13.1.14

Sekolah Baru - Pra Sekolah SKPP11(2)

Assalamualaikum. Berabad rasanye tak update blog. Hahaha.

Muhammad Aniq pun dah start belajar Pra Sekolah di SKPP11(2), 2 Jan lepas. Alhamdulillah takde masalah menangis atau tak mau gi sekolah. Hantar dia di pintu sekolah, peluk cium 2-3 kali, ibu terus blah.

Cuma menghadapi masalah selepas waktu sekolah je. Bila nak hantar ke taska untuk transit. Dalam seminggu ni, memang asyik ada adegan tarik menarik dari kereta ke depan pintu taska. Padahal 3 jam je transit.

Insha ALLAH, lepas ni Aniq ok la tu. Bukan dia tak biasa di taska tu. Cuma mungkin sedih ibu tinggalkan dia. Aniq kan si manja ibu.

Ni gambar-gambar yang parents share di dalam grup wasap. Dalam camera ibu ada juga a few, tapi nak upload tu yg "rajin" sikit.

Semoga Muhammad Aniq dapat belajar dengan baik di sini. Memang hari hari pun dia respon seronok pergi Pra.

Insha ALLAH semoga berkekalan.










Sent from Samsung Mobile