12.6.14

Muhammad Aish Yg Ekzema

Assalamualaikum. Lama dah tak update blog. Well, ibu dah selamat melahirkan cahaya mata yang ketiga pd bulan Mac yg lalu. Hari ini genap 3 bulan usia Muhammad Aish. Alhamdulillah.

Hari ni nak bercerita pasal Aish yang ada ekzema seawal usia 2 bulan. Abang-abang dia dulu, masa kecik ok je kulit halus mulus. Bila mereka dh lebih 6 bulan baru nampak ada ekzema.

Terus terang ibu ckp, ibu panik. Memula ingatkan kurap susu. Yelah, kita nyusu bdn, kengkdg lps susu terus tido xlap-lap pun yang meleleh kt pipi. Bila dah lama, terasa mcm bukan kurap susu. Gugel punye gugel, ternampak gambar-gambar baby yg ada kesan-kesan seperti Aish. Ok, ekzema. Lagipun memang sentiasa perasan Aish akan gesel-geselkan muka dia di tilam jika tido meniarap. Kalau telentang, tangan akan sentiasa garu-garu muka. Kesian anakku.

Mula-mula letak Moogoo di kwsn Ekzema die, tp nampak makin merah. So stop. Kemudian letak Cetaphil / Sebamed, muke die jd lembap. So xgatal sgt. Tp masih xhilangkan merah. Bila bace, mungkin masih ada cemical dlm Cetaphil atau Sebamed, terus stop.

Sekarang letak VCO. Alhamdulillah, kulit dah xkering, dan dh menggelupas nak kluar kulit baru. So far ok la. Nnt tgk mcm mane selepas ini. 

Lg satu info yang dapat dr fb NAEE, kena jaga mkn. Mcm Aish ni, ibu yg kena control mkn. Bila flare dah takde, cuba introduce mknan lain-lain tu sedikit demi sedikit. Monitor yg mana dia tahan, yg mana tak tahan. Dah la ibu dia ni pantang nampak. Haiyoo... Takpe, demi baby.

Sent from Samsung Mobile

2 comments:

  1. Ya Allah..bambamnyaaa budak tecik ni..tengok masa ko dalam pantang ja..
    ni kalau dapat kat asiff ni...hahahahahaa...

    ReplyDelete