2.4.13

Aniq Berjaya Wean Off Bottle

Assalamualaikum.

Ambil masa lama juga ibu berusaha untuk wean off bottle from abam Aniq. Quite challenging lebih-lebih lagi waktu malam sebab dia memang gets sleepy sambil-sambil hisap susu tu. Aniq rasakan minum susu dalam botol sebelum tidur adalah rutin yang perlu dibuat. Jika tak minum susu dalam botol, so belum waktu untuk tidur.

Ibu cuba apply sedikit demi sedikit tips-tips ini. Walaupun seperti lama, ia berjaya juga eventually.
 
Strategies to employ to completely wean from the bottle:
  • Offer milk in a cup before every bottle feeding. I realize he may flat out refuse it, but persistance often pays off.
  • Wean gradually. I suggest that you eliminate one bottle -feeding every five to seven days, depending on your child's reaction. Replace each bottle-feeding with a cup feeding and extra holding. (Slowly for almost 1 year reducing the feeding)
  • Leave the morning bottle for last.Leave his favorite bottle (the morning one for your son) as the last one eliminated. When it is time to eliminate that feeding, do it slowly by decreasing the amount in that particular bottle over a week. (Untuk kes Aniq, before sleep)
  • Cuddle and explain. After weaning is completed, respond to your son's requests for a bottle with extra holding and explanations of how bottles are for babies. (sangat berkesan kepada Aniq kerana dia sungguh tak suka digelar baby)
Do not panic. Your son will eventually wean from the bottle although there may be rough spots along the way. Once you begin the process of weaning, try to resist the urge to backtrack on the progress you have made at that point. However, remember to implement this at a time when you anticipate the least amount of change in his life (i.e. not when he is ill or your family is on vacation, etc.). This will optimize your chances of success.
 
Ibu cuba wean off bila Aniq start sekolah 4 year old tahun lepas. Tak macho la untuk boy minum botol susu di sekolah di samping ibu tak mahu burdenkan teachers untuk buatkan susu every 2-3 hours. Segan pula ibu menyusahkan teachers.
 
Start dari situ, Aniq minum susu sebelum ke sekolah (7.30 am) dan selepas pulang ke rumah dari taska (6 pm onwards). Awal-awal tu memang Aniq macam balas dendam minum susu selepas balik taska tu, every hour nak susu. Lama kelamaan baru dia reduce permintaan susu itu. A bottle of milk before bed adalah wajib. Kalau tak minum, tak boleh tidur.
 
"Aniq nak susu dlm botol susu. Macam mane Aniq nak tido kalau tak minum susu dlm botol susu", statement Aniq suatu ketika dahulu.

Start pertengahan tahun lepas, Aniq hanya minum guna botol susu sebelum tidur sahaja. Waktu lain mesti minum guna cawan. Cawan pun bukan boleh guna cawan biasa, kena kasi mug cantik-cantik, colorful. Baru ada hati nak minum.

Bila balik kampung atau vacation, ibu memang tak bawa langsung botol susu. Bila dia nak susu, cakap la terlupa nak bawa botol susu Aniq. So kena minum guna cawan.

Alhamdulillah seminggu di kampung tanpa botol susu, Aniq dah seperti tak ingat pada botol. Sebelum tidur, minum guna cawan sahaja, dah tak tanya susu dalam botol.

Syukur, berjaya wean off di umur 4 years and 4 months. Semoga berterusan ye. Ibu doakan yang terbaik untuk Abam Aniq.
 

Mission ke Kuching - Berjaya

Alhamdulillah. Dah selamat sampai ke Semenjung. Syukur, ibu berjaya mengharungi saat-saat di negeri orang. Haha. Macam la travel across Continent kan. Dalam Malaysia je kot.

The boys, ibu dah tinggalkan dengan Tokma dan Atok di kampung. Berdebar-debar rasanya. 2nd time for Aniq and 1st time for Aqif. Alhamdulillah, everything turned out ok. Diaorang pun tak ingat ibu agaknya.

Pada hari nak ke Kuching tu, ibu resah gelisah dari rumah lagi. Butterfly in my stomach. Ayah ajak lepak kedai pun dah takde selera dah. Flite pukul 2 pm. 1 pm ibu dah reach airport. Demi menghantar isteri, ayah ambil cuti hari tu. Tq ayah.

Sampai kaunter, tengok flite ibu kena check in kiosk. Semua kot dah kena check in guna kiosk je. Ibu blur-blur, hanya berbekalkan kertas A4 yang office dah list out maklumat flite pergi dan balik. What to do next? Tanya sana sini, berjaya juga checkin guna kiosk.

Hantar masuk luggage. 8.1kg. Then terus masuk untuk boarding. Tengah blur-blur dok hulur boarding pass je kat Polis tu. "IC ade?" Hahaha, barulah terketar-ketar nak kelebek IC dalam purse. Tengok jam, lagi 20 minit nak belepas. Jalan laju-laju sampai Hattan kat sebelah pun boleh tak perasan. Fokus di dalam mencari gate. Gate pula hujung sekali.

Masuk pesawat, dapat seat tepi tingkap. Excited gile sebab nanti boleh tinjau-tinjau. Hihihi. Orang-orang sebelah macam dah biasa naik flite. So rilek je baca paper, tengok TV. Ibu ni yang macam jakun tengok luar, tengok depan, tengok belakang. Hahaha. 


Sampai KIA pun kelakar juga. Tengok-tengok ada kaunter Imigresen. Aikk... mana tempat jalan untuk rakyat Malaysia ni. Pusing la sana sini, ingatkan macam KLIA sampai-sampai boleh jalan terus pegi ambil beg. Tak lama, baru teringat, Sabah dan Sarawak memang kena ambil pas melawat walaupun rakyat Malaysia. Thanks to my experience semasa buat kerja untuk Navy di Kem Sepanggar dulu walaupun lambat nak ingat. Ambil beg terus cari teksi. Dari KIA ke Intan Sarawak, it cost RM38. 
 
Kursus berjalan seperti biasa. Perunding yang bagi talk adalah dari MAMPU. Alhamdulillah kelas menarik. Selepas kelas, akan diberikan ruang untuk perbincangan kumpulan.
 
 
 
 Makanan paling sedap di kantin INTAN ni, laksa Sarawak. Yummeh la. Mee kolok tak sempat nak makan sebab kengkonon belagak kenyang sebab dah makan dalam flite datang tu. Melepas. Next time harus try semula.
 
Hari terakhir, alhamdulillah INTAN sediakan pengangkutan untuk ke airport pukul 3 petang. Flite kami pukul 5.45pm. Majlis penyerahan sijil dah selesai dari pukul 9 am lagi. So apa lagi, moh la round-round bandar Kuching. Keluar shopping lagi.
 
 
Ikan terubok masin ni kat Kubah Ria. Lokasi baru untuk pasar Satok. Driver INTAN yang tolong hantarkan.

 
 
Souvenir bermacam-macam dijual kat Waterfront ni. Mau
rambang mata memilihnya.

 
Betul-betul depan Waterfront.


 
Jangan lupa beli batik Sarawak. Corak yang jarang dapat kat Semenanjung ni.
 
 
 
Kain pelikat pun boleh tahan cantik juga. Tapi rasanya ayah takmo pakai kot. Cantik sangat. So beli untuk ibu buat kain baju kurung. Lepas ini cari kain plain buat baju.
 
Siap shopping di Seberang sini, mari kita naik bot ke seberang sana cari kek batik. Mula-mula takut juga nak naik bot 0.50 sen ni. Ada teksi driver cakap dalam sungai tu ada buaya. Haish seriau. Kami-kami ni bukannya tau berenang. Dengan barangan shopping tak muat tangan lagi. Tapi tawakal je la. Nak naik bot, punya la jakun. Semua terjerit-jerit sebab bimbang bot tak stabil. Hohohoho. Alhamdulillah selamat semuanya.

 


Di sini ada kedai kek batik Mira dan Dayang Salhah. Bagi ibu, Mira lagi moist. Tapi dah terbeli kek Dayang banyak sebelum sampai kedai Mira. Hohohoho. Next time entah bila nak sampai sini lagi.
 
Beg pun dah sendat. Nasib baik tiada beg beranak. Hahaha. Kalau bawa beg lagi besar, confirm lagi banyak ibu shopping.
 
Flite balik, sebab dah tau procedur check in macam mana, dah pandai dah guna kiosk sorang-sorang dan check in luggage sendiri. Hihihihi. In Sha ALLAH, dah boleh survive untuk next travel alone lepas ini.
 
Sampai KLIA pukul 7.30pm. Dinner berdua dengan ayah macam muda-muda dulu. Hahaha. Tapi dalam hati sangat rindu budak masam berdua tuh.