kecil di taska. Mereka ni, walaupun kecil, umur pun baru 3-4 tahun, dah sangat cam orang. FYI, start buka sekolah awal tahun hari tu, Aniq memang dah ke tadika asing-asing dengan Aqif. Everyday akan hantar Aniq dulu kemudian hantar Aqif. Kadang-kadang hantar Aqif dulu baru hantar Aniq. Ada juga ayah yang hantar Aniq, ibu hantar Aqif.

Ibu selalu sampai di taska Aqif apabila anak-anak transit sedang siap-siap nak naik van menuju ke tadika mereka. Kadang-kadang mereka nampak kereta kami je, dah tegur-tegur "Teacher, Aniq datang. Aniq datang". Excited sungguh bunyinya. Ibu pula kadang-kadang rasa kasihan sebab Aniq sebenarnya dah tidak sama tadika dengan mereka.

Pagi tadi, ibu pass Aqif kepada teacher, one of kawan tadika Aniq tahun lepas tanya, "Aniq mana?". Agaknya confuse, mengapakah Aniq dah lama tidak ikut sama ke tadika. Kasihan pula dekat anak kecil tu sebab dah lama tak jumpa Aniq. Atau rindu mungkin...Hahaha

Kalau diikutkan, memang nak continue Aniq belajar di tadika itu. Tetapi, kami sebagai parent rasa tidak complete bila just drop Aniq di taska untuk van bawa dia ke tadika. Kami mahu merasai sendiri pengalaman menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Dapat tahun tadika itu dah buka cawangan di Desa Pinggiran Putra pun agak lewat. So takkanlah kami nak burnkan sahaja duit yuran yang telah dibayar di tadika baru.

Insyaallah, ada rezeki kita jumpa lagi ye.

No comments:

Post a Comment