20.3.13

Another Attack

Assalamualaikum.

Kena lagi this month. Aqif kena lelah lagi. Last kena bulan Januari lepas. Bulan 3 kena balik. Jika dipikirkan balik, quite kerap juga. 

Berbeza dengan Aniq, tanda-tanda kahak mula berkumpul di paru-paru tak nampak pada Aqif. Sedar-sedar, dada dah berombak, nafas dah payah. Ke klinik, confirm diberikan gas untuk legakan paru-paru.

Berbeza juga dengan Aniq, Aqif ketika ambil gas, dia sungguh tenang. Rileks tak berbunyi sedikit pun. Mungkin sebab dia dah biasa. Kecian anak ibu. Ibu sungguh susah hati bila lelah datang menggangu. 

Menurut doktor, diperhatikan Aqif seperti kerap kena attack. Almost every month. Ibu rasa every two month. Jika kena lagi dalam jangka masa sebulan ini, mungkin perlu refer to hospital untuk dapatkan ubat yang bersesuaian bagi pencegahan serangan lelah.


Bila dah kena lelah tu, budak Aqif ini bukan reti nak duduk diam. Lari sana sini. Lagi la penat. Lagi la paru-paru bekerja keras nak pum all the air. 

Walau apapun, ibu harap Aqif semakin sihat ye. Ibu kena sentiasa ingat pakaikan stokin bila Aqif nak tidur malam. Last few days, memang Aqif tak pakai stokin. Lepas ini, stokin is mandatori untuk Aqif.

Sekian.



Sent from Samsung Mobile

1 comment: