19.7.13

What's With the Y and N?

Assalamualaikum.

Selamat berpuasa kawan-kawan. 

Past few days, Aniq balik dari tadika dengan perasaan gembira. Tak sempat nak masuk kereta, dah cerita dengan ibu.

"Ibu, Aniq dah tahu eja ayam."
"Ok, cuba eja."
"A = aaaa , YNK = yam, AYAM."

Kelu lidah ibu mendengarnya. 
Cuba membetulkan ejaan anak dengan ejaan yang betul.

"Abang Aniq, eja ayam macam ini ye. A = aaaaa , YAM = yam, AYAM.
"Bukan la. A = aaaaaaa, YNK = yam, AYAM.

Ok, cubaan pertama gagal. Kita cuba lain kali.

"Cuba abang eja nama Aniq?"
"A = aaaaaa, YNQ = niq, ANIQ"

*jawdropping* 

Oklah abang Aniq. What's with the Y and N? Semua pun nak ada hurup tu. *geleng-geleng pale*

18.7.13

Love Love Love

Assalamualaikum kawan-kawan. Lama tak menulis. Tak ada idea apa nak cerita. 

By the way, selamat berpuasa untuk semua ye. Dah masuk hari ke-9 kita berpuasa. Alhamdulillah. 

Ok. Ni nak cerita pasal my new hobby. Hehehe. Novellllllll. Lebih spesifik.....novel Melur Jelita. Hai....jatuh hati bila baca Awak Suka Saya Tak. Suka dengan cara cerita diolah. Sentiasa ada nasihat-nasihat kepada pembaca. Lepas tu cuba try, I Love You, Stupid pula. Ingatkan cerita cinta cintun budak-budak remaja. Tapi jatuh hati lagi. Tak puas dengan kisah cinta Firman Ebrahim dan Iris Nur, ibu sambung baca buku My Precious Iris.

Now Im officially Melur Jelita's fan. Waiting kalau-kalau ada buku baru nukilan Melur Jelita nak diterbitkan. 

First time in my life, ibu gigih beli novel online ye. Mana-mana yang nak beli novel, boleh cuba usha kt www.karyaseni.my. Harga buku ok, servis pun ok.




Sent from Samsung Mobile