12.6.14

Muhammad Aqif Pun Ekzema

Ni pulak raja Ekzema. Memang dah didiagnos ada Atopic. Ubat mcm-mcm dah guna, tapi masih belum jumpa yang betul-betul sesuai. Aqif dah pakai steriod lama. 2 tahun kalau tak silap. Masa tu belum educate diri sendiri pasal steriod ni. Mmg steriod ni magic. Sapu mlm sebelum tidur, esok pg bangun kulit elok je. Tapi ia tidak menyembuhkan, lepas hilang kesan steriod, ekzema naik balik.

Start Topical Steriod Withdrawal (TSW), sejak awal tahun. Tapi masa bulan 3, Aqif admitted kerana deman tarik, doc bagi Aqueous Cream pula. Dok pulun sapu, tanpa tau keburukannya. Kulit mmg jd moist, xde kering kering. Ingtkan itu adalah cure Aqif, bila google rupanya ada keburukan bila guna cream ini terus stop. 

Cuba nak guna natural. Bagi luka-luka di pelipat, ibu gunakan krim msm Moogoo, ok sangat, luka cepat baik. Tapi dek kerana bdnnya masih kering, so jd gatal-gatal. It's never ending story. Bubuh krim, elok. Bila garu, luka balik. Mlm-mlm kami bandage kaki dia supaya tidak menggaru, bangun esok pg, dia dah cabut bandage tu. Aqif kan dah besar, dah pandai buka sendiri.

Sekarang ibu masih cuba cari cara untuk sembuhkan Aqif. Kesian sgt mlm-mlm asyik menggaru. Muka pun asyik dengan kesan luka menggaru. Dia mmg sedap je menggaru semasa tidur, tapi bila nak mandi esok pg, mula meraung pedih. 

Insha ALLAH, akan dicuba air mandian utk ekzema dgn gunakan daun smambu. Harap-harap boleh kurang gatalnya. 

Sent from Samsung Mobile

4 comments:

  1. Kesian nyer...anak sy yang sulung pun dulu ada ekzema jenuh berubat umur 4 tahun baru elok ekzema nyer....

    ReplyDelete
  2. Rita, ko pernah gi Klinik Pakar Kulit Md Noh tak?? kat depan Colloseum jalan Tar.

    Dulu asiff aku bawak gi situ 2 kali ja...in shaa allah lega..
    masa tu dh seminggu try macam2 ubat tak jalan..sampai tak berair2 dah...
    gi sana, sapu cream pagi, ptg dah kering..

    ReplyDelete
  3. lama tak jenguk sini. ishk.. siannya. tengok pun dah rasa xselesa. irfan dulu pun duk sapu cream aquos (lantaklah salah eja) tu jugak. Tapi skarang dah terkawal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang...alhamdulillah... Sedang control mkn... Pantang mende mende gatal.... Tp mende mende tu la yg feveret aqif. Kulit dh nampak smooth.... Cume perlu moisturize shj....

      Delete