5.3.13

Muhammad Aqif @ 26 months

Assalamualaikum.

Asyik cerita pasal Abam je kan. Ini pula ibu cerita pasal Adek. 

Muhammad Aqif sekarang dah 2 tahun 2 bulan (lebih kurang). Perangai sungguh mengada. Hahaha. Dialah peminat setia abam, tukang usik abam dan kuat cari pasal dengan abam (abam pun sama juga suka cari pasal dengan adek).

Bila masa baik, sangat baik sampai boleh tengok kulih-kulih sama-sama, bekerjasama melepasi obstacle-obstacle, mandi sama-sama. Tapi bila gaduh, duduk sebelah pun boleh jadi isu. Tersentuh sikit pun boleh jadi perang besar.

Sekarang ini, Aqif dah boleh bercakap sikit-sikit. 

"Nak cucu" - of course susu paling best di dunia.
"Nak pupu" - susu lain eg susu kotak,susu coklat
"Nak air ocong" - Air kosong tapi kadang-kadang mintak air coklat pun dipanggil "air osong"
"Nak naek otor" - Suke beno dia ni naik moto
"Nak tengok bivi" - Ikot mood dia kalau rajin tengok tivi.
"Aeroplen" - sambil buat aksi aeroplane terbang di angkasa
"Eli oo ter" - Sangat kagum dengan helicopter

Semalam ibu borak dengan dia. 
"Aqif ikot ayah naek car ye"
Dia jawab "Ujan laaaaa". Hahaha tekena ibu sebab selalu dia ajak naek moto, ibu jawab ujan laaa...

Kadang-kadang bila orang suruh dia buat sesuatu, tiba masa malas, dia buat olok-olok terlentok tidur sambil mata kebil-kebil kengkonon dah tidur. 


Muhammad Aqif ni kan. Sekarang dia join dengan abam mengaji Iqra, tapi dia sebut A.. B.. C.. hahaha. 

Selera makan tu alhamdulillah. Ibu kasi juga separuh tablet multivitamin untuk dia setiap hari. Bukan sebab ibu memang nak kasi, tapi sebab dia dah sesiap beratur belakang abam semasa ibu beri vitamin untuk abam. 

Kalau ayah balik dari kerja, jangan harap ayah dapat masuk rumah dulu sebab dia dah awal-awal lagi keluar sarung selipar ajak naik motor. Acu yang rajin bawa dia naik moto pun, sangat susah dia nak lepaskan. Dah banyak kali dia meraung tak kasi Acu balik rumah sewa. Haish..

Sekarang ini, sebelum ke taska, ibu / ayah dah siap-siap mandikan dia di rumah. Tapi, duduk bawah shower, mata terpejam. Nak buka baju, dia genggam baju tu tak lepas. Alhamdulillah, tak nangis bila suruh mandi. Cuma menangis bila sampai taska je. Nak juga bawa bantal busuk tu ke taska. 

Takpe ye adek. Awak boleh manja-manja dulu. Nanti dah besar sikit, ibu suruh teacher Diana bawa pergi tadika ye. Hahaha.


2 comments:

  1. seronok dgr budak2 cakap pelat, serius cute sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah pelat Aqif ni masih boleh difahami. Kadang-kadang ada juga masa-masa yang dia bantai cakap korea... hahaha

      Delete