17.9.14

Kebun Hijau Penawar Stress

Assalamualaikum.
Lately makin seronok berkebun. Lebih-lebih lagi bila dah kena makan secara sihat ni, memang lagi bersemangat nak berkebun. Tapi dengan kawasan tanah yang terhad, ibu hanya berkebun dalam pasu je. 

Sekarang, tengah gigih menyemai anak-anak pokok. Yang dulu dah terkorban di medan juang. Balik raya hari tu, pokok kesum pun dah terkorban. Adoiiii... Kena la cambahkan balik pokok kesum. Tak selalu pakai pun daun kesum, tapi bila takde, macam tak seronok pulak. 

Sekarang, tengah semai kacang botor (my fav kacang) , timun mini, tomato, cili (tak tahun cili apa yang hidup sebab ada semai 2 jenis, cili padi dengan cili solok). Bendi pulak asyik tua atas pokok je. Bertimbun dah benih, sapa yang nak benih bendi, boleh roger k.

Yang ni, pokok limau purut nan sebatang. Tanam masa mula-mula pindah di kuarters ni, tahun 2010. Memang tujuan tanam sebab nak amek daunnya. Tapi last week, intai-intai, dah ada putik buahnya. Hahaha. 4 tahun baru nak berbuah. Alhamdulillah. Semoga banyak yang mengikut jejaknya.


Kadang-kadang bila kepala otak serabut, jiwa kacau, seronok je layan pokok-pokok ni. Bila petang-petang, bawa Aish pergi menyiram pokok. Dapat juga dia melilau tengok pokok. Takde la terperap dalam rumah. Semoga hobi ini berkekalan. Hahaha. Dah boleh jimat duit sayur kalau petik di kebun sendiri. In Sha ALLAH

9.9.14

Dugaan Muhammad Aish

Assalamualaikum.
Strolling dlm grup GNRAM, jumpa tips wet dressing utk ekzema. Mula-mula ingtkn cara-cara utk buat dressing luka ekzema... Hehe. Rupa-rupanya, cara utk keep bdn ekzema agar kekal moist, dan make sure all the moisturizer menyerap masuk ke dlm badan. Juga boleh calming the eczema patient. Yelah kan, badan tak berasa kering sgt kan. Mmg akan tenang la.


In sha ALLAH akan cuba diprektiskan kepada Muhammad Aish. Kesian sgt bila asyik je menggelitik sbb nak menggaru bdn gatal. Everynite akan mula menangis dlm pukul 1-4 am sebab gatal sangat. Kadang-kadang ibu memang berikan antihistamin, tapi tak mahu kerap sgt.

Currently ibu apply cream Soft Breeze dari Spa Muslimah shj. Selama seminggu apply ini, nampaknya macam positif, kerana kalau ikut yang lepas-lepas, kalau dah flare macam ini, memang akan confirm keluar air bisa. Alhamdulillah, sekarang masih kering sahaja. Cuma masih belum berjumpa dengan moisturizer yang sesuai. Bertabahlah Muhammad Aish.

Ini kondisi latest Muhammad Aish. Kadang-kadang flare merah sgt, kadang-kadang ok jek. Haish.. Terasa nak cuti tanpa gaji la setahun dua. Doakan yang terbaik untuk Muhammad Aish.

In sha ALLAH.