17.9.14

Kebun Hijau Penawar Stress

Assalamualaikum.
Lately makin seronok berkebun. Lebih-lebih lagi bila dah kena makan secara sihat ni, memang lagi bersemangat nak berkebun. Tapi dengan kawasan tanah yang terhad, ibu hanya berkebun dalam pasu je. 

Sekarang, tengah gigih menyemai anak-anak pokok. Yang dulu dah terkorban di medan juang. Balik raya hari tu, pokok kesum pun dah terkorban. Adoiiii... Kena la cambahkan balik pokok kesum. Tak selalu pakai pun daun kesum, tapi bila takde, macam tak seronok pulak. 

Sekarang, tengah semai kacang botor (my fav kacang) , timun mini, tomato, cili (tak tahun cili apa yang hidup sebab ada semai 2 jenis, cili padi dengan cili solok). Bendi pulak asyik tua atas pokok je. Bertimbun dah benih, sapa yang nak benih bendi, boleh roger k.

Yang ni, pokok limau purut nan sebatang. Tanam masa mula-mula pindah di kuarters ni, tahun 2010. Memang tujuan tanam sebab nak amek daunnya. Tapi last week, intai-intai, dah ada putik buahnya. Hahaha. 4 tahun baru nak berbuah. Alhamdulillah. Semoga banyak yang mengikut jejaknya.


Kadang-kadang bila kepala otak serabut, jiwa kacau, seronok je layan pokok-pokok ni. Bila petang-petang, bawa Aish pergi menyiram pokok. Dapat juga dia melilau tengok pokok. Takde la terperap dalam rumah. Semoga hobi ini berkekalan. Hahaha. Dah boleh jimat duit sayur kalau petik di kebun sendiri. In Sha ALLAH

1 comment:

  1. Rita, limau purut ko dah berbuah, limau purut umah aku harap tinggi ja lebih..hahaha..
    ko kalo nak daun kari, meh amik kat umah aku, pokok tinggi...kahkahkah..
    pokok cili kesum bagai dah mati..huwaaaaaaa...

    ReplyDelete