20.3.13

Another Attack

Assalamualaikum.

Kena lagi this month. Aqif kena lelah lagi. Last kena bulan Januari lepas. Bulan 3 kena balik. Jika dipikirkan balik, quite kerap juga. 

Berbeza dengan Aniq, tanda-tanda kahak mula berkumpul di paru-paru tak nampak pada Aqif. Sedar-sedar, dada dah berombak, nafas dah payah. Ke klinik, confirm diberikan gas untuk legakan paru-paru.

Berbeza juga dengan Aniq, Aqif ketika ambil gas, dia sungguh tenang. Rileks tak berbunyi sedikit pun. Mungkin sebab dia dah biasa. Kecian anak ibu. Ibu sungguh susah hati bila lelah datang menggangu. 

Menurut doktor, diperhatikan Aqif seperti kerap kena attack. Almost every month. Ibu rasa every two month. Jika kena lagi dalam jangka masa sebulan ini, mungkin perlu refer to hospital untuk dapatkan ubat yang bersesuaian bagi pencegahan serangan lelah.


Bila dah kena lelah tu, budak Aqif ini bukan reti nak duduk diam. Lari sana sini. Lagi la penat. Lagi la paru-paru bekerja keras nak pum all the air. 

Walau apapun, ibu harap Aqif semakin sihat ye. Ibu kena sentiasa ingat pakaikan stokin bila Aqif nak tidur malam. Last few days, memang Aqif tak pakai stokin. Lepas ini, stokin is mandatori untuk Aqif.

Sekian.



Sent from Samsung Mobile

12.3.13

Kursus Pula

Adusss.... Dapat surat pula kena hadir kursus di INTAN Sarawak. Tengok senarai kehadiran, tiada kawan-kawan yang dikenali. Kehadiran wajib pula. Macam mana nak handle naik flite sorang-sorang ni. 

Ye ye... ibu memang sindrom kebergantungan kepada orang lain tu tinggi sikit. Camne nak check in di airport? Selalu ayah yang check in kan. Tak pernah outstation sehingga seberang sana. Minta kursus pun sengaja cari yang boleh balik hari ni.

Naik teksi sorang-sorang..... menakutkan. In Sha ALLAH. ALLAH bersamaku. Owh..Ya ALLAH, kuatkan semangatku. 

Harus ibu google cara-cara check in. Hahaha.

11.3.13

Chocolate Chips Muffin

Assalamualaikum.

Semalam, bosan-bosan di rumah, tiba-tiba datang mood untuk mem"baking". Lama sudah tak buat kerja baking ni. Kebetulan, bahan-bahan memang ada di rumah. So, buka internet, search sahaja resepi mudah untuk beginner macam ibu ini.

Ibu jumpa resepi ini di blog Kak Nor Secubit Garam. Terima kasih kerana sharing resepi ini. Alhamdulillah menjadi juga kali ini. (Hahaha, sebelum ini dah pernah try, tapi gagal mencapai seperti yang dikehendaki)

NIGELLA'S CHOCOLATE CHIPS MUFFIN
(recipe souce : adapted from SSB with minor changes)
source : Ady Greatsword
source : K.Nor@SecubitGaram
*makes 12-14 muffins

Ingredients:
250g plain flour
2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda ~ k.nor letak secubit jer
2 tbsp good quality cocoa powder
170g caster sugar ~ k.nor guna 150gm 
 150g chocolate chips (save 1/4 of the chips for sprinkling, i use twist white choc and chocolate chips)
200ml milk
80ml vegetable oil
1 large egg
1 tsp pure vanilla extract


Method:
1. Preheat the oven to 200 deg C (next time I will reduce to 180-190c).
2. Put the flour, baking powder, baking soda, cocoa, sugar, and 3/4 of the chocolate chips into a large bowl and mix well.
3. Pour all the liquid ingredients into a measuring jug and mix well.
4. Mix the dry and wet ingredients together with slow and gentle strokes. Stop stirring once the last traces of flour disappear. Do not overmix. A lumpy batter will ensure the muffins stay moist and fluffy.
5. Spoon the batter into paper muffin cases.
6. Sprinkle the remaining 1/4 chocolate chips on top and bake for 20 minutes or until the muffins are dark, risen and springy.


Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2011/11/nigellas-chocolate-chips-muffin.html#ixzz2NBkXoo7p

Tadaaaaaa....


Hasil baking ibu semalam. Biasalah comot-comot sikit. Petua tengok Giada At Home sangat-sangat membantu. Selalunya kalau buat sesuatu yang ada chip, confirm chip itu akan jadi sinking ship. (tenggelam di dasar cupcakes). Giada ajar, chip tu, gaul sekali dengan bahan-bahan kering. Kalau tabur atas adunan basah, mesti chip itu akan tenggelam.

Hahaha. Motif sangat kena tunggu Giada tunjuk ajarkan sedangkan di dalam step resepi dah cakap terang-terang gaulkan chip dengan bahan kering. Hahaha.

6.3.13

Tahun Ke-5 Di Sini

Assalamualaikum...

Selamat Ulang Tahun ke-5 berkhidmat di sektor kerajaan diucapkan kepada ibu dan kwn-kwn PTM batch 03/2008. Semoga semangat kalian makin membuak-buak untuk terus menabur jasa kepada tanah airku Malaysia. In Sha ALLAH, ibu akan sentiasa memperbaiki diri untuk berkhidmat untuk Agama Islam, Bangsa dan Negara Malaysia.

Tidak lupa juga, marilah kita berdoa semoga ALLAH lindungi anggota keselamatan Malaysia dan semua penduduk di Sabah. Kepada ahli keluarga pejuang-pejuang yang tekorban, semoga kalian tabah menghadapi ujian ALLAH ini.


credit pic to Wenphotographic FB


5.3.13

Muhammad Aqif @ 26 months

Assalamualaikum.

Asyik cerita pasal Abam je kan. Ini pula ibu cerita pasal Adek. 

Muhammad Aqif sekarang dah 2 tahun 2 bulan (lebih kurang). Perangai sungguh mengada. Hahaha. Dialah peminat setia abam, tukang usik abam dan kuat cari pasal dengan abam (abam pun sama juga suka cari pasal dengan adek).

Bila masa baik, sangat baik sampai boleh tengok kulih-kulih sama-sama, bekerjasama melepasi obstacle-obstacle, mandi sama-sama. Tapi bila gaduh, duduk sebelah pun boleh jadi isu. Tersentuh sikit pun boleh jadi perang besar.

Sekarang ini, Aqif dah boleh bercakap sikit-sikit. 

"Nak cucu" - of course susu paling best di dunia.
"Nak pupu" - susu lain eg susu kotak,susu coklat
"Nak air ocong" - Air kosong tapi kadang-kadang mintak air coklat pun dipanggil "air osong"
"Nak naek otor" - Suke beno dia ni naik moto
"Nak tengok bivi" - Ikot mood dia kalau rajin tengok tivi.
"Aeroplen" - sambil buat aksi aeroplane terbang di angkasa
"Eli oo ter" - Sangat kagum dengan helicopter

Semalam ibu borak dengan dia. 
"Aqif ikot ayah naek car ye"
Dia jawab "Ujan laaaaa". Hahaha tekena ibu sebab selalu dia ajak naek moto, ibu jawab ujan laaa...

Kadang-kadang bila orang suruh dia buat sesuatu, tiba masa malas, dia buat olok-olok terlentok tidur sambil mata kebil-kebil kengkonon dah tidur. 


Muhammad Aqif ni kan. Sekarang dia join dengan abam mengaji Iqra, tapi dia sebut A.. B.. C.. hahaha. 

Selera makan tu alhamdulillah. Ibu kasi juga separuh tablet multivitamin untuk dia setiap hari. Bukan sebab ibu memang nak kasi, tapi sebab dia dah sesiap beratur belakang abam semasa ibu beri vitamin untuk abam. 

Kalau ayah balik dari kerja, jangan harap ayah dapat masuk rumah dulu sebab dia dah awal-awal lagi keluar sarung selipar ajak naik motor. Acu yang rajin bawa dia naik moto pun, sangat susah dia nak lepaskan. Dah banyak kali dia meraung tak kasi Acu balik rumah sewa. Haish..

Sekarang ini, sebelum ke taska, ibu / ayah dah siap-siap mandikan dia di rumah. Tapi, duduk bawah shower, mata terpejam. Nak buka baju, dia genggam baju tu tak lepas. Alhamdulillah, tak nangis bila suruh mandi. Cuma menangis bila sampai taska je. Nak juga bawa bantal busuk tu ke taska. 

Takpe ye adek. Awak boleh manja-manja dulu. Nanti dah besar sikit, ibu suruh teacher Diana bawa pergi tadika ye. Hahaha.