4.8.15

Titipan Rindu Kepada Putera Syurgaku

Assalamualaikum Adek. Apa khabar Adek di sana? Seronok tak? Mesti Adek duduk dengan Wildan Syurga semua kan. Belajar dengan Nabi Ibrahim a.s. Alhamdulillah Adek. In Sha ALLAH Adek, satu hari nanti kita akan bersatu semula. Satu hari nanti yang ALLAH dah tetapkan.

Sayangnya ibu kat Adek. Rindunya ibu kat Adek. Tapi ibu cuba kuat Adek. Ibu tak nangis dah depan abam-abam. Ibu nangis bila ibu duduk sorang-sorang, sambil cium sarung tangan Adek. Ibu tak mahu kasi abam-abam nampak ibu menangis, tak mau abam-abam sedih-sedih sangat. Kesian abam-abam.

Adek,
Hr ahad ni, masuk 170 hari adek pergi. Hanya ALLAH shj yang tahu perasaan ibu. Harap ibu dapat semula semangat ibu yang hilang bersama Adek. Tak kisah macam mana pun keadaan Adek hari tu, sihat tip top pun, Adek tetap akan dipanggil ALLAH. Sebab ALLAH dah tulis, masa Adek bersama ibu, ayah dan abam-abam hanya sampai hari itu je. Tak ada siapa yang boleh ubah dah. Benda tu dah pasti. Macam Cikya cakap dekat ibu, 100 hari sebelum Adek pergi, daun Adek dah gugur dah. Walau apa pun keputusan ibu buat, hospital mana pun ibu hantar, Adek tetap jadi Wildan Syurga. Ajal maut semua di tangan ALLAH. Siapalah ibu nak cabar kuasa ALLAH yang Maha Besar tu.

Sekarang ni ibu dah hantar abam Aqif kat PK terus. Ibu tak hantar kat taska dah. Ibu tak boleh. Terbayang-bayang rasanya kenangan hantar Adek ke taska. Ibu masih belum kuat. Biarlah, ibu ubah rutin harian ibu ni. Semoga dengan cara ini, ibu boleh jadi kuat, jadi bersemangat balik. In Sha ALLAH ya Adek. Adek anak bongsu ibu selama-lamanya. Walaupun tidak bersama, Adek lah yang paling ibu sayang. Semoga ibu kuat ya Adek. Kesian kat abam-abam kalau ibu tak bersemangat macam ini.
Ya ALLAH, tabahkanlah hatiku, tabahkanlah hati keluargaku. Sentiasa berikan kesihatan tubuh badanku, tubuh badan keluargaku agar dapat beribadat kepadaMu, Ya ALLAH. Jauhilah keluargaku dari segala musibah dan perkara-perkara yang buruk. Letakkanlah kami di dalam lingkungan rahmatMu. Semoga suatu hari nanti, keluarga kami akan bersatu semula. Amin.
Bye Adek. 

No comments:

Post a Comment